Skip to content
Home » Tahun Baru, Tawaran Baru untuk Pelanggan Bjak

Tahun Baru, Tawaran Baru untuk Pelanggan Bjak

    Free deals Bjak 2022

    Tahun 2022 kini tiba.

    Jika anda seorang pemilik kenderaan, anda pastinya akan mula memikirkan mengenai salah satu perkara yang wajib untuk dilakukan setiap tahun, iaitu memperbaharui insurans dan roadtax kenderaan anda.

    Untuk memperbaharui insurans, harganya pastilah di antara ratusan hingga ribuan ringgit, bergantung pada jenama, jenis dan tahun kenderaan. Sekiranya anda seorang pemilik kenderaan yang bijak dan cermat, anda pastinya sudah membuat kira-kira, malah mungkin simpanan khusus untuk urusan insurans dan roadtax anda juga turut disediakan.

    Pelbagai manfaat menarik buat pelanggan

    Antara manfaat menarik diberikan Bjak bagi tahun 2022

    Sejak ditubuhkan pada 2019, Bjak telah menerima lebih 3 juta pelanggan yang rata-ratanya berpuas hati dengan servis, harga serta kemudahan yang diberikan.

    Justeru, bagi menghargai tanda sokongan pelanggan terhadap Bjak sepanjang penubuhan, Bjak kini menawarkan pelbagai manfaat menarik yang pelanggan boleh nikmati apabila memperbaharui insurans dan roadtax di platform ini.

    Ingin ketahui apakah ia? Teruskan sahaja membaca artikel ini.

    Khidmat Tunda Tanpa Had

    Terima khidmat tunda tanpa had secara percuma

    Kerosakan pada kenderaan boleh berlaku pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Jika ia berlaku, anda mungkin perlu membayar kos yang banyak untuk mendapatkan perkhidmatan tunda, lebih-lebih jika ia bukan daripada syarikat insurans anda. 

    Justeru, bagi mengurangkan beban para pelanggan, Bjak akan memberikan perkhidmatan khidmat tunda tanpa had ke seluruh Malaysia secara PERCUMA apabila anda memperbaharui insurans di platform kami.

    Untuk makluman anda, kos asal untuk anda mendapatkan khidmat tunda tanpa had ini adalah sebanyak RM200. Namun dengan Bjak, anda boleh mendapatkan ia secara percuma, mengikut syarat yang telah ditetapkan.

    Masukkan sahaja kod promo BJAKVVIP bagi mendapatkan manfaat ini. 

    Pakej VIP Bjak 

    Dapatkan pakej VIP Bjak secara percuma apabila anda renew insurans di Bjak

    Tahukah anda, Bjak mempunyai pakej ‘VIP Bjak’ yang bakal memberikan anda sebagai pelangaan dan pemilik kenderaan lebih manfaat serta perlindungan.

    Apakah ia?

    1. Pelanggan VIP Bjak akan menerima khidmat tunda tanpa had

    2. Pelanggan VIP Bjak boleh mendapatkan khidmat tukar tayar kecemasan

    3. Pelanggan VIP Bjak turut boleh mendapatkan bantuan bagi jumpstart kereta

    4. Penghantaran kecemasan minyak kereta 24 jam

    5. Pemeriksaan kereta secara tahunan di tempat anda

    Untuk bantuan, pelanggan VIP Bjak hanya perlu menghubungi talian hotline khas yang beroperasi 24 jam untuk anda.

    Jadi bersempena dengan tahun baru ini, anda boleh mendapatkan pakej VIP Bjak ini secara PERCUMA (harga asal RM489) apabila memperbaharui insurans di platform kami. Masukkan sahaja kod promo BJAKVVIP bagi mendapatkan manfaat istimewa ini.

    Beli Dulu Bayar Kemudian (BNPL)

    Terima lebih penjimatan bila anda bayar untuk insurans anda menggunakan kaedah Beli Dahulu Bayar Kemudian

    Bagi memudah dan mengurangkan beban para pelanggan, Bjak telah melancarkan kaedah pembayaran beli dahulu bayar kemudian (BNPL) bermula 1 November 2021 yang lalu. 

    Melalui kaedah pembayaran ini, pelanggan akan mendapat potongan harga sebanyak RM25 bagi pembelian minimum RM500, manakala diskaun sebanyak RM15 pula akan diberikan untuk pembelian di bawah RM500.

    Lebih menarik, anda akan dibenarkan untuk membuat pembayaran sebanyak tiga kali, tanpa dikenakan sebarang faedah.

    Anda hanya perlu pergi ke laman web rasmi Bjak untuk memilih kaedah pembayaran BNPL bagi pembaharuan insurans dan roadtax tanpa sebarang jumlah minimum atau dokumen sokongan yang diperlukan. 

    Untuk makluman anda lagi, jika anda menggunakan kaedah pembayaran BNPL ini, bayaran pertama akan dikenakan ketika anda membeli insurans menggunakan kad debit atau kredit yang dikeluarkan oleh mana-mana bank. Dua pembayaran seterusnya akan dikenakan selepas 30 hari dan 60 hari secara automatik tanpa sebarang caj atau faedah. 

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kaedah pembayaran BNPL, sila klik pautan artikel yang telah kami sediakan sebelum ini.

    Renew dan Menang

    Renew insurans di Bjak untuk peluang memenangi ganjaran wang tunai dari Bjak

    Buat julung kalinya, Bjak menawarkan wang tunai sehingga RM168,888 untuk pelanggan yang memperbaharui insurans dan roadtax di Bjak bermula di antara  27 Disember 2021 hingga 28 Januari 2022.

    Yang lebih menarik, bukan hanya 1 pelanggan sahaja yang berpeluang untuk mendapatkan ganjaran ini, malah 1,000 pelanggan Bjak yang bertuah berpeluang untuk menerima hadiah WANG TUNAI dari kami apabila memperbaharui insurans dan roadtax di platform ini. 

    Syarat untuk sertai peraduan ini adalah sangat mudah:

    1. Anda hanya perlu perbaharui insurans dan roadtax di Bjak

    2. Insurans dan roadtax masih aktif ketika pembaharuan dibuat

    3. Tiada jumlah minima

    4. Tiada refund – Hanya pembaharuan insurans yang berjaya layak menyertai cabutan bertuah ini. Sekiranya anda telah membatalkan pembelian anda atau memohon pemulangan wang, kelayakan anda akan dibatalkan.

    5. Menerima semua jenis kaedah pembayaran, termasuk BNPL

    Berikut merupakan senarai jumlah wang tunai yang anda mungkin boleh menangi:

    1. Hadiah Tempat Pertama: RM6,888

    2. Hadiah Tempat Kedua: RM3,888

    3. Hadiah Tempat Ketiga: RM1,888

    4. 10 Hadiah Istimewa: RM688

    5. 10 Hadiah Bonus: RM388

    6. Lebih banyak hadiah akan diumumkan nanti

    Renew insurans di platform Bjak

    Jadi tunggu apa lagi? Jika insurans dan roadtax anda hampir tamat tempoh, jom perbaharui segera di Bjak kerana secara tidak langsung anda boleh mendapatkan pelbagai manfaat menarik seperti yang dikongsikan di atas daripada kami. 

    Minta sebut harga percuma sekarang dalam hanya 3 minit dan dapatkan lebih penjimatan bila anda renew insurans di platform kami.