Skip to content
Home » Apakah Beza Insurans Kereta dengan Insurans Kemalangan Peribadi?

Apakah Beza Insurans Kereta dengan Insurans Kemalangan Peribadi?

    Beza insurans kereta dengan insurans kemalangan peribadi

    “Kalau saya cedera sebab kemalangan yang berpunca dari diri sendiri, adakah insurans kereta akan melindungi saya?”

    Mungkin ada dalam kalangan kita yang masih keliru dengan bentuk perlindungan yang diberikan oleh insurans kereta dengan insurans kemalangan peribadi.

    Bagi mengurangkan kekeliruan itu, apa kata anda teruskan membaca artikel ini. 

    Apakah itu insurans kereta?

    Untuk makluman anda, insurans kereta hanya berfungsi untuk membayar ganti rugi kepada anda jika kereta anda dicuri atau terbakar dalam kejadian kebakaran yang tidak disengajakan, bergantung kepada jenis insurans kereta yang anda pilih. Selain itu, ia juga turut berfungsi untuk membayar kerugian terhadap kerosakan kereta anda akibat kemalangan yang berpunca daripada diri sendiri (polisi komprehensif sahaja). Dan paling penting, insurans kereta berperanan penting untuk melindungi anda daripada sebarang tuntutan oleh pihak ketiga.

    Insurans ini wajib dimiliki oleh setiap pemilik kereta dan perlu diperbaharui pada setiap tahun bagi memastikan kenderaan sah digunakan di atas jalan raya. Tanpa insurans kereta, individu berdepan tindakan saman oleh pihak berkuasa jika dikesan melakukan kesalahan ini ketika sedang memandu. 

    Perlu anda tahu, pihak insurans kereta tidak akan membayar pampasan sekiranya anda mati atau cedera akibat kemalangan yang berpunca daripada diri anda sendiri, meskipun anda adalah pemegang polisi insurans kereta 1st party. Sebaliknya, perlindungan akan diberikan kepada pihak ketiga (pihak yang dilanggar oleh anda) sekiranya pihak tersebut maut atau cedera disebabkan kemalangan yang disebabkan oleh anda. 

    perlindungan insurans kereta

    Apakah pula insurans kemalangan peribadi?

    Berbeza dengan insurans kereta, insurans kemalangan peribadi pula merupakan sejenis perlindungan pilihan, bermakna ia bukanlah wajib untuk individu memperolehnya. Insurans ini berperanan sebagai polisi insurans tahunan yang memberikan pampasan apabila berlaku kecederaan, hilang upaya atau kematian yang berlaku disebabkan kemalangan semata-mata kepada pemegang polisi sahaja dan tidak membabitkan mana-mana pihak ketiga.

    Sama seperti insurans perubatan atau nyawa, anda boleh membeli produk insurans kemalangan peribadi ini sebagai salah satu produk perlindungan insurans.

    Produk insurans ini akan membolehkan anda untuk menerima pampasan sekiranya cedera, hilang upaya kekal atau meninggal dunia akibat kemalangan.

    insurans kemalangan peribadi

    Selain itu, anda juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan produk insurans kemalangan peribadi ini melalui pembaharuan insurans dengan pelan komprehensif. Pada kebiasaannya, setiap syarikat insurans menyediakan premium yang berbeza untuk perlindungan tambahan ini, bahkan ada juga yang memberikan secara percuma di dalam polisi komprehensif seperti syarikat insurans Liberty dan Takaful Malaysia.

    Perbezaan insurans kereta dengan insurans kemalangan peribadi

    Berikut kami senaraikan beberapa perbezaan penting di antara insurans kereta dengan insurans kemalangan peribadi yang anda perlu fahami. 

    Insurans keretaInsurans kemalangan peribadi 
    Diwajibkan hanya untuk pemilik kenderaan sahajaTidak wajib dan boleh dibeli oleh sesiapa 
    Perlu diperbaharui setiap tahunTidak perlu diperbaharui setiap tahun
    Tidak melindungi kecederaan atau kematian anda jika disebabkan oleh kemalangan jalan rayaMelindungi kecederaan atau kematian anda jika disebabkan oleh kemalangan jalan raya
    Jumlah perlindungan mengikut nilai  pasaran atau nilai yang dipersetujui ketika anda perbaharui insurans  Jumlah perlindungana adalah terhad, mengikut ketetapan syarikat insurans. 
    Premium akan lebih murah pada tahun berikutnya (mengikut kadar NCD)Premium tidak mengalami pengurangan 

    Dapatkan insurans kereta dan insurans kemalangan peribadi untuk diri anda

    Kedua-dua insurans ini adalah penting untuk anda sekiranya memiliki kenderaan. Dengan insurans kereta, ia dapat membantu anda menerima pampasan sekiranya berlaku sesuatu pada kenderaan anda. Manakala dengan insurans kemalangan peribadi pula, ia bakal mengurangkan kerisauan anda dan waris lebih-lebih lagi jika berlaku sesuatu yang buruk terhadap anda akibat kemalangan. 

    Jika boleh, dapatkan kedua-dua insurans ini untuk perlindungan yang lebih menyeluruh sebagai persediaan untuk masa hadapan. Ingat, kita tidak akan dapat mengagak apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Tidak salah untuk menyediakan payung sebelum hujan demi keselamatan dan kemudahan anda nanti. 


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: