10 Februari lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengumumkan bahawa pelekat cukai jalan atau sticker roadtax tidak lagi perlu dipamerkan dan pemilik kenderaan boleh mula menggunakan roadtax digital sahaja.
Bagaimanapun, perkara ini sedang dilakukan secara berperingkat dan ia hanya terpakai untuk pemilik kenderaan persendirian warganegara Malaysia sahaja.
Susulan langkah pendigitalan roadtax itu, terdapat beberapa perkara yang mungkin menjadi persoalan anda sebagai pemilik kenderaan persendirian.
Jom teruskan membaca perkongsian ini untuk ketahui beberapa perkara mengenai roadtax digital.
Mengenai roadtax digital
- Pemilik kenderaan persendirian boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM)) melalui portal awam JPJ atau memuat turun aplikasi MyJPJ untuk mendapatkan roadtax digital.
- Bagaimanapun, pemilik kenderaan persendirian tidak diwajibkan untuk memuat turun aplikasi MyJPJ. Ia hanya salah satu pilihan bagi mendapatkan salinan digital bagi roadtax dan lesen memandu anda.
- Meskipun anda tidak memuat turun aplikasi MyJPJ, anda tidak perlu bimbang dan tidak akan dikenakan saman kerana pihak penguatkuasa seperti polis atau JPJ boleh sahaja mengesahkan status roadtax dan lesen memandu anda menerusi sistem dalam gajet penguatkuasaan mereka.
- Walaupun roadtax digital telah diperkenalkan, ingat, anda sebagai pemilik kenderaan persendirian tetap perlu memperbaharui roadtax anda pada setiap tahun sebelum ia tamat tempoh. Sticker sahaja tidak perlu ditampal.
- Anda tidak ada smart phone? Kawasan anda sukar dapat jaringan internet? Jangan bimbang, anda boleh sahaja mendapatkan sticker roadtax dan lesen memandu fizikal anda sekiranya dirasakan perlu. Dan ingat, pihak penguatkuasa seperti polis atau JPJ juga boleh mengesahkan status roadtax dan lesen memandu anda menerusi sistem dalam gajet penguatkuasaan mereka. Jadi jangan bimbang ya.
- Sekiranya kereta anda dipandu oleh orang lain, anda juga tidak perlu risau. Anda boleh cetak roadtax digital dan disimpan di dalam kereta. Namun jika tidak dicetak sekali pun tidak mengapa kerana pihak berkuasa boleh menyemak butiran kenderaan menerusi gajet mereka.
- Roadtax digital hanya terpakai kepada pemilik kenderaan persendirian warganegara Malaysia sahaja dan ia akan dilakukan secara berperingkat kepada kumpulan kenderaan lain.
Kategori yang masih wajib pamerkan lesen memandu & roadtax fizikal
Seperti yang dinyatakan di atas tadi, langkah pendigitalan roadtax dan lesen memandu ini masih dalam fasa pertama iaitu hanya untuk kenderaan persendirian sahaja. Berikut adalah kategori yang masih wajib memaparkan lesen memandu dan roadtax:
i) Lesen Memandu
- Pemegang Lesen Belajar Memandu (LDL)
- Pemilik Lesen Vokasional (PSV/GDL/KON)
- Pemegang Lesen Memandu Malaysia Bagi Warganegara Asing
- Pemegang Lesen Memandu Negara Luar Oleh Pemandu Warganegara Asing (IDP)
ii) Roadtax
- LKM Persendirian Syarikat
- Kenderaan Pemilikan Warganegara Asing
- Kenderaan Perdagangan Meliputi Kenderaan Barangan Dan Kenderaan Perkhidmatan Awam
Cara download aplikasi MyJPJ untuk mendapatkan paparan roadtax digital
- Muat turun aplikasi MyJPJ menerusi App Store atau Google Play
2. Pergi ke bahagian daftar akaun baharu (jika belum pernah miliki akaun) dan isikan maklumat. Kemudian log masuk menggunakan ID dan kata laluan anda.
3. Aplikasi MyJPJ sudah boleh diakses dan sedia untuk digunakan
4. Pergi ke bahagian profil dan anda boleh melihat paparan skrin roadtax digital
5. Ini pula paparan skrin lesen memandu (kereta)
Selesai! Itu sahaja cara untuk anda mendapatkan rodtax digital dan lesen memandu anda. Mudah kan? Semoga anda boleh memanfaatkan kemudahan baru yang dibangunkan oleh kerajaan ini dan jangan lupa untuk memperbaharui roadtax anda jika sudah tamat tempoh.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: