Sekiranya kereta anda secara tiba-tiba terlibat dalam kemalangan atau mengalami kerosakan di tepi jalan raya, usah panik!
Apa yang anda perlu lakukan adalah hanya menghubungi syarikat insurans anda untuk mendapatkan bantuan tepi jalan atau khidmat tunda daripada mereka jika memerlukan.
Justeru, di sini kami akan kongsikan senarai nombor talian bebas tol syarikat-syarikat insurans di Malaysia yang anda boleh hubungi sekiranya berlaku kecemasan membabitkan kenderaan anda.
Senarai syarikat insurans kereta di Malaysia – nombor hotline yang boleh dihubungi
Berikut disertakan senarai nombor hotline syarikat insurans kereta di Malaysia yang boleh anda hubungi.
Allianz – 1 800 22 5542
Tokio Marine – 1 800 88 1301
MSIG – 1 300 88 0833
Zurich – 1 300 88 6222
Liberty – 1 300 88 5005
Lonpac – 1 300 88 1138
Pacific & Orient – 1 800 88 2121
RHB – 1 300 88 0881
MPI Generali – 1 800 22 2262
AIG – 1 800 88 8811
Kurnia – 1 800 88 3833
AXA – 1 800 88 1033
AmAssurance – 1 800 88 6333
AIA – 1 800 88 8733
CHUBB – 1 300 88 0218
Berjaya Sompo – 1 800 18 8033
Takaful Malaysia – 1 800 88 8788
Etiqa Takaful – 1 800 88 6491
Takaful Ikhlas – 1 800 88 1186
Talian pusat panggilan bantuan kemalangan
Selain itu, anda juga boleh menghubungi Pusat Panggilan Bantuan Kemalangan yang disediakan oleh Industri Insurans dan Takaful Malaysia di nombor 15500 untuk mendapatkan bantuan segera sekiranya berlaku kemalangan.
Talian ini tersedia 24 jam dan melindungi serta menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti di bawah:
- Bantuan Kecemasan Tepi Jalan
- Pertolongan Khidmat Tunda (Perlu dibayar sendiri)
- Bantuan untuk menyemak perlindungan dan menghubungkan anda dengan syarikat insurans
- Pertanyaan tuntutan insurans kenderaan am
- Siasatan prosedur kemalangan
- Pemberitahuan Aduan
- Pemberitahuan mengenai sebarang penipuan
Bersiap sedia
Sebagai pemilik kereta, anda sangat digalakkan untuk menyimpan nombor telefon syarikat insurans/ talian hotline 24 jam mereka supaya boleh dihubungi dengan segera apabila berlaku kecemasan di jalan raya.
Bagi mendapatkan perlindungan yang lebih sempurna dan terjamin, anda juga boleh menjadi ahli VIP Bjak apabila renew insurans kereta di platform kami. Dengan VIP Bjak, lebih banyak perlindungan dan manfaat menarik boleh anda nikmati.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: