Skip to content
Home » Soalan Lazim Mengenai Tuntutan Knock-for-Knock

Soalan Lazim Mengenai Tuntutan Knock-for-Knock

    Tuntutan Knock-for-Knock

    Untuk pemilik kereta yang memiliki perlindungan insurans kenderaan dengan pelan komprehensif, salah satu bentuk atau jenis tuntutan insurans yang boleh dikemukakan adalah tuntutan kerosakan sendiri Knock-for-Knock.

    Apakah kelebihan jika claim insurans di bawah tuntutan ini dan bagaimanakah ia boleh membantu pemegang polisi? Jom ketahuinya dengan lebih lanjut menerusi soalan dan jawapan di bawah.

    Apakah itu tuntutan knock-for-knock?

    Tuntutan knock-for-knock merujuk kepada tuntutan yang dibuat terhadap syarikat insurans anda di bawah polisi insurans kereta anda sendiri dengan syarat wajib, kemalangan tersebut disahkan bukan kesalahan anda.

    Pihak insurans anda kemudiannya akan menuntut semula daripada syarikat insurans kereta third party, iaitu pihak yang melanggar anda. 

    Mengapakah tuntutan knock-for-knock dikemukakan?

    Tuntutan jenis ini biasanya dilakukan untuk memastikan claim lebih cepat diproses dan diluluskan serta kereta dapat dibaiki dengan lebih pantas selepas dilanggar kenderaan lain. Jika membuat tuntutan terus daripada polisi pihak ketiga (tuntutan di bawah polisi pihak yang melanggar anda), biasanya prosesnya akan lebih panjang dan lama. 

    Adakah semua pemilik kenderaan layak untuk buat claim knock-for-knock?

    Tidak. Tuntutan jenis ini hanya layak dikemukakan jika anda adalah pemegang polisi komprehensif sahaja. Jika anda tidak ada polisi komprehensif dan ingin claim insurans selepas dilanggar kenderaan lain, maka anda boleh claim insurans pihak ketiga, iaitu claim terus di bawah polisi individu yang melanggar anda.

    Apakah kelebihan membuat tuntutan knock-for-knock?

    • Kelulusan tuntutan dan pembaikan kereta lebih pantas berbanding jika membuat tuntutan di bawah polisi pihak ketiga
    • Anda tetap boleh claim ekses dan CART daripada pihak insurans lain, iaitu yang melanggar anda.

    Apakah dokumen yang diperlukan untuk tuntutan ini?

    1. Borang tuntutan yang telah diisi dengan lengkap
    2. Salinan asal laporan polis yang telah disahkan
    3. Salinan kad pengenalan & lesen memandu orang yang telah diinsuranskan dan pemandu semasa kemalangan
    4. Sijil pemilikan kenderaan
    5. Laporan hasil siasatan polis
    6. Butiran penginsurans dan salinan laporan polis pihak lain
    7. Butiran anggaran kos pembaikan kenderaan sendiri oleh panel yang dilantik

    Adakah terdapat syarat yang perlu dipatuhi jika ingin buat claim knock-for-knock?

    Selain perlu memastikan insurans yang anda miliki pada ketika itu adalah polisi insurans jenis komprehensif, antara syarat lain yang perlu dipatuhi adalah:

    • Anda disahkan tidak bersalah dalam kemalangan tersebut
    • Kenderaan pihak ketiga miliki insurans dan telah dikenalpasti
    • Kenderaan pihak ketiga bukan kenderaan yang digunakan untuk tujuan komersial atau perniagaan, contohnya e-hailing, teksi, bas awam dan sebagainya
    • Tuntutan itu tidak melibatkan tuntutan kecederaan

    Adakah NCD akan terjejas selepas claim knock-for-knock dikemukakan?

    Tidak. NCD anda tidak terjejas meskipun tuntutan ini dibuat di bawah polisi anda sendiri. Ini kerana kemalangan tersebut telah disahkan bukan kesalahan anda, dan tuntutan ini diwujudkan bagi memudahkan anda sebagai mangsa mendapatkan kelulusan tuntutan insurans dengan lebih cepat. 

    Apakah beza tuntutan knock-for-knock dengan tuntutan kerosakan sendiri (own damage claim)

    Tuntutan knock-for-knock hanya boleh dilakukan jika kemalangan yang berlaku disahkan bukan kesalahan anda. Ia tidak akan mendatangkan kerugian kepada anda dan syarikat insurans anda kerana secara dasarnya, pihak insurans anda akan menuntut semula daripada syarikat insurans pihak ketiga (pihak yang melanggar anda).

    Berbeza dengan tuntutan kerosakan sendiri atau own damage claim pula, ia merupakan sejenis tuntutan yang dikemukan oleh pemegang polisi komprehensif di bawah polisi sendiri apabila kemalangan itu disahkan adalah kesalahan sendiri. Bahkan menerusi tuntutan ini juga, pembuat tuntutan akan kehilangan kadar NCD semasa yang telah dikumpul dan seterusnya akan memberi kesan kepada kadar premium pada pembaharuan insurans di tahun akan datang.

    Semoga perkongsian ini bermanfaat!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: