Bau hapak kereta boleh menyebabkan fokus pemanduan terganggu dan juga tidak menyenangkan penumpang yang lain.
Bau ini bagaimanapun boleh dihilangkan jika kena pada caranya. Justeru, pada kali ini Bjak akan kongsikan kepada anda cara hilangkan bau hapak kereta yang paling mudah dan menjimatkan.
Teruskan membaca untuk mengetahuinya!
Cara buang bau hapak dalam kereta
Buka tingkap kereta
Tips pertama yang kami sarankan kepada anda untuk lakukan adalah dengan membuka sedikit ruang tingkap kereta untuk mengeluarkan bau hapak tersebut, di samping membiarkan udara semua jadi masuk ke dalam kereta.
Sementara itu, anda jangan buka dulu aircond kereta anda ya. Biarkan dulu udara dari luar masuk ke dalam kereta anda kerana ia sekaligus boleh memberikan pengudaraan yang lebih baik dalam kereta.
Arang
Pasti ramai yang sudah sedia maklum bahawa arang boleh membantu menghilangkan bau busuk di banyak tempat termasuklah di dalam kereta. Caranya mudah, ambil sahaja beberapa ketul arang dan letakkan di dalam bekas. Tebuk ruang yang besar sedikit di bahagian penutup bekas dan biarkan ia terbuka di lantai kereta.
Selain itu, anda juga boleh bungkuskan arang dengan tisu atau beg kain dan letakkannya berhampiran dengan tempat yang berbau busuk itu. Namun jika anda ‘tidak begitu rajin’ untuk melakukannya sendiri, beli sahaja perfume berbau arang di kedai dan letakkan di dalam kereta anda! Yang penting, hilangkan bau busuk atau hapak yang ada di dalam kereta anda itu.
Daun pandan
Tahukah anda, anda juga sebenarnya boleh menggunakan daun pandan untuk menghilangkan bau hapak di dalam kereta anda itu.
Daun pandan memang dikenali kerana baunya yang harum dan menyenangkan. Ikatkan sahaja daun pandan tersebut dan letakkannya di dalam kereta anda. Namun, pastikan juga anda menggantikan daun pandan dalam tempoh 2-3 minggu sekali kerana pada tempoh itu, baunya mungkin sudah tiada lagi.
Nak dapatkan kesan yang lebih maksimum dan baik? Hiriskan daun pandan itu kecil-kecil dan letakkan sahaja di dalam beg kain yang berlubang. Confirm wangi!
Soda penaik
Haa… betul ke boleh guna soda penaik (baking soda) ini untuk hilangkan bau tidak menyenangkan dalam kereta? Jawapannya ya, dan memang boleh!
Caranya mudah je iaitu:
Satu, anda taburkan serbuk soda penaik ini ke atas lantai kereta ataupun pada bahagian yang berbau dan biarkan selama 2-3 jam sebelum vakum kereta anda.
Atau dua, anda boleh gunakan satu bekas yang berisi soda penaik dan biarkan ia di lantai kereta secara terbuka.
Mudah kan?
Serbuk kopi
Penggunaan serbuk kopi juga boleh membantu menghilangkan bau busuk/ hapak di dalam kereta. Namun ingat, pastikan serbuk yang digunakan itu adalah serbuk kopi yang betul dan bukannya instant coffee.
Letakkan serbuk kopi ke dalam uncang dan biarkan di dalam kereta. Mudah sahaja!
Gunakan perfume kereta
Jika anda malas untuk gunakan antara bahan-bahan di atas, langkah paling mudah anda boleh lakukan adalah dengan membeli pewangi kereta yang bersifat cecair untuk diletakkan di dalam kereta anda dan menghilangkan bau hapak atau busuk tersebut.
Anda tidak digalakkan untuk menggunakan pewangi jenis gel kerana ia mampu untuk memberi kesan kepada kondisi aircond kereta anda.
Pelbagai jenama pewangi yang ada di pasaran untuk anda dapatkan antaranya Ambi pur, Glade, Fleur dan banyak lagi.
Jadi pilihlah bau yang anda suka dan letakkan di dalam kereta untuk menambahkan keharumannya.
Kerap cuci kereta
Kegagalan anda untuk kerap mencuci kereta semestinya boleh menyebabkan kereta anda lebih berbau, tidak kemas, malah mampu menjadi ‘sarang’ kepada serangga-serangga kecil seperti semut dan tidak kurang juga lipas.
Jadi, apa kata sekurang-kurangnya seminggu sekali anda mencuci kereta anda sama ada lakukan sendiri di rumah atau pun menghantar kereta kesayangan anda itu ke car wash service berdekatan rumah anda. Namun ingat, pastikan kereta anda itu bukan sahaja bersih di luar sahaja, tetapi bahagian dalaman kereta juga dibersihkan.
Anda pasti akan berpuas hati selepas melihat hasilnya nanti!
Moga bermanfaat!
Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda ‘memulihkan’ kembali bau kereta ke keadaan yang lebih selesa dan harum. Jangan malas, dan jagalah kereta anda dengan sebaiknya untuk keselesaan anda dan penumpang.
Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.