Skip to content
Home » Takaful Malaysia Insurans Kereta – Beli Pelan Komprehensif Terbaik Untuk Kenderaan

Takaful Malaysia Insurans Kereta – Beli Pelan Komprehensif Terbaik Untuk Kenderaan

    takaful malaysia insurans kereta

    Anda sedang cari pelan takaful terbaik untuk kereta anda? Takaful Malaysia ada menyediakan pelan komprehensif yang bakal menawarkan pelbagai manfaat untuk anda!

    Jom kami kongsikan dengan lebih lanjut mengenai pelan insurans komprehensif Takaful Malaysia menerusi perkongsian ini.

    Kenapa renew dengan insurans kereta komprehensif Takaful Malaysia?

    Insuran kereta Takaful Malaysia

    Takaful Malaysia merupakan antara pilihan takaful terbaik yang boleh anda miliki.

    Produk Takaful Persendirian Komprehensif daripada Takaful Malaysia menyediakan perlindungan yang menyeluruh dengan manfaat menarik untuk pemegang polisinya. 

    Ia termasuklah memberikan perlindungan kepada kenderaan anda jika berlaku kerugian atau kerosakan akibat kemalangan, kebakaran atau kecurian serta liabiliti kepada pihak ketiga atas kematian atau kecederaan badan dan kerugian atau kerosakan harta benda.

    Sekiranya anda seorang Muslim, anda juga tidak perlu risau kerana insurans kereta Takaful Malaysia ini terhindar daripada unsur atau ciri yang dilarang oleh Islam iaitu ragu-ragu, judi dan riba. Sebaliknya, pelan takaful Malaysia ini menggunakan empat konsep syariah termasuklah tabarru’ (derma), wakallah (perwakilan), ju’alah dan juga qard.

    Manfaat utama untuk pelanggan

    Dengan pelan komprehensif insurans kereta Takaful Malaysia, anda bukan sahaja layak untuk menerima perlindungan asas yang diberikan polisi, bahkan juga:

    Perlindungan untuk pemandu tambahan

    Pelan komprehensif Takaful Malaysia menawarkan perlindungan untuk pemandu tambahan secara automatik tanpa sebarang kos. Ini bermakna, anda tidak perlu mendaftarkan nama pemandu lain yang kerap memandu kenderaan ketika ingin perbaharui insurans dengan pelan Takaful Malaysia ini.

    Perlindungan kemalangan peribadi

    Pelan komprehensif Takaful Malaysia menyediakan perlindungan untuk kemalangan peribadi sehingga RM15,000 secara automatik tanpa sebarang caj tambahan bukan sahaja untuk pemandu, bahkan juga kepada penumpang.

    Cashback jika tiada tuntutan

    Anda tidak pernah membuat sebarang tuntutan insurans sepanjang polisi aktif? Takaful Malaysia akan memberi anda cashback sebanyak 7.5% sebagai ganjaran buat anda kerana telah menjadi seorang pemandu berhemah!

    Bantuan tepi jalan 24 jam

    Kereta rosak secara tiba-tiba ketika sedang memandu? Jangan risau, pemegang polisi komprehensif Takaful Malaysia boleh menerima bantuan tepi jalan menerusi Program Tele Bantuan 24/7 yang disediakan. 

    Bayar ansuran dengan 0% faedah

    Ini adalah manfaat terbaru disediakan oleh syarikat Takaful Malaysia. Kini anda boleh membayar secara 6 kali ansuran apabila renew takaful di sini tanpa sebarang caj faedah. Minima had perbelanjaan adalah RM500.

    Waranti 6 bulan untuk pembaikan kereta

    Anda juga boleh nikmati tempoh waranti selama 6 bulan untuk pembaikan kereta yang dibuat di bengkel panel Takaful Malaysia.

    Langkah membuat tuntutan insurans kereta Takaful Malaysia

    1. Dapatkan bantuan

    Hubungi talian 24 jam Tele Bantuan Takaful Malaysia di 1800-888-788 untuk bantuan kemalangan, perkhidmatan tunda atau pembaikan kerosakan. Sebagai alternatif bagi pelanggan Takaful Motor Persendirian Komprehensif, anda boleh memuat turun applikasi Click for Cover untuk perkhidmatan Tele Bantuan yang lebih cepat dan mudah.

    1. Kumpulkan bukti

    Untuk melancarkan lagi proses tuntutan anda, sila kumpulkan bukti-bukti berikut:

    • Lokasi dan masa kemalangan
    • Maklumat peribadi pemandu yang terlibat dalam kemalangan (seperti nombor lesen memandu, nombor telefon dan alamat tempat tinggal)
    • Nama pengendali takaful/insurans kenderaan terlibat
    • Pembuatan/model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan jalan raya 
    • Nombor pendaftaran trak tunda (jika ada)
    • Ambil gambar dan catatkan sejauh mana kerosakan pada kenderaan/harta benda yang terlibat
    • Lukis gambarajah ringkas kejadian kemalangan yang mana ia akan membantu anda ketika membuat laporan polis nanti.
    1. Buat laporan polis

    Sila hadir ke balai polis trafik yang terdekat dalam tempoh 24 jam untuk membuat laporan berhubung kejadian baik anda di pihak yang bersalah atau tidak.

    1. Hubungi syarikat insurans

    Hubungi semula pihak Takaful Malaysia dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh berlakunya kemalangan. Kemukakan tuntutan anda berserta dokumen sokongan menerusi aplikasi Click for Cover.

    Anda juga dikehendaki untuk menghantar semua surat, tuntutan, saman atau writ yang diterima daripada pihak ketiga berkaitan kemalangan dengan segera.

    1. Hantar kereta ke bengkel panel

    Sila pastikan kenderaan anda dihantar ke bengkel panel Takaful Malaysia sahaja ya. Pihak Takaful Malaysia akan melantik adjuster bagi menilai kos kerosakan kereta. 

    Jenis-jenis tuntutan yang boleh dikemukakan

    Tuntutan kerosakan sendiri

    Anda boleh membuat tuntutan ini di bawah polisi anda sekiranya kereta anda rosak akibat kecuaian sendiri. Bagaimanapun, kelayakan NCD anda akan hilang apabila tuntutan ini dilakukan. 

    Dokumen yang diperlukan untuk tuntutan termasuklah:

    1. Borang Tuntutan Takaful Kenderaan yang lengkap diisi
    2. Salinan Laporan Polis 
    3. Salinan Saman Polis​ (jika ada) 
    4. Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Peserta yang Sah
    5. Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Pemandu yang Sah 
    6. Salinan terkini Kad Pendaftaran Kenderaan (lihat contoh) atau Sijil Pemilikan Kenderaan (lihat contoh)
    7. Anggaran daripada Orang yang Membaiki Kenderaan 
    8. Salinan Borang Pendaftaran Syarikat (Borang 9, 24 dan 49 – hanya sekiranya peserta adalah Syarikat)

    Tuntutan kerosakan sendiri Knock for Knock (OD-KFK)

    Anda boleh membuat tuntutan ini sekiranya berlaku kemalangan kenderaan yang bukan disebabkan oleh anda. Kemukakan sahaja tuntutan di bawah polisi anda sendiri tanpa perlu risau akan menjejaskan kelayakan NCD anda.

    Jenis tuntutan ini lebih cepat ya berbanding jika anda kemukakan tuntutan pihak ketiga.

    Dokumen yang diperlukan untuk tuntutan termasuklah:

    1. Borang Tuntutan Takaful Kenderaan yang lengkap diisi
    2. Salinan Laporan Polis 
    3. Salinan Polis Saman (jika ada) 
    4. Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Peserta yang Sah 
    5. Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Pemandu yang Sah 
    6. Salinan terkini Kad Pendaftaran Kenderaan (lihat contoh​) atau Sijil Pemilikan Kenderaan (lihat contoh)
    7. Anggaran daripada Orang yang Membaiki Kenderaan 
    8. Salinan Borang Pendaftaran Syarikat (Borang 9, 24 dan 49 – hanya sekiranya peserta adalah Syarikat) 

    Dokumen Tambahan:

    1. Salinan Laporan Polis Pihak Ketiga 
    2. Gambarajah Kemalangan oleh pihak polis
    3. Keputusan Siasatan Polis
    4. Carian JPJ perlindungan takaful/insuran pihak ketiga
    5. Surat akuan dari peserta yang telah ditandatangan

    Tuntutan kerosakan harta benda pihak ketiga (TPPD)

    Tuntutan ini dibuat oleh anda terhadap Syarikat Insurans /Takaful Pihak Ketiga untuk kos pembaikan sekiranya kemalangan berlaku berkaitan dengan perjanjian KFK ( Knock-for-Knock). 

    Dokumen yang diperlukan untuk tuntutan termasuklah:

    1. Salinan Laporan Polis
    2. Pelan Lakaran dan Kunci (Police Sketch Plan and Key)
    3. Hasil Siasatan daripada Polis
    4. Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Pemilik Pihak Ketiga yang Sah 
    5. Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Pemandu yang Sah 
    6. Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan (lihat contoh) atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) (lihat contoh
    7. Gambar Pelekat Cukai Jalan 
    8. Laporan Pelaras, Bil, Resit and Gambar yang Asal 
    9. Tuntutan Kerosakan/Quantificasi
    10. Anggaran daripada orang yang membaiki (untuk tuntutan yang minor, pelaras tidak akan dilantik)
    11. Resit bayaran asal kepada orang yang membaiki untuk Excess dan Undercover (untuk kerugian uncovered)

    Tuntutan pembaikan cermin kereta

    Anda boleh membuat tuntutan untuk membaiki cermin kereta yang telah retak atau pecah. Jika anda miliki manfaat tambahan cermin kereta, maka kadar NCD anda tidak terjejas. Namun jika tidak ada, maka kelayakan NCD anda akan hilang. 

    Terdapat dua jenis Tuntutan Cermin: 

    1. Penggantian 
      • Manfaat perlindungan tambahan cermin kereta akan tamat sebaik sahaja kaca itu diganti.
      • Sekiranya ingin terus menikmati perlindungan ini anda perlu kuat kuasakan semula perlindungan cermin kereta dan bayar sumbangan tambahan kepada pihak Takaful Malaysia.
    2. Pembaikan 
      • Jika kaca yang pecah dibaiki, maka manfaat tambahan perlindungan cermin kereta akan diteruskan tetapi amaun jumlah perlindungan berkurangan setelah ditolak dengan kos pembaikan.
      • Anda boleh kuat kuasakan semula amaun dengan membayar sumbangan tambahan kepada Takaful Malaysia atau kekalkan baki yang ada selepas tuntutan. 

    Dokumen yang diperlukan untuk tuntutan termasuklah:

    1. Borang Tuntutan Takaful Kenderaan yang lengkap diisi 
    2. Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Peserta yang Sah
    3. Salinan terkini Kad Pendaftaran Kenderaan (lihat contoh) atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) (lihat contoh
    4. Bil Tunai Asal
    5. Gambar menunjukkan kerosakan 
    6. Gambar selepas penggantian cermin kereta 
    7. Surat Kebenaran Pembayaran (sekiranya peserta sudah menggantikan cermin kereta di bengkel) 
    8. Salinan Borang Pendaftaran Syarikat (Borang 9, 24 dan 49 – hanya sekiranya peserta adalah Syarikat)

    Di mana anda boleh dapatkan perlindungan insurans kereta Takaful Malaysia?

    Selain di laman rasmi Takaful Malaysia, anda juga boleh mendapatkan pelan insurans ini menerusi platform pembaharuan insurans kenderaan terbesar di Malaysia, Bjak.

    Anda hanya perlu membandingkan dahulu harga di antara Takaful Malaysia dengan syarikat takaful dan insurans lain bagi mengenalpasti bajet serta keperluan anda. Jika ia yang dirasakan terbaik untuk kenderaan anda, maka klik sahaja pelan Takaful Malaysia dan seterusnya anda boleh nikmati pelbagai manfaat yang ditawarkan sebaik sahaja polisi/sijil anda aktif!


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: