
Tebus Baucar Perlindungan Tenang RM75 anda dengan Takaful myTenang Care!
Baucar Perlindungan Tenang (PTV) tersedia untuk penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Apa itu Takaful myTenang Care?
Takaful myTenang Care adalah pelan perlindungan bertempoh mampu milik dan mudah yang memberikan pembayaran sekali gus sekiranya anda meninggal dunia atau mengalami Keilatan Menyeluruh dan Kekal (KMK).
Pembayaran sekali gus akan membantu keluarga anda untuk:
Mengurangkan bebanan perbelanjaan keluarga anda
Membayar bil dan hutang tertunggak
Membayar pendidikan anak-anak anda
Lindungi keluarga anda ketika waktu sukar dengan manfaat berikut:
Jumlah Perlindungan* | Umur Kemasukan (Hari Lahir Akan Datang) | ||
|---|---|---|---|
| 19 - 40 Tahun | 41 - 50 Tahun | 51 - 55 Tahun | |
Manfaat Kematian (Semua Sebab) | RM 23,000 | RM 11,500 | RM 4,500 |
Manfaat Keilatan Menyeluruh dan Kekal (Semua Sebab) | RM 23,000 | RM 11,500 | RM 4,500 |
Umur Kemasukan (Hari Lahir Akan Datang)
Jumlah Perlindungan* - (19 - 40 Tahun)
Manfaat Kematian (Semua Sebab)
RM 23,000
Manfaat Keilatan Menyeluruh dan Kekal (Semua Sebab)
RM 23,000
Jumlah Perlindungan* - (41 - 50 Tahun)
Manfaat Kematian (Semua Sebab)
RM 11,500
Manfaat Keilatan Menyeluruh dan Kekal (Semua Sebab)
RM 11,500
Jumlah Perlindungan* - (51 - 55 Tahun)
Manfaat Kematian (Semua Sebab)
RM 4,500
Manfaat Keilatan Menyeluruh dan Kekal (Semua Sebab)
RM 4,500
*Jumlah perlindungan bergantung pada umur kemasukan orang yang dilindungi semasa permohonan dan jumlahnya adalah setara sepanjang tempoh pelindungan.
Nota-nota Penting:
- Ini adalah pelan perlindungan satu tahun. Perlindungan anda di bawah pelan ini akan bermula pada tarikh e-Sijil dihantar kepada anda. Sila rujuk kepada Helaian Penerangan Produk sebelum anda menyertai pelan ini.
- Pelan ini tidak memberikan perlindungan dalam keadaan tertentu seperti kematian disebabkan bunuh diri, KMK yang telah wujud atau KMK disebabkan cubaan bunuh diri. Sila rujuk kepada Sijil untuk senarai lengkap pengecualian.
- Anda mesti melantik penama dan pastikan penama anda mengetahui mengenai penyertaan anda di dalam pelan ini. Klik di sini untuk panduan penamaan.
- Pembayaran tuntutan kematian akan dibuat dalam masa lima (5) hari bekerja manakala pembayaran tuntutan KMK akan dibuat dalam masa tujuh (7) hari bekerja setelah menerima notifikasi tuntutan berserta dokumen sokongan lengkap yang diberikan kepada kami. Klik di sini untuk panduan tuntutan.
Pelan ini diunderait oleh:

SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA KELUARGA BERHAD [198401019089 (131646-K)] adalah dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia


