Skip to content
Home » Sebut Harga Untuk Insurans Kenderaan Hanya 3 Minit

Sebut Harga Untuk Insurans Kenderaan Hanya 3 Minit

    sebut harga - cover

    Memperbaharui insurans kenderaan akan menjadi lebih mudah sekiranya pemilik kenderaan diberikan pilihan untuk membandingkan polisi daripada pelbagai jenama dalam satu platform atas talian. Bjak, platform insurans nombor 1 di Malaysia, sebenarnya ada menawarkan perkara itu. Bjak mengumpulkan polisi dari pelbagai syarikat insurans untuk membantu pengguna membeli polisi dengan pantas serta menawarkan kemudahan pembayaran secara ansuran.

    Kami memiliki pelbagai jenama dan cara pembayaran yang boleh dipilih. Paling penting sekali, anda boleh mendapatkan penjimatan hebat semasa memperbaharui cukai jalan dan insurans. Maklumat lanjut berkenaan penaiktarafan servis kami ada dijelaskan seperti berikut:

    Sebut Harga Percuma

    Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa anda kini boleh mendapatkan sebut harga insurans kereta anda secara percuma di Bjak daripada 18 syarikat insurans. Sebagai sebahagian daripada janji jenama kami, kami berazam untuk menyediakan pelbagai pilihan kepada pengguna sebanyak mungkin.

    Kini, semua orang boleh dapat sesuatu kerana anda boleh menemui jenama insurans terkemuka di Malaysia. Bandingkan insurans di Bjak untuk menikmati penjimatan sehingga RM500 pada insurans kenderaan dan cukai jalan anda.

    18 jenama insurans yang terdapat di Bjak

    Daripada jumlah keseluruhan itu, 4 adalah jenama takaful, dan 14 adalah jenama konvensional. Bjak menawarkan gabungan jenama takaful dan insurans konvensional untuk memenuhi keperluan dan kehendak yang berbeza-beza.

    4 Pilihan Pembayaran Ansuran

    Bjak komited untuk menjadikan insurans mudah diakses setiap pemilik kenderaan di negara ini. Itulah sebabnya kami menawarkan pelbagai kaedah pembayaran agar setiap orang dapat memperbaharui insurans kenderaan dan cukai jalan mereka dengan mudah.

    Jadi, sekiranya anda berpendapatan tinggi mahupun berpendapatan rendah, kaedah pembayaran kami dijamin memenuhi keperluan anda dan menyelesaikan masalah anda.

    kaedah pembayaran berikut platform kami

    Memperbaharui insurans sentiasa menjadi cabaran bagi golongan berpendapatan sederhana dan rendah di Malaysia kerana kosnya lazimnya mencecah ribuan walaupun hanya untuk kereta tempatan kecil seperti Axia dan Myvi.

    Namun, dengan pengenalan Beli Sekarang, Bayar Kemudian di platform kami, banyak pemilik kenderaan persendirian kini boleh dengan mudah memperbaharui cukai jalan dan insurans tanpa perlu bimbang untuk membayar secara penuh.

    Kami baru-baru ini telah menyertakan lebih banyak faedah BNPL (Grab PayLater, SPayLater, dan ShopBack PayLater) untuk pelanggan kami. Kami turut mendapat sambutan yang hangat terhadap pelancaran awal Atome, pilihan ansuran pertama di Bjak.

    Seiring dengan dunia yang semakin ke arah digital, transaksi harian kita sedang mengalami perubahan pesat. Contoh yang terbaik adalah pembaharuan insurans dan cukai jalan yang kini boleh dilakukan dengan mudah di hujung jari anda. Cubalah Bjak, anda akan dijaminkan dengan pelbagai pilihan jenama insurans dan kaedah pembayaran. Layari bjak.my untuk mengetahui dengan lebih lanjut.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: