Skip to content
Home » Semak Insurans Kereta: Ini Cara & Apa Yang Perlu Anda Check

Semak Insurans Kereta: Ini Cara & Apa Yang Perlu Anda Check

    semak polisi insurans kereta

    Sebagai pemilik kereta, anda diwajibkan untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan pada setiap tahun bagi memastikan kenderaan sah digunakan di atas jalan raya. Sebaik sahaja membeli insurans kereta, anda digalakkan untuk sentiasa semak insurans kereta termasuk tarikh tamat tempoh dan butiran-butiran pelan insurans yang lain.

    Perlu anda tahu, polisi insuran kereta merupakan satu surat perjanjian yang telah dipersetujui di antara pemilik kereta dengan syarikat insurans. Ia diperoleh selepas pemilik kereta memutuskan untuk mendapatkan perlindungan daripada syarikat insurans tersebut dengan membayar sejumlah premium seperti yang dinyatakan.

    Segala terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh sesebuah syarikat insurans di dalam polisi akan dijadikan bukti, khususnya apabila tuntutan ingin dibuat.

    Jadi, adalah sangat penting bagi setiap pemilik kereta untuk membuat semakan terperinci mengenai apa yang terkandung di dalam polisi insurans bagi mengelakkan sebarang masalah sepanjang polisi aktif. 

    Kenapa anda perlu semak insurans kereta?

    Polisi insurans kereta perlu disemak sebaik sahaja anda menerimanya, dan bukannya hanya apabila ia telah lama diperoleh ataupun ketika tuntutan ingin dibuat.

    Ia perlu disemak lebih awal  bagi memastikan tiada sebarang kesilapan kecil berlaku yang seterusnya mampu memberikan masalah besar kepada anda kelak.

    Contohnya, anda tersilap memperbaharui dengan insurans kereta third party, walhal pada asalnya anda ingin memperbaharui insurans dengan pelan komprehensif. Jika ia berlaku, anda tidak boleh membuat sebarang tuntutan insurans jika kereta anda kemalangan akibat kecuaian sendiri, terbakar atau dicuri. 

    Apa yang perlu anda semak pada polisi insurans kereta anda?

    Nombor plat kereta anda

    Satu perkara paling penting yang perlu anda semak pada polisi insurans anda adalah nombor plat kereta anda. Sila lihat sama ada tepat atau tidak. Jika tersalah nombor plat, maka ia akan memberi kesan terutama ketika anda ingin memperbaharui roadtax. 

    Nombor kad pengenalan anda

    Selain nombor plat kereta, anda juga perlu menyemak nombor kad pengenalan anda pada polisi insurans kereta. Jika berlaku kesilapan, waima hanya tersilap pada satu nombor sekalipun, ia boleh memberi masalah kepada anda khususnya ketika ingin membuat tuntutan insurans kelak. 

    Kapasiti enjin kereta anda

    Kapasiti enjin atau cc enjin kereta anda juga memainkan peranan penting. Jadi, pastikan ia dicatatkan dengan betul pada polisi insurans kereta anda dan sama seperti dalam geran kereta anda. 

    Jika cc enjin kereta anda pada polisi tidak sama dengan apa yang tercatat pada geran kereta, maka ia boleh memberi masalah kepada anda ketika tuntutan insurans ingin dibuat. Terdapat kemungkinan tuntutan anda tidak boleh diproses sama sekali disebabkan oleh kesilapan tersebut.

    Jenis polisi insurans yang anda beli

    Pastikan jenis pelan insurans yang tercatat pada polisi adalah betul dan sama dengan apa yang anda ingin perolehi. Jika pada asalnya anda telah membeli pelan komprehensif, namun pada polisi berkenaan tercatat pelan pihak ketiga sahaja, maka ia adalah kesilapan yang akan merugikan anda. Jadi, sila semak dengan sebaiknya. 

    Dimana anda boleh semak polisi insurans kereta anda?

    Semak insurans kereta secara online

    Jika anda terlupa di mana anda telah meletakkan salinan polisi insurans kereta anda, jangan panik dan risau ya! Di zaman yang serba canggih ini, anda boleh sahaja menyemaknya secara online dengan menggunakan laman web MyCarInfo secara percuma.

    Ikut sahaja langkah-langkah di bawah ini:

    Langkah 1: Isikan butiran di MyCarInfo

    Layari MyCarInfo (NCD Online Enquiry) dan isikan nombor plat kenderaan dan nombor kad pengenalan pemilik kenderaan. Selepas siap, tekan butang “GET MY NCD REPORT”.

    Sekiranya kenderaan anda berdaftar dengan syarikat, sila isikan nombor pendaftaran syarikat anda. 

    Perkhidmatan ini boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan, termasuklah motosikal dan kenderaan sewa.

    Langkah 2: Semak tarikh tamat insurans

    Siap! Rujuk “Current Policy Period of Cover” untuk mengetahui tempoh polisi insurans sekarang. 

    Anda juga akan menerima beberapa maklumat lain iaitu:

    1. Next NCD Percentage: NCD baru
    2. Next NCD Effective Date: Tarikh kuat kuasa NCD baru
    3. Current NCD Percentage: Kadar NCD sekarang
    4. Current NCD Effective Date: Tarikh kuat kuasa NCD sekarang
    Cara Semak NCD

    Jika anda ingin tahu maklumat lanjut mengenai polisi insurans anda, anda juga boleh gunakan laman web yang sama menggunakan langkah di bawah:

    Langkah 1: gunakan perkhidmatan “I-search” percuma di MyCarInfo. 

    Antara maklumat yang anda boleh mendapatkan di laman web tersebut adalah:

    • Syarikat insurans
    • Jenis perlindungan insurans
    • Status polisi insurans

    Langkah 2: Isikan butiran di MyCarInfo

    Layari MyCarInfo (I-Search) dan isikan nombor plat kenderaan, nama dan emel anda. Selepas siap, tekan butang “ENQUIRE.”

    Langkah 3: Terima maklumat polisi insurans

    Siap! Anda akan dapat melihat maklumat penting iaitu nama syarikat insurans yang anda gunakan, jenis perlindungan serta status insurans anda sama ada masih aktif atau tidak lagi aktif.

    I Search Report

    Semak insurans kereta secara offline

    Jika pilihan untuk semak online tidak tersedia untuk anda, anda juga boleh semak polisi insurans kereta anda dengan cara yang berikut:

    • Semak pada salinan cetak polisi insurans anda
    • Hubungi talian bebas tol syarikat insurans anda

    Semak polisi insurans kereta anda

    Tidak ramai yang akan menyemak polisi insurans mereka setelah memperbaharui insurans. Anda mungkin bernasib baik dan tidak pernah mengalami masalah pada tahun sebelum ini, namun tiada jaminan masalah atau kesilapan-kesilapan kecil ini tidak akan berlaku pada masa akan datang.

    Jadi sebaiknya, ambil masa selama beberapa minit sahaja untuk menyemak beberapa maklumat penting yang terkandung pada polisi insurans anda. Ia bukan sahaja untuk memastikan polisi anda itu sah, bahkan juga amat penting supaya tuntutan anda tidak ditolak pada masa akan datang. 


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: