Skip to content
Home » Senarai Harga Insuran Kereta Mengikut CC

Senarai Harga Insuran Kereta Mengikut CC

    senarai harga insuran kereta mengikut cc

    Anda bakal miliki kereta pertama? Ingin tahu senarai harga insuran kereta mengikut cc bagi rujukan anda pada masa akan datang? Bagaimanakah cara untuk dapatkannya?

    Teruskan membaca perkongsian ini!

    Bolehkah anda dapatkan senarai penuh harga insurans kereta mengikut cc

    Sebenarnya, agak sukar untuk dapatkan senarai harga insurans untuk setiap jenis kereta mengikut kapasiti enjin. 

    Berbeza dengan harga roadtax yang mana harganya adalah tetap pada setiap tahun, harga insurans kereta pula adalah berbeza-beza dan turut bergantung kepada beberapa faktor selain daripada kapasiti enjin (cc) semata-mata. 

    Antara faktor lain yang akan dipertimbangkan dalam penentuan harga insurans kereta seseorang termasuklah kadar NCD semasa pemilik kenderaan, rekod pemanduan pemilik kenderaan, tempat tinggalnya, tahun pembuatan kereta, serta jenis insurans yang dipilih. 

    Ini bermakna, meskipun kereta anda dan kereta rakan memiliki cc yang sama, harga insurans akan tetap berbeza selepas mengambil kira faktor-faktor lain penentuan harga insurans yang dinyatakan tadi.

    Contoh mudah, anda memakai kereta Proton Saga 1.0 dan rakan anda pula pemilik kenderaan Perodua Axia 1.0. Walaupun kedua-duanya memiliki kapasiti enjin yang sama, harga insurans yang akan dibayar adalah tidak sama.

    Contoh harga insuran kereta mengikut cc (anggaran)

    Namun begitu, kami mungkin boleh berikan contoh anggaran harga insuran kereta mengikut cc berdasarkan jenama kereta, NCD dan harga pasaran kereta yang sama. Yang bezanya cuma adalah cc enjinnya sahaja.

    Lihat di bawah:

    Contoh anggaran harga insurans bagi jenama Perodua Myvi (berlainan cc) 

    *Ambil kira peratusan NCD adalah 55%

    Kapasiti enjin (cc) Senarai harga insuran kereta mengikut cc
    1.0RM370.00
    1.3RM450.00
    1.5RM560.00

    Contoh anggaran harga insurans bagi jenama Perodua Bezza (berlainan cc) 

    *Ambil kira peratusan NCD adalah 55%

    Kapasiti enjin (cc) Senarai harga insuran kereta mengikut cc
    1.0RM390.00
    1.3RM450.00

    Contoh anggaran harga insurans bagi jenama Proton Saga (berlainan cc) 

    *Ambil kira peratusan NCD adalah 55%

    Kapasiti enjin (cc) Senarai harga insuran kereta mengikut cc
    1.3RM436.50
    1.6RM698.00

    Contoh anggaran senarai harga insuran bagi jenama Honda Civic (berlainan cc) 

    *Ambil kira peratusan NCD adalah 55%

    Kapasiti enjin (cc) Senarai harga insuran kereta mengikut cc
    1.5RM1150.00
    1.8RM1340.00

    Contoh anggaran senarai harga insuran bagi jenama Honda Accord (berlainan cc) 

    *Ambil kira peratusan NCD adalah 55%

    Kapasiti enjin (cc) Senarai harga insuran kereta mengikut cc
    2.0RM2250.00
    2.4RM2700.00

    *Perhatian: Di atas adalah contoh anggaran harga sahaja dan tidak semestinya tepat dengan harga insurans yang akan dikenakan terhadap anda. 

    Bagaimana cara untuk dapatkan sebut harga?

    Sebaiknya, anda boleh dapatkan sahaja harga untuk insurans kereta anda menerusi platform insurans kereta online yang ada, seperti Bjak. Anda tidak perlu sediakan sebarang dokumen pun. Cukuplah isi maklumat anda dan kenderaan dan senarai harga anda akan dikeluarkan selepas mereka menilai faktor-faktor penentuan harga insurans yang dinyatakan di atas tadi dalam hanya beberapa minit sahaja.

    4 jenis caj tambahan yang akan dikenakan dalam premium asas insurans kereta

    Dalam pada itu, anda juga perlu ingat bahawa selain daripada premium asas yang ditetapkan oleh syarikat insurans, terdapat beberapa caj tambahan lain yang akan dikenakan dan perlu anda bayar sebelum membelinya. Jadi sangat penting untuk anda semak harga insurans kereta anda supaya anda tidak keliru. 

    Caj-caj tambahan tersebut termasuklah:

    • Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6%
    • Duti Setem sebanyak RM10
    • Perlindungan tambahan (tidak wajib & hanya dikenakan jika anda ambil sahaja) 
    • Komisyen (jika anda membeli insurans menerusi ejen)

    Semoga perkongsian ini membantu anda ya!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: