Skip to content
Home » Tips Elak Berada di Titik Buta Kenderaan

Tips Elak Berada di Titik Buta Kenderaan

    titik buta

    Kemalangan jalan raya boleh berlaku atas pelbagai faktor dan salah satunya adalah kerana pengabaian terhadap titik buta atau blind spot kenderaan. Sebenarnya, kejadian malang ketika di jalan raya boleh dielakkan jika anda mengamalkan sikap pemanduan berhemah dan bertanggungjawab di antara satu sama lain.

    Selain itu, teknik pemanduan yang betul juga memainkan peranan bagi memastikan kita dan orang lain lebih selamat. Ia termasuklah tahu di mana titik buta kenderaan yang seterusnya mengelakkan kita sebagai pemandu untuk berada di kawasan titik buta atau blind spot itu. 

    Mengenai titik buta kenderaan

    Sebenarnya, blind spot ini merujuk kepada kawasan di sekeliling kenderaan yang tidak boleh dilihat secara langsung oleh pemandu ketika sedang memandu.

    Disebabkan itu, apabila anda tidak dapat mengenal pasti di manakah kawasan blind spot, ia akan mendedahkan anda kepada risiko kemalangan. Baik dilanggar atau melanggar kenderaan lain yang berada di sekeliling. Biasanya di dalam zon blind spot ini, pemandangan pemandu akan terhalang oleh sudut pandangan yang terlindung. 

    Walaupun hampir semua jenis kenderaan mempunyai kawasan blind spot, namun terdapat dua jenis kenderaan yang tidak mempunyai sebarang had pandangan yang menyebabkan terhasilnya blind spot, iaitu basikal dan motosikal. 

    Bagaimanapun, kedua-dua jenis kenderaan ini khususnya motosikal paling kerap menjadi mangsa kemalangan disebabkan oleh titik buta kenderaan lain atau bermakna, mereka tidak dapat dilihat oleh kenderaan lain. 

    Kenal pasti zon titik buta

    “Di manakah zon titik buta saya?”

    “Saya selalu tak perasan ada motor di sebelah saya ketika sedang memandu”

    Jom kenal pasti dahulu di manakah zon titik buta anda dengan meneruskan pembacaan di bawah ini:

    Apa anda perlu tahu

    • Biasanya, zon blind spot kenderaan adalah di kawasan sebelah pintu depan dan belakang kedua-dua belah kenderaan anda yang gagal dilihat/ tidak kelihatan pada cermin sisi. 
    • Setiap blind spot kenderaan bagaimanapun adalah berbeza-beza dan bergantung kepada i) jenis kenderaan, ii) reka bentuk kenderaan dan iii) saiz kenderaan
    • Dimensi serta jarak kedudukan pemandu dengan stereng juga boleh mempengaruhi saiz dan kedudukan titik buta anda. Contohnya, semakin besar dan tinggi kenderaan, semakin besar zon titik buta yang terhasil. 
    kenalpasti zon titik buta
    kawasan titik buta

    Tips elak berada di titik buta kenderaan

    Berikut dikongsikan beberapa tips penting untuk mengelakkan anda daripada berada di kawasan titik buta. Sila fahami dan amalkannya ya!

    Elak berada di sebelah kenderaan berat

    Anda pemandu kereta atau penunggang motosikal? Jika boleh, sila pastikan anda tidak terus berada di sebelah kenderaan berat seperti lori atau bas. Mengapa?

    Ini kerana zon titik buta bagi kenderaan berat ini tidak sama dengan kenderaan ringan. Biasanya, pemandu bagi kenderaan berat sukar untuk melihat keberadaan anda kerana saiz kenderaannya yang tinggi dan besar. 

    Elakkan titik buta kenderaan

    Sumber: Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)

    Jaga penglihatan menerusi cermin sisi

    Tahukah anda? Cermin sisi memainkan peranan yang amat penting dalam mengurangi titik buta anda ketika sedang memandu. Sila pastikan anda sentiasa nampak pemandu kenderaan berat menerusi pandangan pada cermin sis kereta andai. Jika tidak, kemungkinan besar pemandu kenderaan berat tersebut juga tidak boleh melihat keberadaan kenderaan anda.  

    Tolong adjust atau laraskan cermin sisi kereta anda sebelum bergerak mengikut keselesaan sudut pandang anda ya. 

    Jangan memotong dari sebelah kiri

    Biasanya, bahagian sisi kiri merupakan antara kawasan titik buta yang tinggi peratusannya. Jadi, sila elakkan memotong sebelah kiri ya! Jika anda ingin memotong, pastikan anda tidak berada terlalu lama di sisi kenderaan berat.

    Awasi lampu signal

    Masih ramai dalam kalangan kita yang terlalu ralat atau malas untuk menggunakan lampu isyarat signal ketika ingin menukar lorong, memotong atau membelok. Jangan begitu ya! Anda perlu dan wajib untuk gunakan lampu isyarat signal ini ketika ingin memotong atau menukar arah. 

    Mengapa? Ini bagi membolehkan kenderaan lain mengagak tindakan anda ketika itu, terutamanya untuk kenderaan berat. Selain itu, anda juga perlu sentiasa peka dengan lampu signal yang diberikan mana-mana kenderaan berat. 

    Jaga jarak yang selamat

    Jangan memandu terlalu dekat dengan kenderaan di hadapan terutamanya dengan kenderaan berat seperti lori, bas, treler dan sebagainya. Anda perlu ingat, pemandu kenderaan berat tidak dapat melihat keberadaan anda menerusi cermin sisi atau cermin pandang belakang jika anda berada betul-betul di hadapan atau belakangnya.

    Jangan ikut terlalu rapat dan sentiasa peka dengan jarang kenderaan yang selamat. Barulah anda tidak berada di zon titik buta mereka!

    *Nota: Pemandu kenderaan berat sebenarnya tidak dapat melihat kenderaan yang berada pada jarak 10m dibelakangnya. 

    Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: