Skip to content
Home » Tips Pilih Car Seat Terbaik untuk Anak

Tips Pilih Car Seat Terbaik untuk Anak

    Tips for Buying a Newborn Car Seat

    Ada ibu bapa yang mungkin sudah sedia maklum, namun mungkin juga ada yang belum mengetahuinya.

    Mulai 1 Januari 2020 lalu, kerajaan telah menguatkuasakan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak atau Child Restraint System (CRS) di dalam kenderaan persendirian.

    Mengenai penggunaan car seat kanak-kanak 

    Ketetapan ini diperkenalkan semestinya tidak lain dan tidak bukan adalah bagi menjamin keselamatan bayi dan anak kecil ketika berada di dalam kenderaan.

    Mengikut peraturan tersebut, kanak-kanak perlu diletakkan di kerusi keselamatan mengikut tahap ketinggian dan berat berdasarkan Peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu R44 atau R129. Bagi ketetapan itu, kanak-kanak yang mempunyai ketinggian 135cm ke bawah diwajibkan untuk menggunakan CRS ketika di dalam kenderaan.

    Untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai panduan penguatkuasaan kerusi keselamatan atau car seat kanak-kanak, sila rujuk infografik di bawah:

    Kredit imej: Bernama

    Tips pilih car seat terbaik untuk anak

    Memandangkan peraturan ini telah lama diwajibkan, ramai ibu bapa yang mula membeli car seat untuk anak-anak mereka sebagai langkah keselamatan.

    Namun, jika membeli secara sembrono, ia mungkin tidak begitu membantu menjamin keselamatan anak kecil ketika berada di dalam kereta. 

    Jadi pada artikel kali ini, Bjak akan kongsikan kepada anda tips atau cara untuk membeli car seat yang terbaik untuk anak anda supaya lebih selamat, bahkan selesa untuk mereka.

    Lihat kemampuan

    Sebelum mendapatkan car seat, anda lihat dulu kemampuan anda. Berapakah bajet yang anda ingin peruntukkan untuk membeli satu car seat buat anak anda. Jangan terkejut kerana harga sebiji CRS ini berbeza-beza dan mungkin cecah ribuan ringgit. Walau bagaimanapun anda tidak perlu risau kerana ada juga CRS dengan harga mampu milik. Jadi, tetapkan dulu modal anda dan cari model yang bersesuaian dengan bajet serta keperluan anak anda.

    Isofix atau seatbelt installation

    Jika kereta anda mempunyai isofix, maka ia lebih memudahkan anda untuk memasang car seat

    Sebelum membeli car seat, sila pastikan anda periksa dahulu sama bahagian penumpang belakang kereta anda menyokong isofix/ top tether atau tidak. Jika tidak, maka anda boleh memilih car seat yang memakai belt (manual) sahaja.  

    Tempoh penggunaan

    Untuk melihat berapa lamakah anak kecil anda itu boleh menggunakan car seat tersebut, sila ukur dulu berat dan tinggi anak anda sebelum membelinya. Jika anak anda jenis yang cepat meninggi/ membesar, maka anda disarankan untuk memilih car seat yang boleh dipakai untuk jangka masa yang lama. 

    Kumpulan umur kanak-kanak & car seat yang sesuai

    Dalam pada itu, anda dinasihatkan untuk memilih car seat yang mempunyai fungsi ‘booster’ yang memboleh menarik penyandar belakang untuk adjust mengikut paras tinggi anak anda.

    Mempunyai pelekat ECE

    Pastikan car seat mempunyai pelekat ECE yang berwarna jingga

    Sebelum membeli car seat, pastikan ia mempunyai sticker ECE di bahagian tepi atau bawah yang berwarna jingga yang tertera maklumat seperti kategori produk mengikut berat atau tinggi dan nombor kelulusan. 

    Selain itu, car seat tersebut juga perlu mempunyai pelekat label kod QR sah daripada Miros yang merekodkan maklumat spesifikasi teknikal CRS mengikut piawaian.  

    Mudah dipasang

    Untuk membeli car seat, pilihlah car seat yang jenis mudah untuk dipasang pada kereta. Jika kereta anda tidak mempunyai isofix/ top tether, jadi anda tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa membeli car seat yang dipasang secara belting sahaja (walaupun ada yang menganggap ia agak melecehkan). 

    Untuk lebih selamat, anda boleh beli car seat yang boleh memakai kedua-duanya iaitu isofix dan seatbelt, seperti contoh Koopers Boston dan Graco Sequence.  

    Pilih car seat yang sesuai dengan saiz kereta 

    Car seat yang anda pilih tu ngam tak dengan kerusi kereta anda? Ingat, jika ia terlalu besar, maka ia mungkin akan makan ruang untuk kerusi depan dan menyebabkan orang yang duduk di bahagian kerusi depan kereta pula tidak selesa. 

    Jadi, sila perhatikan dulu betul-betul dan pilih car seat yang bersesuaian dengan saiz kereta anda ya!

    Subsidi 50% atau sehingga RM150 untuk golongan B40 bagi pembelian car seat anak

    Perhatian dan berita baik untuk ibu bapa daripada kumpulan B40 yang ingin membeli kerusi keselamatan kanak-kanak. 

    Kerajaan menerusi Bajet 2022 memperuntukkan subsidi sebanyak 50% atau sehingga RM150 bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak kepada keluarga B40. 

    Golongan B40 yang layak boleh memohon subsidi car seat bermula 1 Mac 2022

    Untuk menebus subsidi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak, mereka yang layak boleh menghantar permohonan di laman web www.mycrs.gov.my. Permohonan dibuka mulai 1 Mac 2022. 

    Syarat kelayakan subsidi kerusi keselamatan kanak-kanak

    *Anda boleh menyemak status kelulusan permohonan melalui lawan web sama bermula 1 April 2022.

    Jaga keselamatan anak anda

    Nyawa anak anda sangat bermakna. Ingat, kerusi keselamatan kanak-kanak mampu mengurangkan risiko kematian dan kecederaan anak anda sekiranya berlaku sesuatu. 

    Pilihlah kerusi keselamatan yang terbaik dan diluluskan UNECE mengikut kesesuaian umur dan saiz anak anda. Anda boleh juga mengikut tips yang dikongsikan di atas sebelum membelinya.

    Dalam pada itu, pastikan anda menjadi ibu bapa serta pemandu yang bertanggungjawab ketika di jalan raya. Amalkan pemanduan berhemah bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian tidak diingini terhadap anda, penumpang dan pengguna jalan raya yang lain. 


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: