Skip to content
Home » Bolehkah Syarikat Insurans Menolak Untuk Menginsuranskan Kenderaan Anda?

Bolehkah Syarikat Insurans Menolak Untuk Menginsuranskan Kenderaan Anda?

    syarikat insurans

    Apabila tiba masa untuk renew insurans kereta, anda semestinya mahu mendapatkan pelan daripada syarikat insurans yang boleh dipercayai dan boleh membantu anda dengan pantas dan mudah sekiranya berlaku kecemasan. Sebagai pengguna, anda boleh memilih dan menolak mana-mana pembekal insurans. Namun, bolehkah mereka, pembekal insurans melakukan perkara yang sama kepada anda? Bolehkah syarikat insurans kereta menolak untuk menginsuranskan kenderaan anda?

    Anda mungkin beranggapan bahawa syarikat insurans kereta menyediakan perkhidmatan kepada anda dan menjana wang untuk setiap pelanggan, jadi mereka tidak akan menolak mana-mana pemilik kenderaan yang ingin menggunakan khidmat mereka. Namun tahukah anda, syarikat insurans kereta boleh menolak untuk menerima anda sebagai pelanggan dan menginsuranskan kenderaan anda dalam keadaan tertentu. Mengapa ia boleh berlaku?

    Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya. 

    Mengapa syarikat insurans enggan menginsuranskan kenderaan anda?

    Sejarah kelewatan membayar insurans tepat pada masanya

    Masalah mungkin terletak pada sejarah pembayaran anda. Sebagai contoh, kelewatan anda membuat pembayaran untuk insurans boleh menyebabkan insurans kereta anda dibatalkan. Oleh itu, perlindungan tidak lagi sah untuk kenderaan anda.

    Syarikat insurans mungkin menganggap anda sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak mampu untuk memperbaharui insurans. Secara amnya, anda akan menerima amaran terlebih dahulu kerana tidak membuat pembayaran dan sedikit masa akan diberikan kepada anda untuk membayarnya sebelum polisi anda dibatalkan. Walau bagaimanapun,  ia bergantung pada setiap pembekal insurans.

    Bilakah pembayaran anda dianggap lewat?

    Pembayaran biasanya dianggap lewat selepas ia melepasi hari selepas tarikh tamat sebaik sahaja jam berdetik pada 12.01 pagi. Pembayaran lewat boleh menyebabkan perlindungan anda tamat, dan akhirnya polisi dibatalkan secara keseluruhan.

    Pelan insurans yang telah tamat bermakna anda akan kehilangan perlindungan untuk kenderaan anda. Apa-apa sahaja yang berlaku selepas insurans kereta anda tamat adalah di luar tanggungjawab syarikat insurans. Sekiranya berlaku kemalangan kereta, anda perlu membayar kos pembaikan menggunakan wang anda sendiri, bahkan juga kepada pihak lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

    *Sila semak dengan pembekal insurans anda dan maklumkan mereka bahawa anda terpaksa melewatkan pembayaran. Setiap syarikat mungkin mempunyai peraturan yang berbeza mengenai penangguhan pembayaran.

    Melanggar peraturan lalu lintas

    Mempunyai beberapa saman kesalahan lalu lintas boleh menjejaskan permohonan insurans anda. Di sini kami menyenaraikan beberapa rekod trafik yang boleh menyebabkan pembekal insurans menafikan perlindungan kepada anda.

    1. Kerap terlibat dengan kemalangan jalan raya – terlibat dalam beberapa kemalangan jalan raya mungkin menggambarkan anda sebagai individu yang berisiko. Syarikat insurans anda akan melihat anda sebagai liabiliti dan akan menjadi sangat berhati-hati sama ada untuk menerima permohonan anda atau tidak.

    2. Kesalahan serius – memandu di bawah pengaruh merupakan salah satu kesalahan yang serius. Ia boleh menyebabkan permohonan anda ditolak walaupun anda hanya melakukan kesalahan tersebut sekali sahaja.

    Berbohong ketika memohon insurans

    Sila jujur apabila anda ingin memohon dan membeli insurans kereta. Maklumat yang lengkap dan tepat diperlukan supaya anda layak untuk mendapatkan perlindungan. Jika anda didapati melakukan pembohongan, syarikat insurans berhak untuk menolak permohonan anda itu. 

    Sekiranya maklumat anda tidak lengkap, syarikat insurans mungkin akan mengembalikannya semula kepada anda untuk melengkapkannya. Namun jika anda didapati berbohong, polisi insurans kereta anda boleh dibatalkan serta-merta jika ia dikesan.

    Kereta mahal

    Sesetengah syarikat insurans mungkin tidak dapat menyediakan perlindungan untuk kereta mahal yang datang dengan kos pembaikan yang tinggi.

    Itulah sebabnya anda perlu mencari agensi insurans yang bersedia untuk menginsuranskan kenderaan mewah yang bernilai tinggi.

    Tiada lesen memandu

    Anda dilarang sama sekali untuk memandu tanpa lesen memandu yang sah. Jika didapati melakukannya, anda pastinya bakal dikenakan saman oleh pihak berkuasa. Berikut merupakan jumlah saman atau denda yang perlu dibayar dari semasa ke semasa:

    Tempoh masaJumlah
    1-15 hariRM150
    16 – 30 hariRM200
    31 – 60 hariRM300

    Untuk pengetahuan anda, lesen memandu adalah antara dokumen yang perlu anda kemukakan semasa memohon perlindungan insurans. Syarikat insurans tidak akan memberikan perlindungan kepada individu tanpa lesen yang sah.

    Apa yang boleh anda lakukan jika permohonan insurans anda ditolak?

    Anda mungkin tiada pilihan lain jika syarikat insurans enggan menginsuranskan kenderaan anda. Secara dasarnya, anda mungkin dianggap sebagai individu berisiko untuk menerima perlindungan insurans. Syarikat insurans berhak untuk menafikan perlindungan anda jika mereka berpendapat bahawa anda tidak jujur atau anda seorang pemandu yang berisiko tinggi.

    Oleh itu, apa yang boleh anda lakukan di sini ialah mencari pembekal insurans yang lain. Masih terdapat syarikat insurans lain yang boleh memberikan perlindungan insurans kepada anda. Setiap syarikat insurans menilai permohonan dengan cara yang berbeza, jadi mungkin ada yang akan menerima permohonan anda, mungkin juga tidak.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: