Skip to content
Home » Kenapa Orang Memilih Insurans Kereta Paling Murah?

Kenapa Orang Memilih Insurans Kereta Paling Murah?

    insurans kereta murah

    Selepas terbabit dalam kemalangan yang berpunca daripada diri sendiri, satu perkara yang paling merisaukan adalah mengenai kos pembaikan kereta. Jika anda ada perlindungan insurans kereta 1st party, maka ia tidak begitu membimbangkan kerana pihak insurans boleh menanggung kosnya nanti. 

    Namun, bagaimana jika hanya ada polisi insurans paling asas, iaitu insurans kereta third party sahaja? Bermakna, nak atau tidak, kos kerosakan kereta anda itu perlu dibayar menggunakan wang anda sendiri. Malangnya!

    Sesetengah orang gemar mengambil insurans kereta paling murah dengan tahap perlindungan paling rendah. Apabila pilihan ini dibuat, maka dia bertanggungjawab 100% untuk sebarang kerosakan yang berkaitan dengan kenderaannya. Kenapa ya mereka membuat pilihan ini?

    Selain daripada beberapa sebab yang sudah jelas (seperti tidak layak untuk dapatkan insurans komprehensif), ada beberapa faktor lain yang mungkin menyebabkan seseorang itu membeli perlindungan insurans kereta paling murah. Teruskan membaca ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya.

    4 sebab seseorang itu beli insurans kereta paling murah

    “Saya pemandu berhemah”

    Sesetengah orang mungkin beranggapan bahawa kejadian malang seperti kemalangan tidak akan berlaku kepada mereka kerana merasakan mereka pemandu paling berhemah.

    Ya, anda mungkin pemandu berhemah, namun perlu ingat apabila di atas jalan raya itu, kita berkongsi jalan dengan pemandu lain yang mungkin teruk dalam pemanduan. Jadi, tidak mustahil kemalangan boleh berlaku secara tiba-tiba disebabkan kecuaian mereka dan seterusnya menjejaskan pemanduan anda. 

    Setiap hari, banyak kes kemalangan direkodkan di negara ini. Jadi, perlindungan insurans terbaik sangat penting bagi memastikan anda dilindungi daripada sebarang kemungkinan tidak dijangka ketika di jalan raya, dan seterusnya mengurangkan bebanan kewangan anda pada masa akan datang.

    kemalangan jalan raya

    Pemandu berisiko tinggi

    Pemandu yang dikenalpasti sebagai berisiko tinggi – seperti banyak mengulangi kesalahan trafik dan mempunyai skor kredit yang rendah, akan dikenakan caj premium yang tinggi dengan tahap perlindungan yang sama oleh syarikat insurans. Disebabkan itu, pada akhirnya mereka memilih perlindungan insurans yang murah sahaja, asalkan ‘ada insurans’.

    Terlalu banyak pilihan

    Kadang-kala, terlalu banyak pilihan pelan insurans juga menyebabkan seseorang itu tidak tahu untuk memiliki perlindungan terbaik. Akhir sekali, mereka mungkin tertarik pada pelan insurans dengan harga paling murah sahaja, dan bukannya manfaat yang diterima. 

    Miliki kereta lama

    Kadangkala, pelan insurans komprehensif mungkin tidak berbaloi, contohnya dalam kes kenderaan lama dengan nilai pasaran yang terlalu rendah. 

    Syarikat insurans selalunya tidak akan menginsuranskan kenderaan anda jika ia berumur lebih daripada 15 tahun atau mempunyai baki di bawah RM10,000 dalam nilai pasaran dengan insurans komprehensif mahupun insurans pihak ketiga, kecurian dan kebakaran (TPFT). Disebabkan itu, polisi pihak ketiga menjadi pilihan akhir yang ada.

    Dapatkan perlindungan terbaik

    Kereta anda dibeli dengan harga puluhan ribu ringgit. Sebaiknya sebagai pemilik kereta yang bijak, anda digalakkan untuk mendapatkan perlindungan insurans yang terbaik dan bukannya melihat pada harganya sahaja.

    Kemalangan boleh berlaku secara tiba-tiba. Dengan memiliki perlindungan yang mencukupi, setidak-tidaknya anda dapat mengurangkan beban khususnya dari segi kewangan bagi membaiki kereta yang telah rosak. Ingat, insurans paling murah mungkin akan melegakan anda ketika pembelian insurans sahaja.

    Melainkan anda tidak layak lagi mendapatkan pelan komprehensif kerana kereta sudah terlalu lama, pastikan anda membeli perlindungan insurans terbaik (dapatkan polisi komprehensif) untuk kenderaan anda ya!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: