Skip to content
Home » Tukar Syarikat Insurans Kereta Setiap Tahun? Ini yang Anda Kena Tahu!

Tukar Syarikat Insurans Kereta Setiap Tahun? Ini yang Anda Kena Tahu!

    tukar syarikat insurans kereta

    Sebagai pemilik kereta, anda pastinya akan memperbaharui insurans bagi memastikan ia dilindungi dan sah digunakan di atas jalan raya setiap tahun. 

    Kini, terdapat puluhan syarikat insurans yang menawarkan perlindungan untuk kenderaan di Malaysia dengan tawaran dan manfaat yang pelbagai bagi menarik perhatian pengguna.

    Perlukah anda tukar syarikat insurans kereta ketika memperbaharui insurans?

    Jawapannya adalah ya, malah ia sangat digalakkan. Sebenarnya, anda perlu mengelak daripada melakukan pembaharuan insurans secara automatik dan kekal dengan insurans yang sama kerana premium insurans yang anda bayar mungkin bukanlah yang terendah di pasaran.

    Pada kebiasaannya, syarikat insurans akan mengemas kini premium dan manfaat yang ditawarkan untuk insurans kereta dari masa ke semasa jadi penting untuk anda bandingkan dahulu dengan syarikat lain dan cuba dapatkan pelan dengan harga yang lebih menguntungkan untuk anda. 

    Cara tukar syarikat insurans kereta

    Cara tukar syarikat insurans kereta sebenarnya mudah bagi pemilik yang sudah tamat tempoh polisi insuransnya. Anda hanya perlu memperbaharui insurans baru pilihan anda melalui syarikat insurans tersebut secara terus, melalui ejen atau mana-mana platform yang menawarkan perbandingan dan pembelian insurans seperti myEG atau Bjak.

    Namun, untuk menukar insurans bagi polisi yang belum tamat tempoh, ada langkah yang perlu diikuti bagi membatalkan dahulu polisi insurans anda seperti yang telah dikongsikan dalam artikel sebelum ini.

    Kejap! Nak tukar syarikat insurans kereta lain? Baca dulu tips ini

    Meskipun penukaran insurans kereta adalah digalakkan ketika anda ingin memperbaharuinya semula, namun terdapat beberapa perkara yang anda perlu lihat dan pertimbangkan terlebih dahulu.

    Jom ketahuinya sekarang apakah ia.

    Pastikan pelan tersebut lebih baik daripada sebelumnya

    Senarai syarikat insurans kereta di Malaysia

    Elak daripada mengambil pelan insurans yang tidak mampu memberikan perlindungan terbaik buat kereta dan diri anda. Anda pasti sedar bahawa setiap syarikat insurans ada menawarkan keistimewaan/ manfaat tambahan yang tersendiri buat pemegang polisi. Bandingkan terlebih dahulu dan lihat manfaat yang ditawarkan oleh setiap syarikat bagi memastikan insurans kereta anda adalah lebih baik berbanding sebelum ini. 

    Contohnya, jika pelan insurans anda yang terdahulu tidak ada menawarkan perlindungan untuk kemalangan peribadi secara percuma, maka pada pembaharuan insurans kali ini, cuba dapatkan insurans yang ada menawarkan manfaat tersebut seperti Takaful Malaysia dan Insurans Liberty. 

    Lihat premium yang ditawarkan

    Premium insurans kereta antara syarikat insurans boleh berubah-ubah sehingga 50% bergantung pada keadaan kereta

    Untuk pengetahuan anda, premium insurans kereta antara syarikat insurans boleh berubah-ubah sehingga 40 hingga 50% bergantung pada keadaan kereta. 

    Oleh itu untuk mendapatkan premium yang terendah, ia adalah menjadi tugas anda untuk membandingkan dulu insurans dengan beberapa syarikat kerana anda sebenarnya boleh menjimatkan wang sehingga ratusan ringgit untuk insurans anda.

    Nilai semula tahap penggunaan kereta anda

    Dapatkan perlindungan insurans yang mencukupi untuk kereta anda

    Jangan beli insurans kereta secara ala kadar sahaja. Cuba nilai semula dan ketahui tahap penggunaan kereta anda berserta risiko yang bakal dihadapi sepanjang tahun berkenaan.

    Contohnya, jika anda sudah pindah ke negeri yang sering terdedah kepada risiko banjir, maka anda sangat digalakkan untuk membeli perlindungan tambahan peril khas untuk insurans anda ketika memperbaharuinya. Ini kerana, kerosakan pada kenderaan akibat bencana alam seperti banjir merupakan salah satu pengecualian di dalam polisi komprehensif asas dan tidak akan ditanggung oleh insurans. Dengan mendapatkan perlindungan tambahan peril khas, anda boleh melindungi kereta anda dan tidak menanggung kos untuk pembaikan kereta jika ia rosak disebabkan oleh banjir.

    Pastikan proses tuntutan mudah

    Pastikan proses tuntutan insurans adalah mudah untuk kesenangan anda pada masa akan datang.

    Jangan malas. Lihat dan baca dulu maklum balas oleh pelanggan sebelum ini di laman media sosial mereka dan kenalpasti sama ada syarikat insurans tersebut menawarkan bantuan khidmat pelanggan yang mudah dan bagus ketika ingin membuat tuntutan insurans suatu hari nanti.

    Ini adalah sangat penting bagi mengurangkan kekusutan dan kepayahan kepada diri anda kelak.

    Kesimpulan

    Anda perlu tahu bahawa setiap syarikat insurans tidak menetapkan syarat atau ‘undang-undang’ yang memaksa anda untuk memperbaharui insurans dengan mereka setiap tahun. Jadi sebagai pengguna dan pemilik kereta, anda perlu bijak untuk memastikan kenderaan anda dilindungi dengan baik. Pilih syarikat insurans yang menawarkan perlindungan terbaik untuk kereta anda

    Untuk memudahkan anda buat perbandingan insurans, anda boleh gunakan platform Bjak, yang menawarkan perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia. Banding, lihat dan pilih insurans yang terbaik dengan mudah dan pantas. 


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: