Skip to content
Home » Selain Kemalangan, Anda Juga Boleh Minta Servis Tunda Percuma Dalam Situasi Ini…

Selain Kemalangan, Anda Juga Boleh Minta Servis Tunda Percuma Dalam Situasi Ini…

    Servis tunda percuma

    Sebaik sahaja terbabit dalam kemalangan jalan raya, ramai dalam kalangan kita pasti sudah tahu bahawa pemegang polisi komprehensif boleh mendapatkan bantuan daripada pihak insurans kenderaan untuk servis tunda kereta secara percuma.

    Namun tahukah anda, selain daripada kerosakan kereta akibat kemalangan, penyedia insurans juga turut menyediakan servis tunda dalam dua keadaan ini secara percuma, mengikut had yang telah ditetapkan.

    Apakah ia? Jom teruskan membaca perkongsian ini.

    Servis tunda untuk kerosakan kereta tengah jalan

    Manfaat khidmat tunda percuma boleh dinikmati oleh pemegang polisi komprehensif (1st party).

    Untuk makluman, anda boleh mendapatkan bantuan servis tunda daripada syarikat insurans kereta anda sekiranya kereta yang sedang dipandu secara tiba-tiba rosak di tengah jalan.

    Selain rosak akibat kemalangan, kereta anda juga berisiko untuk mengalami masalah akibat daripada kegagalan enjin, tayar kereta pecah, dan sebagainya.

    Jadi, anda tidak perlu panik atau terlalu risau sekiranya kereta anda tiba-tiba rosak dan berhenti di tengah jalan. Yang penting, anda lakukan dahulu tiga perkara ini sebelum tunggu bantuan khidmat tunda daripada syarikat insurans anda sampai:

    1. Pasang lampu (signal) kecemasan sebagai tanda amaran kepada kenderaan lain bahawa kenderaan anda sedang mengalami masalah.
    2. Beralih ke tempat yang selamat, contohnya di bahu jalan demi keselamatan anda dan mengelak daripada mengganggu lalu lintas. 
    3. Hubungi pihak insurans kenderaan anda dan berikan maklumat yang lengkap dan tepat supaya mereka dapat membantu anda secepat mungkin tanpa sebarang masalah. Laporkan juga keadaan kereta anda secara terperinci.

    Kereta rosak di rumah/ pejabat

    Selain bantuan untuk kereta rosak di tengah jalan, anda juga boleh mendapatkan servis tunda secara percuma sekiranya kereta anda tiba-tiba mengalami masalah di rumah mahupun pejabat.

    Contohnya, ketika anda mahu pergi kerja dan kereta tidak dapat dihidupkan, hubungi sahaja pihak insurans dan minta mereka menghantar trak tunda untuk membawa kereta anda ke mana-mana bengkel panel dalam radius penghantaran percuma (bagi memastikan anda tidak perlu membayar sebarang caj tambahan).

    Anda boleh gunakan servis tunda percuma ini sekurang-kurangnya 2-3 kali setahun (selagi tidak melebihi had kilometer atau jumlah (wang) yang ditetapkan di dalam polisi insurans.

    Apa yang mungkin anda perlu bayar adalah duit tol sahaja sekiranya laluan untuk ke bengkel panel itu terpaksa melepasi lebuh raya bertol.

    Dapatkan bantuan daripada servis tunda panel insurans sahaja

    Sila pastikan servis tunda yang anda dapatkan itu adalah panel sah dari syarikat insurans dan bukannya daripada pihak luar/ orang ketiga. Ini bagi:

    1. mengelakkan anda daripada perlu membayar sebarang caj yang luar biasa 
    2. memastikan kereta anda dibaiki di bengkel panel yang sah sahaja dan seterusnya memudahkan urusan tuntutan insurans anda

    Ingat, jika anda menggunakan khidmat tunda persendirian atau pihak ketiga ini, kos bagi servis mereka mungkin akan mencecah sebanyak RM250 ke atas, bergantung kepada waktu dan jarak kereta anda ditarik dari kawasan kerosakan kereta hingga ke bengkel. 

    Untuk mendapatkan bantuan khidmat tunda daripada syarikat insurans anda, hubungi sahaja talian bebas tol mereka seperti yang dikongsikan pada artikel ini: Senarai Talian Hotline Syarikat Insurans di Malaysia Yang Boleh Dihubungi (2023).

    Selain itu, anda juga boleh menghubungi Pusat Panggilan Bantuan Kemalangan yang disediakan oleh Industri Insurans dan Takaful Malaysia di nombor 15500 untuk mendapatkan bantuan segera sekiranya berlaku kemalangan.

    Bagaimanapun, anda sangat digalakkan untuk menyimpan nombor telefon hotline syarikat insurans 24 jam supaya boleh dihubungi dengan segera sekiranya berlaku kecemasan pada kenderaan anda. 


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: