Skip to content
Home » Ini Cara Nak Tahu Tarikh Luput Insurans Kereta Anda

Ini Cara Nak Tahu Tarikh Luput Insurans Kereta Anda

    cek tarikh luput - cover

    Seperti yang anda sedia maklum, insurans kereta anda mempunyai tarikh luput dan perlu diperbaharui setiap tahun. Jika anda memandu dengan polisi insurans yang telah tamat tempoh, berhati-hatilah! Anda mungkin akan dikenakan saman sebanyak RM300 daripada JPJ. Anda pastinya nak elakkan perkara itu bukan? Jadi bagaimana anda nak semak tarikh luput insurans kereta anda? Mudah saja. Jom kami tunjuk caranya.

    Semak polisi insurans atau nota perlindungan

    Namun, ingat di mana anda simpan polisi insurans atau nota perlindungan anda?

    Polisi insurans atau nota perlindungan anda mengandungi maklumat penting tentang kereta anda, termasuk jumlah insurans kereta anda, premium insurans, jumlah lebihan dan tarikh luput insurans. 

    Jadi jika anda tidak ingat tarikh luput insurans kereta anda, rujuk sahaja polisi insurans atau nota perlindungan anda. Untuk kegunaan masa hadapan anda, buat salinan digital polisi insurans kereta anda dan nota perlindungan. Sama ada salinan imbasan atau foto, cuma pastikan anda mempunyai salinan yang boleh anda akses dengan mudah. 

    Semak tarikh luput insurans kereta dalam talian

    Tak ingat dekat mana anda simpan polisi insurans kereta atau nota perlindungan anda?

    Tak mengapa! Anda sebenarnya boleh semak tarikh luput anda dalam talian menggunakan MyCarInfo secara percuma.

    Langkah 1: Isikan butiran di MyCarInfo

    Pergi ke MyCarInfo (Pertanyaan Dalam Talian NCD) . Masukkan nombor plat dan nombor kad pengenalan pemilik kereta. Setelah selesai, klik pada butang “DAPATKAN LAPORAN NCD SAYA.”

    Jika kereta anda didaftarkan di bawah syarikat, sila masukkan nombor pendaftaran syarikat.

    Perkhidmatan percuma ini boleh digunakan untuk mana-mana kenderaan, termasuk motosikal dan kenderaan yang disewa.

    Langkah 2: Semak tarikh luput insurans kereta

    Dah selesai! Hanya rujuk kepada “Tempoh Perlindungan Polisi Semasa” untuk mengetahui tempoh perlindungan insurans sedia ada anda.

    Anda juga akan memperoleh maklumat berikut:

    1. Peratusan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) Seterusnya
    2. Tarikh kuat kuasa NCD seterusnya
    3. Peratusan NCD semasa
    4. Tarikh kuat kuasa NCD semasa

    Bonus: Semak status polisi insurans

    Katakan bahawa anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang insurans sedia ada anda, anda boleh menggunakan “I-Search”, satu lagi perkhidmatan percuma oleh MyCarInfo.

    Beberapa maklumat yang anda boleh dapatkan melalui “I-Search” termasuk:

    • Pembekal insurans
    • Jenis perlindungan
    • Status polisi insurans

    Langkah 1: Isikan butiran di MyCarInfo

    Pergi ke MyCarInfo (I-Search). Masukkan nombor plat, nama dan alamat e-mel anda. Setelah selesai, klik pada butang “PERTANYAAN.”

    Langkah 2: Dapatkan maklumat polisi insurans

    Selesai! Anda boleh melihat pembekal insurans anda, jenis perlindungan dan status polisi insurans anda sama ada ia masih aktif atau tidak lagi aktif.

    Perbaharui insurans kereta di Bjak

    Oleh yang demikian, bila anda terlupa tarikh tamat tempoh polisi insuran kereta anda, hanya rujuk polisi insurans atau nota perlindungan anda. Cara yang lebih mudah ialah dengan menyemak tarikh luput dalam talian menggunakan pertanyaan NCD atau I-Search di MyCarInfo.

    Di Bjak, anda boleh memperbaharui insurans kereta anda secara dalam talian di mana sahaja anda berada. Jika anda tidak ingat tarikh luput anda, hubungi Bjak bila-bila masa sahaja.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: