Skip to content
Home » Cara Renew Lesen Memandu

Cara Renew Lesen Memandu

    lesen memandu

    Setiap tahun, anda perlu memastikan insurans kereta dan cukai jalan kenderaan anda diperbaharui tepat pada masanya. Namun, bagaimana pula dengan lesen memandu anda? Adakah anda telah menyemak sama ada ia masih sah untuk digunakan?

    Sama seperti insurans dan cukai jalan, penalti juga akan dikenakan jika anda melewatkan pembaharuan lesen memandu anda yang telah tamat tempoh. Oleh itu, pastikan anda sentiasa menyemak tarikh luputnya dari semasa ke semasa.

    Dalam artikel ini, kami akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai lesen memandu, penalti atau denda yang dikenakan untuk pembaharuan yang lewat dan bagaimana anda boleh memperbaharuinya.

    Kos memperbaharui lesen memandu 

    Anda perlu memperbaharui lesen memandu anda sebelum tamat tempoh untuk mengelakkan dari disaman. Anda boleh memilih tempoh sah lesen memandu anda.

    Berikut adalah kos pembaharuan lesen memandu bagi Kelas D mengikut tahun:

    Tempoh sahHarga
    1 tahunRM30
    3 tahunRM90
    5 tahunRM150

    Berapakah penalti/ denda yang perlu dibayar jika memandu dengan lesen tamat tempoh?

    Anda akan dikenakan denda jika didapati memandu tanpa lesen memandu yang sah. Berikut adalah jumlah yang perlu anda bayar mengikut tempoh.

    TempohJumlah
    1-15 hariRM150
    16-30 hariRM200
    31-60 hariRM300

    Sila pastikan anda memperbaharui lesen memandu anda jika ia hampir/ sudah tamat tempoh dengan segera.

    Untuk pengetahuan anda, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga telah memberi peringatan kepada pemegang lesen memandu supaya memperbaharui semula lesen memandu mereka yang telah lama tamat tempoh bagi mengelakkan daripada perlu mengambil semula ujian. Ia susulan tempoh moratoriumnya akan tamat pada 30 Jun ini. 

    Pembaharuan secara offline

    Berikut merupakan tempat-tempat yang boleh anda kunjungi untuk memperbaharui semula lesen memandu anda. 

    Pejabat Pos

    Anda perlu menunjukkan kad pengenalan dan lesen memandu terkini anda.

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 

    Anda boleh kunjungi mana-mana pejabat JPJ yang berhampiran untuk memperbaharui lesen memandu. Bawa juga kad pengenalan dan lesen memandu terkini anda untuk ditunjukkan kepada pegawai ketika berurusan.

    Pusat Transformasi Bandar (UTC) 

    Kebanyakan UTC mempunyai pejabat/ cawangan JPJ di dalam bangunannya. Jadi, anda boleh memperbaharui lesen memandu anda di sini.

    Anda boleh rujuk laman rasmi UTC untuk membuat semakan mengenai tempat, waktu operasi dan lain-lain.

    Pembaharuan secara online

    Pembaharuan secara offline memerlukan anda mengeluarkan tenaga dan masa. Bukan itu sahaja, anda juga perlu menunggu lama untuk giliran anda. Jadi untuk mengelakkan ia berlaku, anda boleh memilih untuk memperbaharuinya secara online.

    MYEG

    Layari sahaja laman web rasmi MYEG untuk renew lesen memandu anda secara online. Ikut langkah-langkah mudah di bawah ini:

    1. Tekan butang ‘log masuk’ untuk mulakan
    2. Anda boleh klik butang “Daftar Sekarang’ untuk membuka dahulu akaun jika belum ada
    3. Isikan maklumat yang dikehendaki
    4. Klik butang “Perbaharui Lesen Memandu”
    5. Isikan maklumat yang diperlukan dan pilih kaedah pembayaran anda
    6. MyEG akan menghantar lesen memandu baru ke alamat rumah anda

    *Nota: Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat sebelum anda meneruskan dengan pembayaran. Jangan lupa simpan resit anda sebagai bukti jika diperlukan nanti.

    Caj penghantaran adalah berbeza mengikut lokasi.

    • Lembah Klang – RM5
    • Semenangjung Malaysia – RM6
    • Sabah & Sarawak – RM10

    Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: