Skip to content
Home » Susut Nilai Kereta: Bagaimana Nilai Kereta Anda Dikira?

Susut Nilai Kereta: Bagaimana Nilai Kereta Anda Dikira?

    Susut nilai kereta

    Adakah anda berhasrat untuk menjual kereta lama anda? Jika ya, penting untuk anda mengetahui bagaimana susut nilai kereta berlaku dan cara ia akan menjejaskan nilai jualan semula kereta anda.

    Dalam artikel ini, kami akan terangkan mengenai faktor susut nilai kereta dan apa yang boleh anda lakukan untuk memperbaikinya.

    Apakah yang dimaksudkan dengan kadar susut nilai kereta?

    Kereta anda akan mula susut nilai selepas diterima daripada pengedar!

    Susut nilai kereta merujuk kepada perbezaan dalam nilai kereta antara masa anda membeli dan apabila anda menjualnya. Ia merujuk kepada jumlah/ harga nilai kereta yang pemilik akan hilang dari semasa ke semasa.

    Kereta anda akan mula susut nilai selepas anda menerimanya daripada pengedar!

    Banyak faktor mungkin menyumbang kepada susut nilai kereta, tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh faktor semula jadi. Kereta yang kerap digunakan akan menurunkan nilai pasaran semasa kereta.

    Purata kadar susut nilai kereta

    Nilai untuk kereta baru menurun dengan lebih cepat berbanding kereta terpakai tanpa mengira model atau jenama. Anda boleh rujuk visual di bawah untuk melihat bagaimana susut nilai kereta dikira.

    Kadar susut nilai mengikut tahun

    Berikut ialah contoh pengiraan yang boleh menggambarkan berapa banyak susut nilai yang akan ditanggung oleh anda untuk kereta berusia lima tahun:

    Pengiraan untuk kereta Myvi

    Harga untuk sebuah kereta baru: RM54,600

    Contoh pengiraan susut nilai bagi kereta Myvi

    Pengiraan untuk kereta Honda City 1.5 L V 

    Harga untuk sebuah kereta baru: RM86,221

    Contoh pengiraan susut nilai bagi kereta jenama Honda

    Tips untuk mengurangkan kadar susut nilai kereta

    Susut nilai akan berlaku tidak kira betapa berhati-hatinya anda dalam menjaga kereta. Tetapi itu tidak bermakna anda tidak boleh meminimumkan kadar susut nilai.

    Di sini kami kongsikan beberapa faktor yang menyumbang kepada kadar susut nilai kereta di pasaran dan cara untuk memaksimakan nilai jualan semula kereta anda.

    • Mileage

    Kadar mileage yang tinggi bermakna kereta anda telah digunakan dengan kerap. Anggaran mileage untuk setahun adalah sekitar 10,000 – 12,000 km.

    Anda dinasihatkan untuk memastikan bacaan mileage anda rendah jika anda berhasrat untuk menjual kereta anda nanti.

    • Keadaan kereta

    Setiap kerosakan, calar atau kemek pada kereta anda memberi peluang kepada bakal pembeli anda untuk menurunkan harga sehingga ratusan atau bahkan ribuan ringgit. Ini termasuklah pada bahagian badan, dalaman dan luaran kenderaan.

    Jaga kereta anda dan baiki sebarang kerosakan secepat mungkin. Cuba untuk meminimumkan kerosakan dan amalkan pemanduan selamat untuk mengelakkan kejadian yang tidak sepatutnya.

    • Sejarah servis/ penyelenggaraan kereta

    Anda dinasihatkan untuk menyimpan rekod penyelenggaraan anda sehingga tamat.

    Rekod penyelenggaraan kenderaan anda akan membantu anda membuktikan bahawa ia telah diservis mengikut jadual dan secara tidak langsung menunjukkan anda menjaga kereta dengan baik. Pembeli lebih berminat untuk membeli kereta dengan sejarah penyelenggaraan yang memuaskan.

    Sila pastikan anda menyimpan semua dokumen kereta anda termasuk rekod penyelenggaraan dan resit di satu tempat dengan selamat.

    • Pastikan dalaman dan luaran bersih

    Kereta yang dijaga dengan baik dan kelihatan bersih akan lebih menarik minat pembeli. Bakal pembeli akan memutuskan tawaran harga berdasarkan ‘penampilan’ kereta anda.

    Cuci, polish dan vakum kereta dengan kerap akan membuatkan kereta anda lebih terjaga dalam jangka masa panjang. 

    Jangan kereta dengan baik untuk meminimumkan susut nilai kereta anda

    Jika anda ingin menjual kereta anda untuk membeli yang baru, kami mengesyorkan anda untuk mengambil kira faktor susut nilai ini. Memahami bagaimana susut nilai berfungsi adalah penting kerana ia boleh membantu anda menjimatkan wang sehingga ribuan ringgit.

    Kami harap artikel ini dapat membantu anda pada masa akan datang!


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: