Skip to content
Home » Dendam Punca 48 Motosikal & 4 Kereta Terbakar

Dendam Punca 48 Motosikal & 4 Kereta Terbakar

    Kenderaan terbakar

    Pada 4 Mac lalu, penduduk di Blok C Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Intan Baiduri, Petaling Jaya dikejutkan dengan kejadian kebakaran membabitkan 48 motosikal dan empat buah kereta.

    Kejadian yang berlaku pada jam sekitar 4 pagi itu menyebabkan semua kenderaan terbabit musnah sama sekali, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

    Punca daripada dendam

    Terbaru, hasil siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku hanyalah disebabkan dendam gara-gara tidak dibantu membeli peralatan menghisap dadah.

    Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai memetik laporan berkata, tiga lelaki berusia 31 hingga 44 tahun telah ditahan oleh polis pada hari kejadian dan Sabtu lalu antara jam 1.30 petang hingga 6.30 petang.

    Susulan penahanan itu, pihaknya turut merampas satu pemetik api dipercayai telah digunakan bagi memulakan kebakaran selain pakaian yang dipakai oleh kesemua suspek ketika kejadian. 

    “Soal siasat mendapati suspek utama mengaku melakukan perbuatan itu kerana dendam terhadap rakannya yang juga salah seorang pemilik motosikal yang terbakar dalam kejadian itu,” katanya. 

    Menjelaskan lebih lanjut, Eng Lai berkata siasatan mendapati berlaku perselisihan faham di antara suspek dengan mangsa berusia 49 tahun pada Februari lalu. Ia apabila mangsa mengetahui tindakan suspek yang menyuruh anak lelakinya membeli peralatan menghisap dadah.

    Dikatakan, suspek pada awalnya bertindak membakar motosikal milik mangsa namun tidak menyangka kebakaran tersebut merebak ke keseluruhan kawasan parkir motosikal di blok C terbabit.

    Suspek di bawah pengaruh alkohol

    Ujar Eng Lai, suspek didapati di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian berlaku. Malah, kesemua suspek yang ditangkap mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah lampau manakala suspek utama kes tersebut mengaku telah melakukan perbuatan tersebut seorang diri.

    “Kertas siasatan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur dan suspek utama bakal dituduh di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan manakala dua lagi suspek yang akan dijadikan saksi pendakwaan, esok,” ujarnya.

    Dalam kejadian itu, kesemua kenderaan tersebut hangus terbakar dengan nilai kerugian kira-kira RM300,000.

    Motosikal atau kereta terbakar, bolehkah claim insurans?

    Untuk makluman, tuntutan insurans boleh dibuat jika motosikal atau kereta terbakar, namun bergantung kepada jenis polisi insurans yang anda miliki. 

    Bagi membuat tuntutan insurans akibat kebakaran terhadap kenderaan milik sendiri yang tidak disengajakan, anda perlu:

    i) mempunyai polisi insurans kereta 1st party atau;

    ii) pemegang polisi pihak ketiga, kebakaran atau kecurian (TPFT)

    Jenis-jenis polisi insurans

    Sekiranya anda hanyalah pemegang polisi pihak ketiga (insurans kereta third party) sahaja, maka tuntutan tidak boleh dibuat jika kenderaan anda terbakar. 

    Cara buat tuntutan insurans kenderaan terbakar

    Ikuti langkah-langkah di bawah sekiranya anda layak dan ingin membuat tuntutan insurans kereta/ motor akibat kebakaran:

    1. Ambil gambar kenderaan anda yang rosak/ hangus akibat kebakaran
    2. Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam
    3. Sedia dan serahkan dokumen untuk proses tuntutan. Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah i) salinan asal laporan polis ii) polisi insurans iii) salinan kad pengenalan iv) salinan lesen memandu
    4. Pihak insurans akan mengambil alih kes anda dan lakukan siasatan
    5. Tunggu keputusan laporan daripada pihak polis, bomba dan syarikat insurans

    Dapatkan perlindungan mencukupi

    Malang tidak berbau. Sebaiknya, cuba dapatkan perlindungan yang mencukupi seperti polisi komprehensif atau polisi TPFT jika kenderaan anda berusia kurang 20 tahun. 


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga:

    Tags: