Skip to content
Home » Menggerunkan! Tebing Runtuh, 5 Kenderaan Rosak Akibat Tanah Mendap

Menggerunkan! Tebing Runtuh, 5 Kenderaan Rosak Akibat Tanah Mendap

    5 Kenderaan Rosak Akibat Tanah Mendap

    Lima buah kenderaan rosak akibat kejadian tanah mendap di Lestari Perdana, Seri Kembangan, Selangor, kira-kira pada jam 6.30 petang, 25 Januari. Tebing runtuh sepanjang 90 meter dengan ketinggian sembilan meter tersebut melibatkan kawasan tempat letak kereta dan sebahagian jalan.

    Kejadian mencemaskan itu yang dirakamkan oleh seorang individu berhampiran menunjukkan beberapa buah kenderaan termasuk kereta dan van tergelincir susulan runtuhan tanah di kawasan terbabit. 

    Seorang saksi kejadian, Alter Jasan, 48, berkata kepada Sinar Harian bahawa kejadian tersebut berlaku dengan agak pantas. Ujar Alter, kejadian itu bermula dengan rekahan kecil sebelum berlakunya pergerakan tanah.

    Sebaik melihat pergerakan tanah pada waktu itu, Alter dengan bantuan beberapa orang rakannya sempat mengalihkan beberapa buah kereta. Tambah Alter, hujan lebat di kawasan tersebut sebelum kejadian secara tidak langsung menyebabkan tanah semakin mendap lalu mengakibatkan runtuhan. 

    Berdasarkan laporan Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

    Kerja pemasangan cerucuk di sekitar kawasan tanah mendap sedang giat dijalankan

    Kerja pemasangan cerucuk di sekitar kawasan tanah mendap sedang giat dijalankan
    Kredit imej: Berita Harian

    Mengikut laporan Berita Harian, Pegawai Daerah Petaling, Datuk Johary Anuar berkata kerja-kerja pemasangan cerucuk di sekitar kawasan kejadian kini giat dijalankan dan dijangka mengambil masa kira-kira seminggu. 

    Beliau berkata pemasangan cerucuk dilakukan bagi memastikan tiada pergerakan tanah dan mengelakkan kejadian tersebut daripada berulang. Pihaknya memandang serius perkara tersebut dan akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk mengenal pasti punca kejadian.

    Mengikut rekod, kejadian tanah mendap di lokasi yang sama sudah pernah berlaku pada tahun 2017, kata Datuk Johary Anuar kepada Berita Harian

    17 premis berhampiran kawasan tanah mendap diarahkan untuk memberhentikan operasi buat sementara waktu

    17 premis berhampiran kawasan tanah mendap diarahkan untuk memberhentikan operasi buat sementara waktu
    Kredit imej: Sinar Harian

    Sinar Harian melaporkan bahawa Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan telah mengeluarkan arahan kepada pemilik-pemilik 17 premis komersial yang terletak kira-kira 150 meter dari lokasi kejadian untuk memberhentikan sebarang operasi buat sementara waktu.

    Menurut Anbalagan, pemilik-pemilik premis turut diminta untuk tidak berada berhampiran kawasan kejadian sehingga keadaan disahkan selamat. 

    Selain itu, pemilik-pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan di kawasan berhampiran diminta untuk mengalihkan kereta masing-masing ke tempat yang lebih selamat.

    Bolehkah claim daripada majlis atau jabatan berkenaan jika kereta rosak akibat tanah mendap?

    Ringkasnya, sekiranya kereta anda mengalami kerosakan akibat kecuaian pihak tertentu dalam menyelenggara dan membaiki jalan raya, anda boleh mengemukakan tuntutan ganti rugi serta memfailkan saman di mahkamah.

    Berdasarkan laporan Kosmo pada 30 Disember 2020, Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada berkata tuntutan boleh dibuat kepada pihak terlibat seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) susulan kecuaian sehingga mendatangkan kecederaan kepada pengguna. Walaubagaimanapun, tuntutan yang ingin dibuat mestilah mempunyai asas yang kukuh.

    Bolehkah claim insurans kereta untuk kerosakan akibat tanah mendap?

    Insurans kereta meskipun polisi komprehensif tidak melindungi sebarang kerosakan, kerugian atau liabiliti akibat tanah mendap, tanah runtuh, gelinciran tanah, banjir, taufan, ribut kencang, letusan gunung berapi, gempa bumi dan bencana-bencana alam yang lain. Oleh itu, anda tidak boleh membuat tuntutan insurans kereta sekiranya kereta anda rosak akibat tanah mendap atau bencana alam yang lain.

    Untuk pengetahuan anda, syarikat-syarikat insurans menyenaraikan beberapa pengecualian di dalam polisi insurans. Pengecualian atau exclusion merujuk kepada perkara yang tidak dilindungi oleh insurans anda. Hal ini bermaksud anda perlu menanggung sebarang kerugian atau kerosakan jika situasi yang menyebabkan kerugian atau kerosakan tersebut termasuk dalam pengecualian polisi insurans anda.

    Walaubagaimanapun, jangan bersusah hati. Anda boleh meluaskan perlindungan insurans anda dengan mendapatkan perlindungan tambahan peril khas (bencana alam).

    Dapatkan perlindungan peril khas (bencana alam)

    Perlindungan peril khas merupakan perlindungan tambahan atau opsyenal. Hal ini bermaksud anda tidak diwajibkan untuk mendapatkan perlindungan tersebut. Jika anda ingin mendapatkannya, anda perlu membayar premium tambahan untuk menikmati manfaat yang ditawarkan. Untuk makluman, anda hanya boleh mendapatkan perlindungan tambahan ini sekiranya anda mempunyai insurans komprehensif

    Kebiasaannya, premium tambahan bagi perlindungan peril khas ialah sebanyak 0.5% daripada jumlah diinsuranskan atau sum insured kenderaan anda. Sebagai contoh, sekiranya sum insured kereta anda ialah RM30,000, premium tambahan yang perlu anda bayar ialah sebanyak RM150 sahaja. 

    Untuk pengetahuan anda, kadar premium tambahan bagi perlindungan peril khas mungkin berbeza mengikut syarikat insurans. Oleh itu, semak dahulu kadar premium tambahan yang ditetapkan sebelum mendapatkan perlindungan tersebut.

    Sila rujuk kepada artikel kami yang lepas untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perlindungan tambahan peril khas

    Lindungi kereta anda dengan perlindungan insurans terbaik

    Kejadian tanah mendap atau bencana alam yang lain boleh berlaku tanpa diduga. Sebagai pemilik kereta, kami sarankan anda untuk cuba mendapatkan perlindungan tambahan peril khas bagi melindungi kereta anda. 

    Untuk memudahkan anda, gunakan platform Bjak iaitu salah satu laman perbandingan insurans terbesar di Malaysia. Bandingkan sehingga 15 syarikat insurans dan dapatkan insurans yang memenuhi keperluan anda pada harga yang terbaik. 

    Layari Bjak untuk mendapatkan sebut harga insurans kereta percuma.