Skip to content
Home » Bilangan Pemilik Kenderaan Ambil Perlindungan Bencana Alam Masih Sedikit

Bilangan Pemilik Kenderaan Ambil Perlindungan Bencana Alam Masih Sedikit

    Perlindungan tambahan bencana alam

    Anda seorang pemilik kenderaan? Sudahkah anda mendapatkan perlindungan bencana alam untuk kenderaan anda? Jika ya, maka anda telah membuat satu tindakan yang tepat.

    Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini, setiap daripada kita berisiko untuk berdepan dengan sesuatu yang tidak dijangka.

    Contohnya, kereta boleh secara tiba-tiba dihempap pokok ketika menunggu di lampu isyarat, tanah runtuh berlaku ketika dalam perjalanan, kereta dimasuki air banjir, dan lain-lain. 

    Justeru itu, penting untuk anda sebagai pemilik kenderaan membuat persediaan dengan mendapatkan perlindungan tambahan bencana alam bagi mengelakkan kerugian pada masa akan datang.

    Tidak ramai ambil perlindungan tambahan bencana alam

    Perlindungan tambahan bencana alam mampu melindungi kenderaan sekiranya rosak akibat kejadian seperti banjir, tanah runtuh dan lain-lain

    Namun, agak menyedihkan apabila masih ramai yang masih belum bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang boleh berlaku. Buktinya, ramai pemilik kenderaan tidak mengambil perlindungan tambahan bencana alam di dalam polisi komprehensif mereka ketika memperbaharui insurans. 

    Menurut laporan Berita Harian baru-baru ini, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd mendedahkan bahawa hanya 11% atau kira-kira 123,000 daripada 1.11 juta pelanggan yang mendapatkan perlindungan tambahan bencana alam di dalam pelan komprehensif mereka pada tahun lalu. 

    Ia sebenarnya akan merugikan kepada pemilik kenderaan. Ini kerana jika kenderaan rosak akibat bencana alam, tuntutan insurans tidak boleh dibuat dan perlu menggunakan wang poket sendiri untuk membaikinya. 

    Kesedaran ambil perlindungan bencana alam dijangka meningkat

    Walau bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz, Sean Wang memetik laporan yang sama memberitahu bahawa syarikat itu menyaksikan kadar pengambilan untuk perlindungan tambahan bencana alam meningkat kepada 22% atau kira-kira 15,000 daripada 68,000 pelanggan untuk polisi baharu bagi pembaharuan antara 1 hingga 17 Januari 2022. Ia susulan daripada bencana banjir yang berlaku pada tahun lalu. 

    Katanya, pemilik kereta sedar bahawa banjir yang berlaku mendedahkan kelemahan terhadap tindak balas bencana dan perancangan bandar, sekaligus menimbulkan persoalan mengenai perlindungan insurans dan sama ada rakyat negara ini kurang dilindungi.

    “Di Malaysia, kita mempunyai pilihan mengenai produk insurans dan bagaimana membeli insurans. Jadi, ia bukan persoalan mengenai kurang dilindungi.

    “Bagaimanapun, kami berasa bersalah kerana memilih untuk melepaskan perlindungan banjir (insurans rumah), cermin depan atau perlindungan bahaya khas (perlindungan terhadap tanah runtuh, banjir dan bencana alam lain) apabila membeli insurans kereta, semuanya bagi mendapatkan polisi insurans yang lebih murah.

    “Inilah yang menyebabkan rakyat Malaysia kurang mendapat perlindungan insurans,” katanya.

    Ringkasan info mengenai perlindungan bencana alam

    Berikut merupakan beberapa info berkaitan perlindungan bencana alam yang anda perlu tahu:

    1. Perlindungan tambahan bencana alam turut dipanggil sebagai perlindungan tambahan peril khas.
    2. Perlindungan ini diwujudkan khusus bagi memberi perlindungan untuk kerosakan kenderaan akibat bencana alam seperti banjir, pokok tumbang, dan lain-lain.
    3. Dengan perlindungan tambahan bencana alam, anda boleh membuat tuntutan insurans atau mendapat pampasan atas kerosakan kenderaan anda jika disebabkan oleh bencana alam.
    4. Perlindungan ini tidak terhad kepada bayaran tuntutan atau claim payout, tetapi termasuk kos pembaikan kerosakan kereta.
    5. Pada kebiasaannya, premium bagi perlindungan ini adalah sebanyak 0.5% daripada jumlah yang diinsuranskan. Namun, ia mungkin berbeza mengikut pengendali takaful dan insurans. Tahu lebih lanjut mengenai harga yang dikenakan oleh beberapa syarikat insurans serta takaful di sini
    6. Anda hanya boleh mendapatkan perlindungan tambahan bencana alam sekiranya anda membeli polisi insurans jenis komprehensif.
    7. Apabila tuntutan dibuat di bawah peril khas, maka kadar NCD akan kembali semula ke kadar 0%. Walau bagaimanapun, ia masih lagi menguntungkan kerana tanpanya, tuntutan langsung tidak boleh dibuat.

    Dapatkan perlindungan terbaik untuk kenderaan anda

    Sebagai pemilik kenderaan yang bijak, wajar jika anda mendapatkan perlindungan tambahan bencana alam apabila memperbaharui insurans dengan pelan komprehensif.

    Perkara yang tidak diingini boleh berlaku dalam sekelip mata. Jadi sebaiknya, berikanlah kenderaan anda perlindungan yang secukupnya untuk mengelakkan kerugian serta penyesalan di kemudian hari.

    Untuk mendapatkan pelan insurans komprehensif terbaik, anda juga boleh perolehnya secara mudah melalui Bjak. Sebanyak 15 pelan insurans disediakan untuk anda lakukan perbandingan. Perbaharui segera hari ini jika insurans dan roadtax anda hampir tamat tempoh dan add-on perlindungan bencana alam di dalam polisi anda.