Urusan jual beli motor terpakai hampir selesai, namun selepas beberapa ketika anda baru sedar bahawa roadtax motor tersebut sudah lebih tiga tahun tidak diperbaharui. Alamak! Macam mana ya? Bolehkah teruskan dengan proses tukar nama hak milik motor nanti kalau roadtax motor tersebut sudah lama tamat tempoh.
Ya, sehingga ke hari ini, masih ada pemilik motosikal yang memilih untuk tidak memperbaharui roadtax motor mereka kononnya dengan alasan “nak guna motor ke kedai sahaja”, “motor ni tak digunakan sangat dah pun”, dan banyak lagi. Namun tahukah anda, selagi anda pemilik motor tersebut, anda wajib untuk memperbaharui cukai jalannya pada setiap tahun tidak kiralah sama ada ia jarang digunakan ataupun tidak.
Ini bagi mengelakkan berlakunya sebarang masalah di kemudian hari, termasuklah jika ingin melakukan proses jual beli motor tersebut. Apa yang akan menjadi isu, bolehkah tukar nama motor roadtax mati lebih tiga tahun?
Apa perlu anda semak sebelum beli motor terpakai?
Selain hanya memberi tumpuan kepada kondisi motor (untuk memastikan ia masih elok dan berada dalam keadaan terbaik), jika anda ingin beli motor terpakai daripada mana-mana individu lain, pastikan anda turut menyemak beberapa perkara di bawah ini:
Semak saman lampau
Sebagai pembeli yang bijak, pastikan anda semak dahulu sama ada terdapat sebarang tunggakan saman yang belum dilunaskan oleh pemilik asal dan lihat jika motor tersebut ada sebarang saman senarai hitam. Mengapa ia penting? Ini bagi mengelakkan sebarang masalah selepas proses tukar nama dilakukan.
Jika ada, pastikan pemilik asal motor tersebut membayar segala saman yang ada terutamanya saman yang disenarai hitam sebelum anda teruskan dengan proses tukar nama.
Roadtax mati tidak lebih tiga tahun
Kebiasaannya, proses tukar nama tidak memerlukan pemeriksaan Puspakom untuk pembelian motor terpakai. Namun, jika anda mendapati bahawa roadtax untuk motor tersebut sudah tidak diperbaharui lebih dari tempoh tiga tahun, maka anda ataupun pemilik asal wajib membawa motor tersebut untuk menjalani pemeriksaan Puspakom.
Pemeriksaan ini adalah wajib bagi memastikan kenderaan tersebut masih berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan di jalan raya.
Roadtax mati lebih tiga tahun, bolehkah tukar nama pemilik motor?
Ya, anda masih boleh teruskan dengan proses jual beli motor terpakai dan lakukan tukar nama hak milik motor nanti walaupun roadtaxnya telah expired lebih tiga tahun. Namun begitu, pastikan motor tersebut sudah dihantar ke pemeriksaan Puspakom terlebih dahulu dan jika segalanya telah selesai dan diluluskan, barulah anda boleh meneruskan dengan tukar nama hak milik motor.
Untuk proses tukar nama, pemunya asal motosikal perlu terlebih dahulu hadir ke mana-mana cawangan JPJ dengan membawa dokumen pengenalan diri seperti myKad/ myTentera/ myPR/ passport beserta Borang JPJK3 yang lengkap diisi untuk pengesahan identiti secara biometrik. JPJ akan keluarkan slip rujukan Tukar Milik yang menunjukkan anda telah selesai urusan pengesahan biometrik Tukar Hak Milik (THM).
Kemudian, pembeli pula hendaklah hadir sendiri bagi urusan pengesahan cap jari secara biometrik ke mana-mana JPJ berhampiran yang menjalankan perkhidmatan kaunter dan membawa bersama dokumen pengenalan diri beserta Borang JPJK3 yang lengkap diisi bersama dokumen sokongan seperti JPJK2 atau VOC (geran kenderaan) dan Sijil Puspakom B5.
Selepas selesai THM, secara automatiknya roadtax dan insuran atas nama pemilik lama terbatal. Anda sebagai pemilik baharu pula perlu memperbaharui insurans dan roadtax untuk motor tersebut.
*Pemilik baru disarankan untuk membeli insurans atas namanya sendiri sebelum datang ke JPJ. Ini bagi memudahkan urusan anda di mana akan membolehkan anda untuk menerima roadtax secara terus ketika buat urusan cap jari di JPJ.
Pastikan anda renew roadtax
Jika anda adalah seorang pemilik motor, sila pastikan motosikal anda itu sentiasa memiliki roadtax dan insurans yang sah meskipun ia jarang digunakan. Selain bagi memudahkan urusan jual beli motor (jika perlu kelak), ia juga akan memastikan motor anda dilindungi sepanjang masa.
Untuk memudahkan urusan anda, renew roadtax motor serta insurans di Bjak. Hanya 5 minit sahaja yang diperlukan!
Semoga perkongsian ini membantu dan bermanfaat untuk anda.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: