Skip to content
Home » 5 Perkara yang Anda Kena Tahu Jika Ingin Memandu di Jalan Raya Malaysia

5 Perkara yang Anda Kena Tahu Jika Ingin Memandu di Jalan Raya Malaysia

    memandu di jalan raya

    Apabila mencapai usia yang selayaknya, ramai daripada kita pasti memilih untuk mempunyai kenderaan sendiri seperti kereta atau motosikal dan memandu di jalan raya.

    Namun, sebelum memandu terdapat beberapa perkara penting yang anda perlu tahu dan berikan perhatian. Jom ketahuinya dengan lebih lanjut menerusi artikel ini.

    Papan tanda

    Fahami maksud papan tanda jalan raya di Malaysia

    Di setiap negara termasuk Malaysia, pelbagai jenis papan tanda dengan warna dan bentuk yang berbeza dipaparkan sebagai tanda amaran atau pemberitahuan kepada pengguna jalan raya.

    Untuk pemanduan yang selamat, pastikan anda mengenali dan memahami dulu setiap maksud pada papan tanda yang ada di jalan raya. Sebelum mendapatkan lesen memandu, anda pastinya sudah mengambil ujian berkomputer dan mengetahui serba sedikit mengenai maksud papan-papan tanda jalan raya bukan? Jadi, sila fahaminya dan ingat apa yang anda perlu lakukan jika melihat papan tanda tersebut. 

    Undang-undang jalan raya

    Pastikan anda tahu undang-undang jalan raya di Malaysia

    Setiap jalan raya di semua negara pastinya mempunyai undang-undang yang tersendiri.  

    Adalah penting untuk anda sebagai pemandu memahami dan mengikut setiap peraturan serta undang-undang jalan raya yang ditetapkan. Contohnya, peraturan memotong, parkir kenderaan, had laju, kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan lain-lain.

    Jadi, sila fahamkan undang-undang jalan raya bagi mengelakkan anda daripada melakukan kesalahan ketika memandu.

    Lesen Memandu

    Sebelum memandu, anda perlu memastikan bahawa diri anda mempunyai lesen kenderaan dengan kelas yang betul. Contohnya, lesen memandu kelas D membolehkan anda untuk memandu kereta.

    Anda dilarang sama sekali untuk memandu kenderaan jika tidak mempunyai lesen yang sah. Jika ada dalam kalangan anda yang belum ada lesen memandu dan berhasrat untuk mendapatkannya, sila dapatkannya segera menerusi saluran yang betul. Jangan terpedaya dengan sindiket lesen terbang. Lesen terbang adalah tidak sah disisi undang-undang dan anda boleh berdepan tindakan oleh pihak berkuasa jika didapati memilikinya.

    Dapatkan lesen yang sah mengikut langkah-langkah sepatutnya. Baca artikel yang pernah dikongsikan kami sebelum ini untuk mengetahuinya. Dalam pada itu, jika anda sudah mempunyai lesen memandu, pastikan tarikhnya tidak tamat dan sentiasa aktif ya! Renew lesen anda setiap tahun bagi mengelakkan dari didenda.

    Roadtax

    Cukai jalan adalah wajib

    Untuk membolehkan anda memandu dan menggunakan jalan raya secara sah di Malaysia, anda perlu memastikan kenderaan anda mempunyai roadtax atau cukai jalan yang masih aktif. Setiap jenis kenderaan perlu ada roadtax yang sah dan ia perlu diperbaharui setiap tahun. Ia peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah Akta Pengangkutan 1987. 

    Jika didapati memandu tanpa roadtax yang sah, anda akan berdepan saman sebanyak RM150 oleh pihak berkuasa. Harga roadtax adalah sama setiap tahun selagi anda tidak menukar kereta. Jadi, jika sudah ada kenderaan sendiri, pastikan anda renew roadtax anda ya!

    Insurans kenderaan

    Anda perlu insurans sebelum boleh perbaharui roadtax

    Insurans kenderaan adalah berbeza dengan roadtax. Jadi jangan salah faham. Anda perlu memiliki insurans kenderaan bagi membolehkan anda memperbaharui roadtax setiap tahun. Tanpa insurans yang sah, anda tidak akan dapat meneruskan proses pembaharuan roadtax.

    Kenapa perlu ada insurans? 

    Jawapannya mudah. Ia bagi melindungi kenderaan anda dan juga anda sebagai pemilik kenderaan khususnya daripada tuntutan pihak ketiga akibat kejadian seperti kemalangan. 

    Tidak seperti roadtax, harga insurans berbeza adalah berbeza setiap tahun. Anda boleh memilih pelan insurans daripada syarikat insurans yang anda inginkan mengikut keperluan dan bajet anda. Kini tiada alasan untuk anda tidak renew insurans anda. Anda boleh melakukannya secara online sahaja, seperti di Bjak. Melalui Bjak, anda boleh membandingkan dengan lebih 10 jenama dan pilih ikut bajet anda. 

    Baca juga: