Skip to content
Home » Tahu Waktu Paling Selamat Memotong Kenderaan Lain

Tahu Waktu Paling Selamat Memotong Kenderaan Lain

    mEMOTONG KENDERAAN LAIN

    Tahukah anda?

    Berdasarkan statistik dari tahun 2010 hingga 2019 yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), secara puratanya lebih 500,000 kes kemalangan dilaporkan setiap tahun dan ia melibatkan hampir 7,000 kematian!

    Menerusi perkongsian dalam hantaran Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang sebelum ini, terdapat beberapa kesalahan utama yang dikenalpasti telah menjadi penyebab kepada kemalangan jalan raya. Salah satunya adalah memotong barisan.

    Aktiviti memotong barisan ketika memandu boleh mengundang padah jika ia tidak kena pada tempat dan masa. Malah jika anda didapati bersalah memotong barisan di kawasan yang dilarang, anda juga boleh dikenakan denda.

    Justeru pada artikel kali ini, Bjak akan kongsikan kepada anda cara serta waktu paling selamat untuk memotong kenderaan lain. 

    Tahu cara paling selamat untuk memotong

    Nak memotong kenderaan lain ada caranya. Jangan gopoh, dan ikut panduan ini agar anda dan kenderaan lain kekal selamat. 

    Dapat lihat jelas di depan

    Terdapat dua situasi yang mampu menghalang pemandu memandang jalan raya dengan jelas di depan ketika sedang memandu iaitu:

    • Kawasan zon buta
    Jangan memotong kenderaan lain di kawasan zon buta

    Ia merujuk kepada lokasi jalan raya yang menghalang pemandu daripada melihat kenderaan lain datang dari arah depan. Contohnya di kawasan cerun, jalan berselekoh dengan pokok dan cerun bukit, jambatan bengkok atau jalan berbukit.

    Elakkan memotong kenderaan di kawasan ini kerana pandangan anda di bahagian depan pastinya terbatas. Teruskan memandu dengan selamat kerana anda mungkin tidak tahu bila kereta dari arah bertentangan akan ada. 

    • Faktor cuaca
    Cuaca hujan lebat membahayakan anda untuk memotong

    Faktor cuaca sudah semestinya boleh menyebabkan kemalangan berlaku dari arah bertentangan jika anda mengambil tindakan memotong barisan. Jika cuaca hujan lebat atau berkabus, penglihatan anda sebagai pemandu pastinya akan lebih terbatas. Begitu juga pemandu yang datang dari arah bertentangan. 

    Elak memotong terutama jika kenderaan berat berada di hadapan anda. Teruskan memandu sehingga anda berasa ia selamat untuk memotong barisan. Ingat jika ‘double line’, anda sama sekali dilarang memotong ya!

    Jangan memotong jika…

    Aktiviti memotong sememangnya tidak digalakkan lebih-lebih lagi dalam situasi-situasi yang disenaraikan di bawah ini:

    • Garisan berkembar atau garis putih lurus di sebelah
    • Kenderaan di depan atau belakang anda sedang memotong kenderaan lain
    • Kenderaan dari arah bertentangan sedang memotong
    • Terdapat papan tanda larangan memotong di bahu jalan
    • Di kawasan lorong kecil dengan aliran trafik yang tinggi
    • Laluan khas untuk bas, teksi dan basikal ketika waktu puncak (waktu operasi)
    • Laluan susur keluar sementara bagi mengurangkan kesesakan trafik
    • Di kawasan sekolah, rumah ibadat, hospital, lintasan pejalan kaki, atau di kawasan simpang
    • Di kawasan pembinaan 
    • Laluan kiri jalan atau angin lintang
    • Dua lorong jadi satu 

    Beri isyarat kepada pemandu lain

    Nyalakan signal sebelum memotong kenderaan lain

    Anda berasa ia adalah waktu yang selamat dan sesuai untuk memotong? Maka lalukanlah dengan cara paling bijak. Pastikan anda berikan isyarat kepada kenderaan lain dengan menghidupkan lampu signal terlebih dahulu sebelum memotong. Jangan memotong tanpa memberikan lampu signal kerana ia boleh membayakan nyawa orang lain.

    Dalam pada itu, pastikan juga anda mengamalkan sikap bertolak ansur. Beri laluan kepada mereka yang hendak memotong anda supaya mereka dapat memotong dengan selamat.

    Pandu dengan selamat

    Semua orang ingin sampai cepat ke destinasi. Namun, ketahuilah bahawa pemanduan yang selamat amat penting demi keselamatan anda, penumpang dan pengguna jalan raya lain.

    Elakkan aktiviti memotong kenderaan lain khususnya pada situasi-situasi yang ada dinyatakan di atas. Ingat, biar lambat sedikit asalkan selamat.

    Ikut peraturan jalan raya yang ditetapkan demi keselamatan bersama.


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: