Skip to content
Home » 5 Tips Keselamatan Ketika Isi Petrol di Stesen Minyak

5 Tips Keselamatan Ketika Isi Petrol di Stesen Minyak

    Tips keselamatan di stesen minyak

    Stesen minyak boleh dikategorikan sebagai tempat ‘tumpuan utama’ bagi mereka yang memandu untuk mengisi semula tangki minyak kenderaan mereka yang telah kosong.

    Anda mungkin tidak terlalu memikirkan apa akibat yang boleh berlaku ketika sedang mengisi minyak. Namun, ketahuilah bahawa kemalangan boleh berlaku di stesen minyak jika anda tidak mengambil langkah berjaga-jaga.

    Di sini kami kongsikan beberapa langkah keselamatan semasa berada di dalam dan sekitar stesen minyak.

    Kes kemalangan di stesen minyak

    Pelbagai kejadian kebakaran pernah berlaku di stesen minyak

    Di bawah ini merupakan beberapa kes membabitkan kemalangan di stesen minyak:

    Tips keselamatan ketika di stesen minyak

    Berikut adalah beberapa tips keselamatan untuk mengelakkan kemalangan di stesen minyak.

    Matikan enjin

    Jika anda berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak kereta anda, sila ingat untuk mematikan enjin terlebih dahulu.

    Adalah tidak selamat untuk mengisi minyak kereta anda sambil enjin dihidupkan. Bahan api yang melalui ‘nozzle’ boleh menyebabkan ancaman kebakaran.

    Jangan guna telefon bimbit

    Elak menggunakan telefon bimbit ketika sedang mengisi minyak

    Telefon bimbit memancarkan sinaran apabila digunakan dan mungkin memberi ancaman letupan jika ia menjadi panas pada cuaca bahang. Oleh itu, pastikan anda mematikan telefon anda sebelum memasuki stesen minyak.

    Jangan merokok atau gunakan pemetik api/mancis

    Dilarang merokok atau menyalakan mancis mahupun pemetik api ketika di stesen minyak

    Jangan merokok atau nyalakan sebarang alatan yang merbahaya seperti pemetik api atau mancis sebelum memasuki kawasan stesen minyak.

    Jauhkan alatan-alatan yang berisiko ini ketika mengisi minyak. Berhati-hati kerana petrol sangat mudah terbakar. Ia mungkin mengakibatkan kebakaran atau letupan jika ia bersentuhan dengan percikan api walaupun sedikit.

    Berhati-hati dengan kecurian

    Kecurian di kawasan stesen minyak memang sering berlaku.

    Oleh itu, berhati-hati dengan keadaan sekeliling dan barangan peribadi anda, khususnya barang-barang berharga. Pastikan anda mengunci kereta anda dan tingkap sentiasa tertutup apabila anda berada jauh daripada kereta. 

    Berhati-hati semasa mengendalikan petrol

    Berhati-hati ketika mengendalikan petrol

    Sesetengah orang mempunyai tabiat menyimpan petrol tambahan untuk kecemasan. Sila elakkan menyimpan sebarang bekas bahan api tambahan bersama anda, terutamanya di dalam kereta.

    Walau bagaimanapun, jika anda perlu menyimpan petrol tambahan untuk kegunaan masa hadapan, sila ikut langkah berjaga-jaga tertentu untuk keselamatan.

    Contohnya, gunakan bekas bertutup yang diperbuat daripada logam atau plastik yang telah diluluskan bagi mengelakkan kebocoran.

    Ambil langkah pencegahan di stesen minyak

    Sebagai pemilik kenderaan dan pemandu, anda tidak boleh mengelak daripada pergi ke stesen minyak, namun anda boleh mengurangkan risiko berlakunya kemalangan.

    Sila elakkan sebarang alatan/ barang mudah terbakar sebelum anda pergi ke stesen minyak. Berhati-hati dan jauhi apa-apa yang boleh mencetuskan kebakaran.


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: