Sebagai seorang pemandu, risiko paling yang besar perlu dihadapi adalah jika terbabit dalam kemalangan. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja, meskipun sudah begitu berhati-hati ketika sedang memandu. Keadaan ini seterusnya memerlukan anda untuk membuat tuntutan insurans selepas kemalangan mengikut beberapa langkah atau proses tertentu.
Disebabkan itulah insurans kenderaan memainkan peranan yang amat penting bahkan diwajibkan untuk semua pemilik kenderaan untuk memilikinya setiap masa agar ia dapat membantu anda jika terbabit dalam situasi tidak dijangka seperti ini.
Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada anda empat keadaan yang digalakkan/ perlu untuk anda membuat tuntutan insurans sebagai panduan dan rujukan anda.
Kemalangan tersebut bukan salah anda
Mungkin ramai yang sudah tahu, namun tidak mustahil ada juga yang belum arif dan faham!
Jika kemalangan tersebut berlaku bukan disebabkan oleh kecuaian/ kesalahan anda, maka anda boleh membuat tuntutan insurans bagi menampung kerugian yang dialami. Anda boleh terus membuat tuntutan knock-for-knock atau tuntutan pihak ketiga akibat daripada kemalangan itu. Jangan risau, tuntutan insurans selepas kemalangan yang bukan disebabkan anda itu tidak akan menjejaskan kadar NCD yang terkumpul.
“Namun saya tidak pasti siapa salah dalam kemalangan itu”
Jangan risau. Jika anda tidak yakin siapa yang bersalah dalam insiden itu, anda masih boleh membuat tuntutan dengan melaporkan terlebih dahulu mengenai kejadian itu kepada syarikat insurans anda. Kebanyakan pelan insurans komprehensif mempunyai manfaat untuk pembelaan liabiliti. Jadi jika anda disaman di mahkamah, pelan insurans anda boleh membantu anda menampung sebahagian daripada yuran litigasi anda. Sebaliknya jika anda tidak memfailkan tuntutan atau melaporkan kejadian itu kepada syarikat insurans, anda mungkin tidak mendapat manfaat ini.
Disebabkan itu penting untuk anda ingat, apabila kemalangan berlaku, jangan mengaku salah anda dengan serta-merta.
Apabila ia tidak akan menjejaskan NCD anda
Jika kemalangan tersebut bukan berpunca daripada anda, secara automatik anda boleh membuat tuntutan pihak ketiga atau tuntutan knock-for-knock. Tuntutan ini akan dibuat terhadap pihak yang melanggar anda, dan bukannya dibuat di bawah polisi anda sendiri. Ini juga bermakna, kadar NCD anda tidak akan terjejas dan tidak akan memberi kesan kepada premium insurans anda pada pembaharuan tahun akan datang.
Selain tuntutan insurans kemalangan, NCD anda juga tidak akan terjejas sekiranya anda ingin membuat tuntutan bagi membaiki windscreen kereta anda yang telah retak dengan syarat, anda memiliki perlindungan tambahan untuk windscreen kereta di dalam polisi anda.
Jika ada yang tercedera
Anda tidak dapat mengagak apakah tahap kecederaan atau kos perubatan yang perlu ditanggung sekiranya ada yang tercedera akibat kemalangan itu. Jadi, sebaiknya anda memfailkan tuntutan atau melaporkan mengenai kejadian itu apabila seseorang cedera. Kegagalan anda berbuat demikian boleh menyebabkan anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk perbelanjaan perubatan serta kos pembaikan pihak tersebut, menggunakan wang anda sendiri.
Seperti yang dinyatakan di atas, kebanyakan pelan komprehensif akan memberikan manfaat untuk litigasi yang melibatkan liabiliti pihak ketiga (jika tiada pengecualian lain dikenakan). Disebabkan itu, anda digalakkan untuk melaporkan mengenai insiden kemalangan kepada syarikat insurans selain daripada membuat laporan polis sahaja.
Jika anda tidak mampu tanggung kos pembaikan
Inilah kelebihan memiliki perlindungan insurans kenderaan. Anda boleh buat sahaja tuntutan insurans jika anda tidak mampu untuk menanggung kos pembaikan pada kereta menggunakan wang anda sendiri.
Fungsi utama insurans adalah untuk mengurangkan bebanan kos kewangan yang bakal ditanggung sekiranya berlaku sesuatu pada kenderaan anda. Jadi gunakan sebaiknya.
Walau bagaimanapun, sila pastikan anda melaporkan mengenai insiden tersebut kepada pihak polis dan syarikat insurans dengan kadar segera ya. Kegagalan anda berbuat demikian boleh menyebabkan tuntutan insurans anda ditolak dan seterusnya merugikan anda.
Semoga bermanfaat!
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: