Skip to content
Home » Tips Travel: Apa Nak Buat Sebelum Pergi Bercuti?

Tips Travel: Apa Nak Buat Sebelum Pergi Bercuti?

    tips travel

    Satu lagi tips travel untuk anda! Sebelum pergi melancong khususnya ke luar negara, banyak perkara penting yang perlu dipersiapkan agar percutian berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah, bukan?

    Mungkin pada mata kasar, kita sudah menyelesaikan semua perkara-perkara penting tersebut. Namun apabila hari untuk bercuti tiba, barulah kita perasan ada yang masih kurang.

    Jadi, dalam keterujaan anda untuk pergi bercuti, pastikan anda tidak terlepas melakukan perkara-perkara ini sebelum meninggalkan rumah ya!

    Buat research tempat yang anda ingin kunjungi

    Ini adalah langkah paling awal perlu anda lakukan. Sebelum pergi bercuti ke mana sahaja, pastikan anda telah melakukan serba sedikit carian mengenai negara yang anda ingin kunjungi. Selain bagi memastikan percutian anda lancar, ia juga penting agar anda tahu anda berada di tempat yang selamat.

    Selain itu, langkah ini juga perlu dilakukan agar anda dapat mengenalpasti budaya mereka, bajet yang perlu ada serta peraturan-peraturan yang perlu diikuti sepanjang berada di sana.

    Rancang hari pertama anda

    Sedar atau tidak, hari pertama untuk bercuti adalah sangat penting untuk anda! Ia boleh jadi penentu sama ada percutian anda itu akan berjalan dengan lancar mahupun tidak. Sila kenalpasti selok-belok negara yang anda ingin kunjungi supaya anda tidak tersesat.

    Jangan juga lupa muktamadkan tempat penginapan anda, periksa kemudahan awam yang ada, tempat menarik yang boleh dikunjungi dan pelbagai lagi. 

    Rancang hari terakhir bercuti

    Dah rancang apa nak buat waktu hari pertama? Jangan lupa pula untuk rancang apa yang perlu dilakukan di hari terakhir anda bercuti nanti.

    Pastikan anda tidak tertinggal penerbangan, check-out hotel di waktu yang ditetapkan dan pelbagai lagi. Tahu juga jarak di antara hotel dengan lapangan terbang agar anda dapat mengagak waktu yang terbaik untuk sampai di lapangan terbang nanti.

    Dalam pada itu, pastikan juga dokumen-dokumen penting turut dibawa terutamanya passport anda!

    Tukar wang

    Sebelum pergi melancong, pastikan wang anda sudah mencukupi. Jangan bergantung kepada kaedah pembayaran tanpa tunai semata-mata. Anda tetap perlukan wang tunai ya terutama jika berlaku sebarang kecemasan.

    Pastikan juga kad bank anda boleh melakukan transaksi untuk luar negara. Aktifkan di bank jika anda belum ada/ melakukannya.

    Muat turun aplikasi penting

    Rata-rata daripada kita pastinya sudah memiliki telefon pintar, kan? Jadi, manfaatkannya sebaik mungkin dengan memuat turun segala aplikasi penting yang boleh digunakan ketika melancong nanti.

    Aplikasi-aplikasi tersebut berupaya untuk membantu anda kelak. Contohnya anda boleh memuat turun aplikasi untuk tempahan hotel, muzik, tempat makan dan sebagainya yang ‘relevan’ dengan negara tersebut. 

    Semak cuaca

    Jika anda ingin melancong ke negara yang miliki 4 musim, tentukan musim mana yang anda ingin pergi bercuti. Contohnya jika badan anda tidak tahan sejuk, eloklah elakkan pergi bercuti ketika musim sejuk ya. Bukan apa, risau percutian anda itu jadi tidak menyeronokkan nanti.

    Cek juga suhu negara tersebut. Ia bagi memastikan anda tahu apa pakaian yang perlu dibawa dan dipakai nanti. Mungkin nampak remeh, tapi anda akan tahu kepentingannya nanti bagaimana. 

    Dapatkan insurans perjalanan

    Ini juga antara perkara paling penting perlu anda lakukan! Sebelum pergi melancong, pastikan anda telah membeli satu pelan insurans perjalanan buat diri anda. Ia sangat penting agar anda boleh dilindungi sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini ketika sedang bercuti nanti. 

    Tak susah pun untuk dapatkan insurans perjalanan ni. Anda juga boleh dapatkannya secara online menerusi Bjak. Bandingkan dahulu dengan 10 jenama insurans yang ada dan dapatkan sahaja satu pelan yang mengikut bajet serta keperluan anda. 


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans terbesar di Malaysia dan telah dipercayai lebih 3 juta pengguna. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan beli insurans anda ikut keperluan dan bajet.

    Baca juga: