Skip to content
Home » 6 Tips Memandu di Jalan Raya Sesak

6 Tips Memandu di Jalan Raya Sesak

    Memandu di jalan raya sesak

    Terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas sememangnya tidak dapat dielakkan lebih-lebih lagi jika anda berulang-alik ke tempat kerja setiap hari. Perjalanan yang sepatutnya hanya boleh mengambil masa 10 minit boleh bertukar menjadi berjam-jam lamanya kerana jalan yang sesak. Selain memenatkan, memandu dalam kesesakan lalu lintas pada waktu puncak juga sebenarnya agak merbahaya. Justeru, di sini kami kongsikan beberapa tips pemanduan yang selamat ketika mengharungi jalan raya yang sesak.

    Tips memandu di jalan raya sesak

    6 tips memandu ketika berdepan kesesakan lalu lintas

    Tahu laluan anda

    Anda disyorkan untuk mengkaji dahulu laluan yang anda perlu tempuhi. Periksa jalan anda serta rancang strategi untuk keluar daripada kesesakan apabila kenderaan anda tidak bergerak untuk beberapa tempoh. Lihat melalui cermin kereta anda untuk melihat kenderaan yang akan mengekori anda dan rancang ke mana anda boleh pergi untuk mengelakkannya.

    Adalah sangat penting untuk merancang laluan anda dan mengkaji ‘corak trafik’ yang sering berlaku lebih-lebih lagi jika anda berulang-alik setiap hari. Sebagai contoh adalah lorong mana yang bergerak lebih cepat, tempat sering berlaku kesesakan, dan potensi bahaya di jalan tersebut.

    Pilih laluan yang selamat dan kekal di situ. Dengan cara ini, anda boleh mengetahui semua risiko bahaya dan seterusnya mengelakkan kemungkinan berlakunya kejadian yang tidak diingini. 

    Ambil posisi terbaik jika anda perlu membelok 

    Sila lalu di lorong yang betul dan posisikan kenderaan anda dengan baik jika perlu membelok. Kawal kelajuan anda untuk mengelakkan pelanggaran dengan kereta lain dari tepi atau di hadapan anda.

    Jangan lupa untuk nyalakan lampu signal kereta anda apabila ingin menukar lorong. Gunakan cermin kenderaan anda untuk memantau kawasan di sekeliling kereta anda. Pandang cermin padang belakang serta cermin sisi untuk memeriksa titik buta anda sebelum menukar arah.

    Dilarang gunakan telefon bimbit semasa memandu

    Kekal fokus. Elakkan menghantar pesanan ringkas, menerima panggilan atau menonton video semasa memandu untuk mengurangkan risiko kemalangan. Bukan sahaja ketika di dalam kesesakan lalu lintas malah setiap masa selagi anda sedang memandu. 

    Menurut laporan, kemalangan kereta yang disebabkan oleh penggunaan gajet telah meningkat berlipat kali ganda. Oleh itu, sila hentikan segala gangguan dan fokus pada jalan raya semasa sedang memandu. Anda boleh mengehadkan gangguan dengan mematikan telefon bimbit anda atau meletakkannya dalam mod senyap.

    Walau bagaimanapun, jika anda perlu membuat panggilan, sila cari tempat yang selamat dan berhentikan kereta seketika untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.

    Jangan memandu terlalu laju

    Memandu dengan laju ketika di jalan yang sesak adalah sangat berbahaya. Kebanyakan kemalangan yang berlaku adalah atas sebab yang sama. Anda tidak tahu apa halangan yang mungkin anda hadapi di jalan raya, jadi jangan memandu dengan terlalu laju.

    Ini adalah tip yang anda boleh anda gunakan ketika memandu di kawasan yang sesak. Pastikan anda menekan sedikit sahaja pedal minyak bagi mengelak kenderaan anda berada dalam kelajuan yang tinggi lebih-lebih jika ada kereta di hadapan anda. 

    Jangan lupa untuk pantau juga sekeliling anda. Periksa melalui cermin kereta anda untuk melihat pergerakan kereta di belakang atau sisi anda.

    Jaga jarak selamat

    Elak mengekori kereta di hadapan anda. Jarak yang dekat boleh menyebabkan pelanggaran dari bahagian belakang. Atau yang paling teruk, pelanggaran ‘berantai’.

    Oleh itu,  penting untuk anda jaga jarak yang selamat. Pastikan jarak antara anda dan kenderaan di hadapan anda sekurang-kurangnya tiga saat. Ini akan membantu mengelakkan anda daripada kerap menekan brek dan pelanggaran dari belakang. 

    Apabila kereta di hadapan membrek, lepaskan kaki anda dari pedal minyak secara lembut  untuk perlahankan kenderaan sebelum anda menekan brek.

    Jangan brek secara mengejut. Jika anda perlu membrek, tekan pedal brek selembut mungkin supaya kereta di belakang anda mempunyai masa untuk bertindak balas dengan cara yang sama.

    Lihat aplikasi trafik

    Rancang terlebih dahulu. Sebelum memulakan perjalanan anda, buat semakan melalui aplikasi trafik pada telefon anda atau dengar laporan radio untuk mengelakkan kawasan yang sesak.

    Jika anda risau menghadapi trafik sesak ketika perjalanan, luangkan masa sebelum anda bertolak dengan mencari laluan alternatif melalui GPS seperti Waze atau Google Maps.

    Dalam kebanyakan kes, tempoh masa 10 minit sebelum permulaan atau selepas tamat waktu puncak juga boleh membantu mengurangkan aliran trafik sesak pada pemanduan anda.

    Pandu dengan selamat di jalan raya

    Kami berharap tips kali ini dapat membantu anda mengatasi senario lalu lintas yang sesak selepas ini. Ingat, sampai ke destinasi anda dengan selamat adalah keutamaan nombor satu untuk semua pemandu di jalan raya.


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: