Skip to content
Home » Soalan Lazim Mengenai Takaful Motor

Soalan Lazim Mengenai Takaful Motor

    takaful motor

    Sama seperti insurans motor konvensional, insurans Takaful Motor juga berfungsi dengan konsep yang sama, iaitu menyediakan perlindungan kepada kenderaan.

    Walau bagaimanapun, kedua-duanya berbeza dari segi prinsip yang mereka pegang. Meskipun kedua-duanya melindungi pihak yang diinsuranskan, tetapi Takaful mengenakan konsep patuh Syariah. Takaful wujud sebagai pengganti kepada insurans konvensional versi ‘halal’ untuk orang Islam.

    Mungkin masih ramai yang belum begitu memahami konsep Takaful. Jika anda salah seorang daripadanya, apa kata anda teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut beberapa persoalan mengenai Takaful bagi pemahaman anda.

    Apakah itu Takaful Motor?

    Takaful Motor merujuk kepada pelan insurans yang mematuhi undang-undang dan menggunakan konsep patuh Syariah. Secara amnya, pelan takaful motor bebas daripada 3 prinsip yang dilarang oleh Islam iaitu:

    • Riba’ (faedah)
    • Masyir (judi)
    • Gharar (ragu-ragu)

    Apakah ciri-ciri utama Takaful?

    Bagaimanakah Takaful Motor berfungsi? 

    Dalam insurans konvensional, risikonya ditanggung sepenuhnya oleh syarikat insurans selepas bayaran yang dipanggil sebagai premium dibuat oleh pemegang polisi. Namun berbeza dengan takaful, ia adalah berdasarkan konsep perkongsian risiko. Setiap peserta akan menderma ke dalam dana takaful; dan sekiranya berlaku sebarang kerugian, peserta akan menerima jumlah tuntutan yang diperlukan oleh mereka. 

    Selain itu, peserta Takaful mengekalkan kepentingan pemilikan dalam dana. Sumbangan daripada peserta kemudiannya dilaburkan ke dalam tabung/ dana patuh Syariah bagi memperoleh pendapatan pelaburan.

    Jika dana menjana lebihan, ia akan dikongsikan bersama dalam kalangan peserta dan pengendali Takaful (untuk sesetengah kes). Bermakna, ia mewujudkan situasi ‘menang-menang’ untuk semua peserta.

    Apakah perbezaan utama di antara Takaful dengan insurans konvensional?

    Apakah itu Perkongsian Lebihan dalam Takaful?

    Lebihan merujuk kepada ‘lebihan’ (baki) ke atas tuntutan, ditambah dengan pulangan pelaburan. Perkongsian Lebihan justeru merujuk kepada tindakan mengagihkan keuntungan dan pendapatan pelaburan antara pengendali Takaful dan peserta.

    Apakah yang dilindungi oleh Takaful Motor?

    Pelan Takaful motor menyediakan perlindungan terhadap kehilangan atau kerosakan pada kenderaan anda sendiri akibat kebakaran, kecurian atau kemalangan; dan/atau kecederaan badan atau kematian pihak ketiga serta kehilangan atau kerosakan harta benda pihak ketiga.

    Secara amnya, terdapat dua jenis perlindungan di bawah pelan takaful motor iaitu polisi pihak ketiga dan polisi komprehensif.

    • Polisi pihak ketiga melindungi anda daripada kematian, kecederaan badan dan/atau kerosakan harta benda pihak ketiga.
    • Polisi komprehensif melindungi anda daripada kematian pihak ketiga, kecederaan badan dan/atau kerosakan harta benda, dan kerugian dan/atau kerosakan pada kenderaan anda akibat kebakaran, kecurian atau kemalangan yang tidak disengajakan.

    Bolehkah orang bukan Muslim membeli pelan Takaful Motor?

    Takaful bukanlah produk perlindungan yang hanya dikhususkan kepada orang Islam sahaja. Individu bukan Islam juga layak dan boleh membeli produk takaful tanpa sebarang keraguan dan masalah. Ini kerana produk Takaful adalah berasaskan konsep koperasi yang memberi manfaat kepada semua anggota masyarakat tanpa sebarang diskriminasi terhadap etnik, kepercayaan mahupun warna kulit. 

    Mengapakah insurans konvensional dilarang dalam Islam?

    Insurans konvensional mungkin memiliki elemen yang dilarang oleh Islam iaitu Riba’ (faedah), Masyir (judi) dan Gharar (ragu-ragu). Orang Islam wajib mencari yang halal dan patuh dengan ajaran Islam.

    Apakah itu Gharar (ragu-ragu)?

    Ia merujuk kepada elemen ketidakpastian sepenuhnya atau risiko ke atas sesuatu. Gharar wujud memandangkan terdapat ketidakpastian mengenai perkara yang ‘dibeli’ atau dibayar oleh pemegang polisi jika tiada sebarang kerugian berlaku dan pemegang polisi tidak menerima apa-apa.

    Apakah itu Masyir (judi)?  

    Ia adalah perjudian atau satu bentuk ‘permainan peluang’. Masyir wujud kerana pembayaran jumlah yang diinsuranskan adalah bergantung kepada peluang (jika ada) terhadap pemegang polisi.

    Apakah itu Riba’ (faedah)?

    Ia merujuk kepada faedah (tambahan). Riba berlaku apabila wujudnya tambahan atas jumlah pokok hutang akibat penangguhan tempoh, sama ada penambahan itu dijanjikan oleh peminjam atau ditetapkan oleh pemberi pinjam ketika memeterai kontrak atau pelanggaran kontrak.

    Di manakah saya boleh membeli pelan Takaful?

    Anda boleh melayari laman web Bjak untuk mendapatkan pilihan yang lebih menyeluruh bagi pelan Takaful. Bjak menawarkan sehingga empat jenama Takaful terkemuka di Malaysia untuk anda bandingkan.

    Contohnya, Etiqa Takaful, Takaful Malaysia, Takaful Ikhlas dan Zurich Takaful.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: