Ketika memandu, pasti ramai dalam kalangan kita yang pernah merasai situasi memandu dalam keadaan mengantuk, sehingga kerap menguap berkali-kali, bahkan mata pedih kerana menahan rasa.
Keadaan itu mungkin nampak remeh, namun sebenarnya sangat membahayakan. Sudah banyak kejadian kemalangan membabitkan pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk ini.
Apabila memandu dalam keadaan kurang menyenangkan seperti ini, mata akan mudah terlelap secara tiba-tiba selama beberapa saat, dan keadaan inilah yang dipanggil sebagai microsleep. Jika sebelum ini kami telah kongsikan beberapa cara untuk elak memandu dalam keadaan mengantuk, kali ini kami akan kongsikan pula beberapa punca yang menyebabkan seseorang itu boleh terlelap ketika sedang memandu.
Tidak mendapat tidur yang cukup
Salah satu penyebab utama yang menyebabkan pemandu mudah terlepap ketika sedang memandu adalah apabila tidak mendapat tidur yang secukupnya. Selain microsleep, pemandu yang kurang tidur juga terdedah untuk memandu secara merbahaya di atas jalan raya.
Untuk pemandu, pastikan anda mendapat tidur yang cukup iaitu di antara 6-8 jam sehari, khususnya jika ingin melakukan perjalanan jarak jauh. Tidak mendapatkan tidur yang secukupnya bukan sahaja akan membahayakan pemanduan anda, bahkan juga boleh menjejaskan kesihatan pada jangka masa panjang.
Mengalami gangguan ketika tidur
Punca seterusnya adalah kerana anda mungkin tidak mendapat tidur yang lena atau mengalami gangguan tidur.
Sebenarnya, terdapat beberapa bentuk gangguan tidur yang sering dialami oleh manusia iaitu:
- Insomnia: mengalami kesukaran untuk tidur atau susah tidur lama.
- Hipersomnia: Gangguan tidur yang berlebihan.
- Parasomnia: Gangguan tidur disebabkan oleh situasi yang tidak dapat dielakkan ketika tidur seperti mengigau atau berjalan dalam tidur.
- Gangguan Pergerakan Tidur (sleep movement disorders): Pergerakan ketika atau sebelum tidur yang membuatkan seseorang itu sukar tidur atau mendapatkan tidur yang nyenyak.
Gangguan tidur ini akan menyebabkan mereka akan merasa lebih mudah mengantuk ketika di siang hari termasuklah ketika sedang memandu.
Ubat
Seperti yang anda mungkin sudah sedia maklum, ada ubat yang boleh menyebabkan kita lebih mudah rasa mengantuk, seperti ubat batuk, selsema, gatal atau lain-lain. Kondisi tersebut secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap kemampuan kita untuk memandu atau melakukan sebarang perkara lain yang melakukan tumpuan penuh.
Alkohol
Pengambilan alkohol sebelum memandu boleh menyebabkan konsentrasi memandu seseorang itu hilang dan merasa lebih mudah mengantuk. Keadaan itu berlaku kerana alkohol melambatkan fungsi otot mata, mengubah pergerakan mata serta persepsi visual. Bahkan, alkohol juga boleh memperlahankan refleks seseorang sehingga menyebabkan pemandu akan lebih lambat bertindak jika berlaku sesuatu ketika memandu.
Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.Minta Sebut Harga
Baca juga: