Skip to content
Home » 5 Jenis Pelaburan Terbaik untuk Masa Depan Anda – No. 5 Paling Penting!

5 Jenis Pelaburan Terbaik untuk Masa Depan Anda – No. 5 Paling Penting!

    Berbaloi ke kalau aku melabur di sini”? “Tak rugi ke”? Itu adalah antara persoalan-persoalan yang sentiasa timbul setiap kali ingin membuat pelaburan terbaik untuk sesuatu perkara.

    Sebenarnya, terdapat sesetengah pelaburan yang anda boleh pertimbangkan kerana ia sememangnya mampu memberikan keuntungan serta kebaikan kepada anda pada masa akan datang.

    Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Tidak salah jika anda ingin membuat pelaburan jika ia kena pada tempat dan masanya. Bukan itu sahaja, pelaburan juga boleh menjadi salah satu cara untuk anda membuat simpanan dari peringkat awal yang seterusnya bakal memberi keuntungan lumayan kepada anda.

    Jadi di sini, kami kongsikan lima jenis pelaburan terbaik yang anda boleh pertimbangkan untuk masa hadapan anda. Selamat membaca!

    Simpanan ASNB

    Melabur di dalam unit amanah ASNB merupakan salah satu pelaburan yang paling lazim dilakukan oleh penduduk bumiputera di negara ini. ASB menjadi pilihan kerana ia mampu memberikan keuntungan kepada pelabur dengan pulangan dividen sehingga 7%.

    ASB juga merupakan satu pelaburan berbentuk simpanan. Dengan simpanan/pelaburan yang dibuat oleh anda itu, anda juga tidak disekat malah boleh mengeluarkan wang pelaburan anda dalam tempoh 24 jam tanpa perlu melepasi tempoh bertenang selama 2 hingga 3 minggu.

    Yang lebih menarik, dividen dan bonus ASB juga adalah dalam bentuk Ringgit dan bukannya Unit seperti unit amanah yang lain.

    Pelaburan emas

    Pernahkah anda melihat situasi di mana apabila berlaku krisis dunia, harga emas kemudiannya akan naik? Ya, itu yang sering berlaku malah ia turut berlaku ketika pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia sehingga ia dijangka meningkat sehingga RM300/gram.

    Jadi, anda mungkin boleh mempertimbang untuk membuat pelaburan dalam emas selepas ini. Melabur dalam emas sememangnya akan memberi risiko yang rendah kepada anda untuk mengalami kerugian. Harga emas akan meningkat dalam jangka masa panjang selari dengan kenaikan harga barang dan juga kejatuhan nilai wang.

    Melabur dalam hartanah; beli rumah

    Melabur dalam hartanah mampu memberi keuntungan jika anda memilih lokasi yang baik dan tepat. Apatah lagi jika lokasi tersebut mendapat permintaan tinggi oleh banyak pihak, sudah tentu anda akan mendapat pulangan pelaburan yang tinggi dan menguntungkan anda.

    Bukan itu sahaja, dengan membeli hartanah, anda juga boleh mendapat pendapatan sampingan melalui konsep ‘sewa’. Bahkan perkara ini juga yang sering dilakukan oleh kebanyakan masyarakat kita hari ini. Memberi sewa kepada orang lain sememangnya menguntungkan dan membantu anda untuk memperoleh pendapatan bulanan.

    Buat ‘tabung warna’ untuk simpanan

    Anda pasti biasa dengar dengan ‘tabung warna’ bukan? Ya, ini juga salah satu bentuk pelaburan yang anda boleh lakukan. Bahkan ia adalah bentuk pelaburan yang paling mudah sekali dilakukan kerana ia tidak terikat dengan mana-mana pihak melainkan diri anda.

    Buat ketetapan, laburkan duit anda sama ada wang kertas hijau (RM5), wang kertas merah (RM10), atau wang kertas jingga (RM20). Jika anda memperoleh wang tersebut di dalam dompet anda, segera asingkannya dan simpankan ke suatu tempat yang lain. Semakin tinggi nilai wang yang anda laburkan itu, semakin tinggi jugalah hasil yang anda akan dapat di kemudian hari. Tetapkan juga waktu untuk anda gunakan wang tersebut. Mungkin setahun, mungkin dua tahun, atau mungkin lebih lama? Buat ikut kehendak anda dan pastikan ia berhasil ya!

    Beli insurans untuk masa depan anda

    Sebenarnya, membeli insurans juga satu bentuk pelaburan yang terbaik. Ada sesetengah pakej insurans yang menawarkan anda untuk membuat simpanan di samping menerima perlindungan insurans di saat anda memerlukan.

    Elakkan daripada menganggap ia sebagai satu beban untuk diri anda. Dengan membeli insurans, ia secara tidak langsung bakal membantu meringankan beban anda khususnya dari segi kewangan sekiranya berlaku sesuatu kepada diri anda kelak. 

    Banyak insurans yang anda boleh beli antaranya insurans hayat, kad perubatan, insurans rumah dan sebagainya. Belanjakan 10% sahaja pendapatan anda untuk membeli insurans dan kami yakin anda tidak akan menyesal dan rugi.

    Kini, anda juga boleh mendapatkan perlindungan insurans, termasuk insurans kereta dan insurans perjalanan melalui Bjak. Dari harga serendah RM150, anda bakal menerima pelan lengkap semua-dalam-satu yang sememangnya terbaik untuk diri anda!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: