Skip to content
Home » Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) Melalui Udara ke Thailand dan Kemboja Bermula 15 Mac

Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) Melalui Udara ke Thailand dan Kemboja Bermula 15 Mac

    Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) Melalui Udara ke Thailand dan Kemboja

    Berita baik buat anda yang ingin melancong ke Thailand atau Kemboja! Bermula 15 Mac 2022, anda boleh mengembara ke negara-negara tersebut tanpa perlu melakukan kuarantin setibanya di sana, dengan syarat anda telah lengkap divaksin

    Kementerian Pengangkutan Malaysia pada 5 Mac lepas telah mengumumkan bahawa  Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) ke Thailand dan Kemboja akan mula beroperasi pada 15 Mac ini. Langkah ini diambil susulan perbincangan dan persetujuan kedua-dua buah negara dalam usaha ke arah pembukaan semula sempadan antarabangsa.

    Melalui inisiatif ini, pengembara yang telah lengkap divaksin tidak perlu menjalani kuarantin apabila tiba di negara berkenaan. Laluan VTL ini dijangka dapat membantu memulihkan semula jaringan ekonomi, terutamanya sektor pelancongan, yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

    Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) melalui udara Malaysia-Thailand

    Syarikat penerbangan yang ditetapkan dari kedua-dua buah negara dibenarkan beroperasi sehingga enam (6) penerbangan setiap hari bagi laluan Kuala Lumpur-Bangkok, dan sehingga empat (4) penerbangan setiap hari bagi laluan Kuala Lumpur-Phuket

    Menurut Kementerian Pengangkutan Malaysia, laluan baharu boleh ditambah dari semasa ke semasa tertakluk kepada persetujuan bersama kedua-dua buah negara.

    Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) melalui udara Malaysia-Kemboja

    Bagi laluan VTL melalui udara antara Malaysia dan Kemboja pula, syarikat penerbangan yang ditetapkan dari kedua-dua buah negara dibenarkan beroperasi sehingga dua (2) penerbangan setiap hari bagi laluan Kuala Lumpur-Phnom Penh

    Laluan baharu boleh ditambah dari semasa ke semasa bergantung kepada permintaan pasaran.

    Prosedur operasi standard dan protokol kesihatan  berkaitan akan dikeluarkan dalam masa terdekat

    Laluan VTL Malaysia-Thailand dan Malaysia-Kemboja ini akan dikendalikan oleh semua syarikat penerbangan yang ditetapkan di bawah inisiatif VTL. Agensi masing-masing akan mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan berkaitan dalam masa terdekat. Pengembara dinasihatkan untuk mematuhi protokol kesihatan secara bertanggungjawab untuk menikmati kemudahan VTL ini.

    Dalam pada itu, kerajaan akan meneruskan perbincangan dengan semua negara jiran ASEAN mengenai pembukaan semula laluan tambahan yang selamat pada masa hadapan mengikut keadaan semasa.

    Amalkan SOP ketika mengembara

    Dalam keseronokan bercuti, anda diingatkan untuk sentiasa mengamalkan SOP, lebih-lebih lagi melihatkan peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19. Manfaatkan peluang dan kelonggaran yang diberikan tanpa melanggari peraturan yang ditetapkan. Sekiranya bergejala, lakukan pemeriksaan kendiri dan asingkan diri jika dijangkiti wabak COVID-19.


    Menjadi pilihan lebih 3 juta pengguna, Bjak ialah salah sebuah platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menawarkan 15 jenama insurans. Dapatkan sebut harga insurans kereta percuma di Bjak dan renew insurans kereta dan roadtax secara online dalam hanya 5 minit.

    Tags: