Skip to content
Home » Cara Tukar Nama Hak Milik Kenderaan Secara Online

Cara Tukar Nama Hak Milik Kenderaan Secara Online

    tukar nama hak milik kenderaan

    Sesetengah individu mungkin masih beranggapan bahawa proses tukar nama hak milik kenderaan merupakan suatu proses yang sukar dan rumit. Disebabkan itulah, masih ada dalam kalangan pembeli dan penjual mengabaikan kepentingan untuk tukar nama hak milik kenderaan apabila proses jual beli kenderaan dilakukan. 

    Sebenarnya, proses ini sangat penting untuk dilakukan terutamanya jika ingin membeli kereta terpakai. Kegagalan untuk menukar nama hak milik kenderaan selepas membeli kenderaan akan memberi akibat tertentu bukan sahaja kepada pemilik baru, bahkan juga kepada pemilik lama (asal).

    Akibat jika tidak tukar nama hak milik kenderaan

    Berikut antara beberapa kesan jika jual beli kereta tidak melakukan proses tukar hak milik nama kenderaan:

    • Penama akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kereta tersebut; kemalangan, saman lalu lintas, kegiatan jenayah dan lain-lain
    • Memberi masalah jika pemilik kenderaan asal meninggal dunia
    • Proses pembaharuan insurans kereta atau motor dan roadtax sukar

    Cara tukar nama hak milik kenderaan secara online

    Berikut merupakan proses atau cara tukar hak milik kenderaan secara sukarela yang perlu anda tahu terutama jika ingin membeli/ menjual kereta terpakai:

    Langsaikan dahulu bayaran kereta

    • Untuk penjual kereta, anda sebagai pemilik kenderaan perlu memastikan bahawa tiada sebarang bayaran yang tertunggak dan kesemua baki bayaran telah dilangsaikan sebelum menjual kenderaan anda tidak kiralah motor atau kereta kepada pemilik baharu. 

    Buat pemeriksaan di Puspakom 

    Pemilik asal atau pemilik baru kenderaan perlu hadir ke Puspakom untuk lakukan pemeriksaan kenderaan. Jika ingin proses pemeriksaan kenderaan berjalan dengan lancar, sila pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan terbaik. Lakukan dahulu temu janji dengan Puspakom sebelum hadir untuk menjalani pemeriksaan. Anda boleh tetapkan janji temu bersama pihak Puspakom secara online di laman web rasmi mereka.

    • Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM30.00
    • Sila bawah kad pendaftaran kenderaan (asal)/ sijil pemilikan kenderaan (VOC) 
    • Sila kunjungi link ini: https://www.mypuspakom.com.my/ untuk lakukan temujanji di Puspakom

    Tukar nama hak milik kenderaan tanpa ke JPJ, buat secara online di portal/ aplikasi MySikap

    Untuk makluman, kini anda juga sudah boleh melakukan proses tukar nama hak milik kenderaan secara online tanpa perlu menghadiri mana-mana kaunter JPJ.

    Caranya mudah sahaja seperti berikut:

    1. Daftar dahulu akaun MySikap jika belum ada – Jika anda belum memiliki akaun MySikap, sila daftarkan dahulu akaun anda seperti rajah di bawah:
    cara daftar MySikap
    1. Sekiranya anda sudah memiliki akaun MySikap, anda boleh melangkau langkah 1 di atas dan teruskan dengan langkah-langkah di bawah ini:

    Pemilik lama

    1. Log masuk portal MySikap
    2. Klik pada tab ‘Kenderaan’
    3. Klik pada pilihan ‘Permohonan Pertukaran Hak Milik Kenderaan’ (Pemilik Berdaftar)
    4. Masukkan nombor pendaftaran kenderaan 
    5. Klik butang ‘Teruskan’
    6. Masukkan nombor kad pengenalan dan email pendaftar pemilik baharu dan klik butang ‘Seterusnya’
    7. Cetak resit sebagai rujukan dan selesai

    Pemilik baru kenderaan

    1. Log masuk portal MySikap
    2. Pilih tab ‘Kenderaan’ di halam utama
    3. Pilih ‘Permohonan Pertukaran Hak Milik Kenderaan’ (Pemilik Baharu)
    4. Masukkan nombor pendaftaran kenderaan dan klik ‘Seterusnya’
    5. Pengisytiharan kenderaan – Pilih Semenanjung, kemudian klik ‘Setuju’
    6. Sahkan maklumat dan kemudian klik ‘Teruskan’
    7. Cetak resit dan bawa ke mana-mana pejabat JPJ untuk proses seterusnya

    Untuk makluman anda, portal MySikap merupakan Platform Digital Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang disediakan bagi memudahkan pelanggan membuat urusan secara online seperti berikut:

    • Memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM) / roadtax
    • Pindah milik sukarela
    • Pembaharuan lesen boleh dilaksanakan di portal mySIKAP serta permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa
    • Rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh
    • Semakan boleh dilakukan bagi saman/notis serta penalti kenderaan anda dan seterusnya pembayaran atas talian.

    Semoga perkongsian ini bermanfaat!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga:

    Tags: