Skip to content
Home » Boleh Ke Tuntut Insurans Jika Terlibat Kemalangan Dengan Kenderaan Konvoi Diiringi Pihak Berkuasa

Boleh Ke Tuntut Insurans Jika Terlibat Kemalangan Dengan Kenderaan Konvoi Diiringi Pihak Berkuasa

    tuntut insurans - cover

    Semasa anda memandu ke destinasi anda, anda ternampak beberapa kenderaan datang dekat di belakang anda. Kenderaan itu pula dilihat diiringi oleh pihak berkuasa. Malangnya, salah satu daripada kenderaan konvoi ini melanggar kereta anda. Bagaimanakah nak selesaikan perkara itu? Bolehkah anda tuntut untuk baiki kerosakan itu? Kepada siapa anda nak failkan tuntutan tersebut? Kalau nak tahu, teruskan membaca kerana kami akan menerangkannya dengan lebih lanjut.

    Tuntutan insurans: Kemalangan dengan kenderaan konvoi

    Untuk pengetahuan anda, ya, anda boleh membuat tuntutan jika situasi berkenaan berlaku kepada anda. Namun, kepada siapa anda boleh buat tuntutan? Siapa nak bayar insuran kereta itu?

    Menurut Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), tuntutan itu mesti difailkan terhadap pemilik kenderaan peribadi yang diiringi oleh pihak berkuasa. Dalam keadaan sedemikian, kenderaan kerajaan tidak bertanggungjawab atas kejadian tersebut.

    “Secara amnya, ia bergantung kepada rundingan antara pemilik kenderaan dan pemandu kenderaan polis terbabit.

    “Bagaimanapun, pemilik kenderaan boleh membuat tuntutan terhadap kenderaan milik persendirian yang diiringi pihak berkuasa dalam apa jua keadaan bergantung kepada kesalahan ketika kemalangan itu berlaku.”

    PIAM juga turut berkata bahawa dalam mana-mana kemalangan dengan kenderaan milik kerajaan semasa kecemasan, tuntutan biasanya difailkan terhadap insurans kenderaan milik persendirian. Ini disebabkan kenderaan kerajaan dalam kegunaan kecemasan akan menyalakan siren untuk memberitahu pengguna jalan raya lain untuk memberi laluan.

    Contohnya: polis yang mengiringi VIP, ambulans, bomba, dsb.

    Bagaimana pula dengan kemalangan bersama kenderaan lain kerana laluan konvoi?

    Bagaimana jika anda terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan lain yang disebabkan oleh kenderaan yang sedang diiring? Kepada siapa anda harus failkan tuntutan dalam keadaan sedemikian?

    Menurut PIAM, tuntutan insurans akan dibuat seperti biasa mengikut keadaan kemalangan.

    Ini bermakna, anda boleh memfailkan tuntutan pihak ketiga terhadap pihak yang bersalah (di mana anda adalah pihak yang tidak bersalah dalam kemalangan itu). Pihak lain yang terlibat boleh membuat tuntutan terhadap anda (jika anda adalah pihak yang bersalah).

    Elakkan kereta dari terlibat dalam kemalangan

    Secara ringkasnya, kami berharap agar semua orang akan mengamalkan tabiat pemanduan yang selamat di jalan raya. Sila ambil berat tentang pengguna jalan raya yang lain. Anda bukan sahaja akan dapat mengelakkan kemalangan, bahkan dapat juga memastikan aliran trafik untuk pengguna jalan raya lain lancar.

    Tapi jika anda terlibat dalam kemalangan, anda juga perlu tahu cara claim insuran kereta kemalangan sendiri sekiranya terjadi pada diri anda pada masa hadapan.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: