Skip to content
Home » Senarai Talian Hotline Syarikat Insurans di Malaysia Yang Boleh Dihubungi (2023)

Senarai Talian Hotline Syarikat Insurans di Malaysia Yang Boleh Dihubungi (2023)

    HOTLINE SYARIKAT INSURANS

    Ketika sedang memandu, pelbagai perkara yang tidak dijangka boleh berlaku, kan? Apa yang perlu anda lakukan sekiranya secara tiba-tiba terlibat dalam kemalangan atau kenderaan mengalami kerosakan di tepi jalan raya? Siapa yang boleh anda hubungi? Ahli keluarga, polis atau mungkin syarikat insurans?

    Usah panik! Apa yang anda perlu lakukan adalah hanya menghubungi syarikat insurans anda untuk mendapatkan bantuan tepi jalan atau khidmat tunda daripada mereka! Itulah salah satu kelebihan sekiranya anda memiliki perlindungan insurans kereta 1st party!

    Jadi, kali kami akan kongsikan kepada anda senarai nombor talian bebas tol syarikat-syarikat insurans di Malaysia yang anda boleh hubungi sekiranya berlaku kecemasan membabitkan kenderaan anda.

    Moga membantu!

    Senarai talian bebas tol / hotline syarikat insurans di Malaysia

    Allianz – 1 800 22 5542

    Tokio Marine –  1 800 88 1301

    MSIG – 1 300 88 0833

    Zurich – 1 300 88 6222

    Liberty – 1 300 88 5005

    Lonpac – 1 300 88 1138

    Pacific & Orient – 1 800 88 2121

    RHB – 1 300 88 0881

    MPI Generali – 1 800 22 2262

    AIG – 1 800 88 8811

    Kurnia – 1 800 88 3833

    AXA – 1 800 88 1033

    AmAssurance – 1 800 88 6333

    AIA – 1 800 88 8733

    CHUBB – 1 300 88 0218 

    Berjaya Sompo – 1 800 18 8033

    Takaful Malaysia – 1 800 88 8788

    Etiqa Takaful – 1 800 88 6491

    Takaful Ikhlas – 1 800 88 1186

    Talian pusat panggilan bantuan kemalangan

    Selain syarikat insurans, anda juga boleh hubungi Pusat Panggilan Bantuan Kemalangan di nombor 15500 untuk mendapatkan bantuan segera sekiranya berlaku kemalangan.

    Selain itu, anda juga boleh menghubungi Pusat Panggilan Bantuan Kemalangan yang disediakan oleh Industri Insurans dan Takaful Malaysia di nombor 15500 untuk mendapatkan bantuan segera sekiranya berlaku kemalangan.

    Talian ini tersedia 24 jam dan melindungi serta menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti di bawah:

    • Bantuan Kecemasan Tepi Jalan 
    • Servis Khidmat Tunda (Perlu dibayar sendiri)
    • Bantuan untuk menyemak perlindungan dan menghubungkan anda dengan syarikat insurans
    • Pertanyaan tuntutan insurans kenderaan am
    • Siasatan prosedur kemalangan
    • Pemberitahuan Aduan
    • Pemberitahuan mengenai sebarang penipuan

    Bersiap sedia

    Sebagai pemilik kereta, anda sangat digalakkan untuk menyimpan nombor telefon hotline syarikat insurans 24 jam mereka supaya boleh dihubungi dengan segera apabila berlaku kecemasan di jalan raya.

    Apa pun, sentiasalah memandu dengan cermat bagi mengurangkan risiko kemalangan dan jangan lupa servis kenderaan anda mengikut waktu bagi mengelakkan kerosakan mengejut.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: