Nahas jalan raya boleh berpunca daripada pelbagai faktor seperti kelalaian pemandu atau kerosakan kenderaan. Kebanyakan pemilik kenderaan memberi perhatian yang lebih terhadap keadaan enjin tetapi ramai yang terlepas pandang mengenai satu-satunya bahagian kenderaan yang bersentuhan dengan permukaan jalan iaitu tayar.
Sebagai pengguna kereta, anda perlu memilih tayar yang sesuai untuk kereta anda. Hal ini kerana setiap tayar mempunyai kod serta fungsi yang berbeza. Oleh itu, untuk membantu anda mendapatkan tayar yang sesuai dengan kereta anda, kami kongsikan di sini cara membaca kod tayar kereta.
Kod tayar kereta
Setiap tayar memaparkan maklumat penting mengenai tayar tersebut iaitu jenis, saiz, tahap bebanan, kelajuan yang boleh ditampung serta minggu dan tahun pembuatan tayar.
Maklumat yang diberikan dapat membantu anda memilih tayar yang sesuai untuk kereta anda. Tetapi apakah maksud di sebalik nombor serta huruf yang dipaparkan pada bahagian sisi tayar?
Berikut dikongsikan maksud kod tayar:
Kod Tayar Kereta | Maksud |
Nombor di hadapan sekali Contoh: 195 | Kelebaran tayar tersebut (mm) |
Nombor seterusnya Contoh: 55 | Peratus ketinggian dinding tayar daripada jumlah lebar tayar tersebut (%) |
Huruf R | Radial |
Nombor seterusnya Contoh: 16 | Diameter rim bahagian dalam untuk tayar tersebut (inci) |
Nombor berikutnya Contoh: 87 | Indeks had muatan (kg) |
Huruf terakhir Contoh: V | Indeks kelajuan maksimum (km/j) |
Indeks had muatan
Indeks Had Muatan | Had Muatan (kg) |
---|---|
62 | 265 |
63 | 272 |
64 | 280 |
65 | 290 |
66 | 300 |
67 | 307 |
68 | 315 |
69 | 325 |
70 | 335 |
71 | 345 |
72 | 355 |
73 | 365 |
74 | 375 |
75 | 387 |
76 | 400 |
77 | 412 |
78 | 425 |
79 | 437 |
80 | 450 |
81 | 462 |
82 | 475 |
83 | 487 |
84 | 500 |
85 | 515 |
86 | 530 |
87 | 545 |
88 | 560 |
89 | 580 |
90 | 600 |
91 | 615 |
92 | 630 |
93 | 650 |
94 | 670 |
95 | 690 |
96 | 710 |
97 | 730 |
98 | 750 |
99 | 775 |
100 | 800 |
101 | 825 |
102 | 850 |
103 | 875 |
104 | 900 |
105 | 925 |
106 | 950 |
107 | 975 |
108 | 1000 |
109 | 1030 |
110 | 1060 |
111 | 1090 |
112 | 1120 |
113 | 1150 |
114 | 1180 |
115 | 1215 |
116 | 1250 |
117 | 1285 |
118 | 1320 |
119 | 1360 |
120 | 1400 |
121 | 1450 |
122 | 1500 |
123 | 1550 |
124 | 1600 |
125 | 1650 |
126 | 1700 |
Indeks kelajuan maksimum
Indeks Kelajuan Maksimum | Kelajuan Maksimum (km/j) |
---|---|
S | 180 |
T | 190 |
U | 200 |
H | 210 |
V | 240 |
Z | 240+ |
W | 270 |
Y | 300 |
(Y) | 300+ |
Berdasarkan maksud simbol di atas, berikut merupakan penerangan contoh kod tayar: 175/65R1584H (175 / 65 R 15 84 H)
Kod Tayar Kereta | Maksud |
175 | Kelebaran tayar ini ialah 175mm |
65 | Peratusan ketinggian dinding tayar ini ialah 65% |
R | Radial |
15 | Diameter rim bahagian dalam untuk tayar ini ialah 15 inci |
84 | Had muatan tayar ini ialah 500kg |
H | Kelajuan maksimum untuk penggunaan tayar ini ialah 210km/j |
Selain itu, semua tayar yang dijual di Malaysia perlu memiliki kod tayar kereta yang memaparkan minggu serta tahun pembuatan tayar tersebut seperti kod di bawah: 2519.
Kod 2519 pada sisi tayar di atas menunjukkan tayar tersebut dibuat pada minggu ke-25 tahun 2019.
Umumnya, tempoh penggunaan tayar adalah selama 5 tahun dari tarikh pembuatan. Tayar baharu yang berusia lebih dari 5 tahun masih boleh digunakan tetapi getahnya akan menjadi keras kerana sudah tamat tempoh.
Oleh itu, jika anda ingin menukar tayar baharu, periksa dahulu tahun pembuatan tayar yang hendak dibeli. Anda disarankankan untuk membeli tayar keluaran terkini supaya tayar kereta anda tahan lebih lama.
Periksa kod tayar kereta sebelum beli
Mudah sahaja untuk membaca kod tayar kereta, bukan?
Dengan mengetahui maksud kod tayar, anda dapat membeli tayar yang sesuai untuk kereta anda. Sebagai contoh, sekiranya tahap kelajuan untuk penggunaan tayar tersebut ialah 210km/j (kod H), tayar ini tidak sesuai untuk kereta anda yang mempunyai had kelajuan sehingga 300km/j. Tayar yang dipandu melebihi had kelajuannya boleh meningkatkan penggunaan bahan bakar.
Tambahan lagi, memilih tayar berdasarkan kod yang betul juga dapat mengelakkan anda daripada ditipu oleh penjual. Sebagai contoh, penjual mungkin meletakkan harga yang tinggi untuk tayar yang sudah lama dikeluarkan. Sekiranya anda membaca dahulu kod pembuatan tayar tersebut, anda dapat mengelakkan kejadian seperti ini.
Selain memilih tayar yang sesuai, anda juga perlu menjaga tayar kereta anda mengikut tips penjagaan tayar kereta yang telah kami kongsikan dalam artikel yang lepas.
Dalam pada itu, anda juga diingatkan untuk mendapatkan insurans kereta yang sesuai. Anda boleh rujuk kepada panduan lengkap tentang insurans kereta yang telah kami sediakan. Untuk renew insurans kereta secara online, layari Bjak.my dan bandingkan dahulu sehingga 15 sebut harga insurans kereta secara percuma.