Skip to content
Home » 3 Cara Kenalpasti Jenis Insurans Kereta Terbaik

3 Cara Kenalpasti Jenis Insurans Kereta Terbaik

    renew insurans kereta terbaik

    Mendapatkan perlindungan insurans yang terbaik untuk kereta adalah sangat penting agar anda lebih mudah untuk mendapatkan kelulusan ketika claim insurans. Perlu anda tahu, tidak semua jenis polisi insurans akan melayakkan untuk membuat tuntutan. Contohnya, jika anda hanya ada insurans kereta third party, maka anda anda tidak boleh untuk claim insurans bagi kerosakan kereta akibat kemalangan sendiri atas kerugian yang dialami.

    Mungkin masih ada pemilik kenderaan di luar sana yang belum tahu cara untuk menilai sama ada insurans yang dipilih itu adalah terbaik untuk kenderaan atau tidak.

    Usah bimbang! Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada anda beberapa tips atau cara untuk ketahui jenis insurans kereta terbaik patut anda miliki.

    Insurans terbaik perlu ada perlindungan peril khas

    Tahukah anda bahawa meskipun anda renew dengan insurans kereta 1st party, anda tidak akan layak untuk claim insurans jika kereta anda rosak akibat bencana alam, contoh terdekatnya adalah banjir. 

    Ini kerana, biasanya kos untuk pembaikan kereta yang rosak akibat bencana alam biasanya akan menelan belanja yang sangat besar. Jadi, disebabkan itu pihak insurans tidak memberikan perlindungan tersebut di bawah polisi asas anda itu.

    Namun begitu, pihak insurans tetap menawarkan pilihan lain bagi memastikan anda boleh dilindungi dan claim insurans sekiranya kereta rosak akibat bencana alam. Caranya adalah dengan mendapatkan perlindungan tambahan peril khas ketika anda renew dengan insurans 1st party. Dengan adanya insurans peril khas di dalam polisi komprehensif anda, maka anda bolehlah kemukakan tuntutan insurans jika kereta rosak atau bahkan hilang akibat bencana alam!

    Pada kebiasaannya, premium bagi perlindungan ini ialah 0.5% daripada jumlah diinsuranskan. Tetapi ianya mungkin berbeza mengikut pengendali takaful dan insurans yang dipilih anda ya.

    Jenis insurans kereta terbaik perlu ada pelbagai manfaat PERCUMA

    Perasan atau tidak, setiap syarikat insurans mungkin menawarkan manfaat yang lebih kurang serupa, namun jika dibandingkan betul-betul, ia tidak sama ya.

    Contohnya:

    Syarikat insurans A menawarkan perlindungan untuk SEMUA PEMANDU secara percuma, namun syarikat insurans B pula hanya berikan perlindungan untuk pemandu tambahan sehingga 2 orang sahaja secara percuma.

    Contoh lain yang anda boleh bandingkan adalah:

    Syarikat insurans A mungkin tidak ada berikan pengecualian ekses kepada pemegang polisi, namun syarikat insurans B pula ada memberikan pengecualian ekses.

    Contoh terakhir yang kami akan berikan pula adalah dari segi had/ limit towing PERCUMA yang diberikan. Meskipun kebanyakan syarikat insurans menawarkan khidmat towing secara percuma untuk pemegang polisi komprehensif mereka, namun jumlah/ had yang diberikan pula adalah berbeza-beza.

    Syarikat insurans A mungkin berikan towing percuma mengikut jumlah tunai iaitu contohnya sehingga RM300, namun sebaliknya syarikat B pula berikan towing percuma mengikut jarak kilometer, contohnya sehingga 50km.

    Jadi, sila pastikan anda nilai yang manakah manfaat PERCUMA lebih banyak di dalam polisi anda itu. Ingat, lebih banyak manfaat percuma yang diberikan, lebih murah premium insurans yang perlu anda bayar. 

    Jenis insurans kereta terbaik semestinya adalah insurans komprehensif

    Jika anda belum tahu, sebenarnya ada tiga jenis polisi insurans yang ada dipasaran boleh anda miliki. Ia adalah insurans komprehensif, insurans pihak ketiga, kebakaran & kecurian, serta insurans paling asas, iaitu pelan insurans pihak ketiga sahaja.

    Bagi memastikan anda miliki perlindungan hampir menyeluruh dan terbaik, maka sila pastikan perlindungan yang anda miliki itu adalah jenis insurans komprehensif. Menerusi pelan ini, anda bukan sahaja akan ditawarkan banyak manfaat yang tiada dalam dua jenis polisi lain, bahkan juga anda boleh menambah pelbagai manfaat-manfaat (insurans) tambahan lain mengikut keperluan anda. 

    “Tapi harga insurans komprehensif mahal.”

    Meskipun mahal, namun perlindungan yang diberikan adalah sangat berbaloi dan berguna untuk kereta anda. Ingat, premium yang anda bayar ketika renew insurans pastinya akan lebih murah berbanding kos yang anda perlu bayar sendiri jika berlaku kerosakan akibat kemalangan nanti.

    Semoga perkongsian ini bermanfaat!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: