Skip to content
Home » Tips Keselamatan Semasa Memandu Dengan Bayi di Dalam Kereta

Tips Keselamatan Semasa Memandu Dengan Bayi di Dalam Kereta

    tips keselamatan bersama bayi

    Memandu bersama bayi di dalam kereta sememangnya agak mencabar terutamanya buat mereka yang pertama kali menjadi ibu bapa. Perasaan bimbang dan gelisah pastinya wujud, sehingga membuatkan si ibu atau ayah kurang berasa tenang sepanjang perjalanan. 

    Jangan risau, jom kurangkan kerisauan anda itu! Ikut sahaja tips ini untuk membantu anda memastikan anak kecil anda lebih selamat apabila bersama anda di dalam kereta. 

    Gunkan car seat bayi yang betul

    kerusi keselamatan bayi

    Kerajaan telah menguatkuasakan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak atau Child Restraint System (CRS) dalam kenderaan persendirian, berkuat kuasa 1 Januari 2020.

    Oleh itu, pastikan anda memilih car seat untuk anak anda dengan penilaian keselamatan yang terbaik.

    Sila ambil perhatian bahawa tidak semua kerusi keselamatan kanak-kanak bersesuaian dengan semua jenis kereta. Oleh itu, sila buat cuba dulu pasang kerusi keselamatan tersebut atau melihat ciri serta spesifikasinya sebelum membuat pembelian. Kerusi keselamatan kanak-kanak dengan saiz yang betul boleh mengurangkan risiko terhadap anak anda apabila berada di atas jalan raya. 

    Bayi yang baru dilahirkan hingga berumur 3 tahun mungkin memerlukan tempat duduk yang menghadap ke belakang. Sementara itu, kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 7 tahun, mereka sesuai untuk duduk dengan kerusi yang menghadap ke hadapan. Apabila anak anda dilihat sudah melebihi had tempat duduk yang menghadap ke hadapan, mereka harus menggunakan ‘booster seat’ sehingga mereka boleh dimuatkan dengan tali pinggang keledar. 

    Letakkan car seat kanak-kanak di tempat duduk belakang

    Sila pasang kerusi keselamatan anak anda di bahagian tempat duduk belah belakang kerana lebih selamat dan jauh daripada beg udara yang aktif. 

    Jika kerusi untuk kanak-kanak diletakkan di tempat duduk hadapan dan beg udara mengembung, ia boleh terkena bahagian belakang kerusi anak anda yang sedang menghadap ke belakang — betul-betul di mana kepala kanak-kanak itu berada — dan seterusnya boleh menyebabkan kecederaan serius atau maut pada anak. Selain itu, beg udara juga boleh membahayakan kanak-kanak jika kerusinya dihadapkan ke belah hadapan.

    Pakaikan tali pinggang keledar pada anak anda

    Sila periksa dan pakaikan tali pinggang keledar pada anak kecil anda semasa mereka berada di dalam car seat mereka. 

    Ini bagi memastikan anak kecil anda lebih dilindungi dan berada dalam keadaan selamat jika berlaku apa-apa ketika anda sedang memandu. 

    Gunakan pelindung matahari

    gunakan pelindung matahari di sebelah cermin kerusi keselamatan anak anda

    Pasang pelindung matahari di tingkap sisi yang paling hampir dengan bayi anda untuk memastikan cahaya matahari tidak terkena mereka ketika sedang tidur di dalam kereta.  Cahaya matahari yang terang boleh mengganggu bayi anda dan menyebabkan mereka mula meragam.

    Selain itu, ia juga membantu mengekalkan suhu dalam kenderaan.

    Pasang cermin tempat duduk belakang

    pasang cermin kerusi belakang

    Tidak seperti cermin pandang belakang, cermin tempat duduk belakang akan membolehkan ibu bapa melihat bayi yang duduk di tempat duduk yang menghadap ke belakang.

    Kadangkala, mendengar tangisan bayi ketika sedang memandu boleh membuatkan anda mula rasa bimbang dan gelisah. Jadi, pasang cermin di tempat duduk belakang supaya anda boleh melihat anak anda menerusi cermin itu daripada perlu menoleh untuk memeriksa anak anda. 

    Aktifkan ‘child lock’

    Gunakan child lock untuk keselamatan anak anda

    Child lock atau kunci kanak-kanak bertujuan untuk menghalang kanak-kanak daripada membuka pintu belakang dari dalam.

    Kunci ini biasanya terletak di pintu belakang. Ia hanya boleh dibuka apabila seseorang membuka pintu dari luar sebaik sahaja anda mengaktifkan kunci ini.

    Patuhi peraturan lalu lintas

    Pastikan anda memandu pada had kelajuan yang betul dan ikut segala peraturan lalu lintas yang telah ditetapkan. Ingat, selain keselamatan anda sendiri, anda juga perlu memikiran keselamatan bayi anda di belakang.

    Selain itu, elakkan semua gangguan yang tidak perlu. Tetapkan telefon bimbit anda dalam mode senyap sebelum masuk ke dalam kereta, elakkan makan dan minum semasa memandu, dan hanya fokus pada perjalanan sahaja.

    Ikuti tips keselamatan ini, utamakan keselamatan bayi anda

    Pastikan anda mempersiapkan bayi anda dengan tahap keselamatan yang terbaik semasa memandu.

    Ikuti tips keselamatan yang diberikan di atas untuk memastikan anak anda berada dalam persekitaran yang paling selamat, sepanjang masa ketika berada di atas jalan raya. 


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: