Tingginya komitmen sebagai pemilik kereta! Selain perlu membayar ansuran wang pinjaman kepada pihak bank setiap bulan dan menghantar kereta ke pusat servis apabila tiba masanya, pemilik kenderaan juga diwajibkan untuk renew insurans kereta pada setiap tahun.
Nak renew insurans pun bukannya murah, lebih-lebih lagi jika kereta itu baru dibeli. Namun untuk pemilik kenderaan yang sudah lama memiliki kereta, ada caranya agar anda boleh ‘maintain’ bayar insurans pada harga yang rendah.
Apakah caranya? Jom teruskan membaca perkongsian ini.
Elak buat tuntutan sembarangan yang boleh jejaskan kadar NCD
NCD merupakan salah satu faktor penting dan utama yang akan menentukan harga insurans kereta anda. Ia merupakan bonus yang diberikan oleh syarikat insurans jika anda tidak pernah membuat tuntutan insurans sepanjang polisi aktif.
Jadi untuk memastikan anda boleh menjaga kadar NCD insurans kereta anda, sila elak daripada melakukan sebarang tuntutan yang boleh menjejaskan peratusan NCD tersebut. Mengapa? Ini kerana andai kata NCD anda sudah terkumpul sebanyak 55%, dan malangnya anda terlibat dalam kemalangan sehingga perlu membuat tuntutan insurans, maka NCD anda akan kembali ke 0%. Secara tidak langsung, premium insurans anda akan kembali mahal di tahun berikutnya.
Jika anda terlibat dalam kemalangan sendiri dan hanya mengakibatkan kerosakan biasa pada kereta, elakkanlah membuat tuntutan insurans. Baiki kerosakan tersebut menggunakan wang sendiri jika anda masih mampu menanggung kosnya.
Tips terbaik untuk jaga NCD tentulah tanggungjawab anda untuk sentiasa memandu dengan berhati-hati bagi mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya.
Naikkan kadar ekses dalam polisi insurans kereta
Apakah itu ekses?
Untuk makluman anda, ekses merujuk kepada amaun atau pembayaran awal yang anda sebagai pemegang polisi perlu tanggung sebelum syarikat insurans membayar baki tuntutan kerosakan sendiri anda, meskipun ia bukan kesalahan sendiri.
Ekses yang tinggi bermakna anda perlu mengeluarkan wang yang lebih banyak ketika tuntutan dibuat. Namun, semakin tinggi ekses yang anda perlu tanggung ketika membuat tuntutan, bermakna semakin rendah premium insurans kereta yang perlu anda bayar.
Jika anda rasa anda seorang pemandu yang cermat dan kurang risiko untuk terbabit dalam kemalangan, maka anda mungkin boleh tinggikan ekses anda di dalam polisi insurans bagi mendapatkan premium insurans kereta yang lebih murah.
Jangan jadi pemandu berisiko tinggi
Untuk makluman anda, selepas pelaksanaan langkah Liberalisasi Tarif Insurans Motor oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sejak 1 Julai 2017, lebih banyak faktor yang akan diambil kira bagi menentukan premium insurans kenderaan oleh syarikat insurans dan pengendali Takaful, termasuklah faktor risiko pemandu.
Secara amnya, semakin tinggi tahap risiko pemandu,maka semakin mahal premium insurans yang akan dikenakan. Oleh itu, pastikan anda kurangkan kemungkinan untuk menjadi pemandu berisiko tinggi dengan:
- memandu lebih berhati-hati ketika di jalan raya bagi mengelakkan diri terbabit dalam kemalangan
- elak melanggar peraturan jalan raya dan dikenakan tindakan undang-undang
Ingat, pastikan anda jadi pemandu yang berisiko rendah supaya premium yang dikenakan ketika pembaharuan insurans nanti tidaklah begitu mahal.
Lebih pengalaman memandu, lebih rendah premium insurans anda
Tahukah anda? Penanggung insurans biasanya akan mengenakan premium insurans yang lebih mahal kepada pemandu muda yang baru mendapatkan lesen memandu, berbanding pemandu yang lebih berusia dan miliki pengalaman memandu yang lebih lama.
Jadi, jika anda di awal umur 20-an dan sudah beberapa tahun ada lesen memandu, jangan risau. Anda mungkin berpeluang untuk dapatkan premium insurans yang lebih rendah pada tahun berikutnya. Yang penting, pastikan anda elak jadi pemandu berisiko tinggi. Jangan langgar peraturan jalan raya dan elakkan terlibat dalam kemalangan jalan raya sebaik mungkin ya!
Renew insurans di Bjak
Anda juga boleh mendapatkan insurans kereta pada harga yang lebih rendah jika menggunakan Bjak sebagai platform untuk memperbaharui insurans anda.
Dengan 15 jenama insurans yang ada, anda boleh bandingkan pelan insurans yang ada dan pilih insurans dengan harga paling rendah namun berupaya memberikan manfaat terbaik untuk anda. Dengan perbandingan yang dilakukan juga, anda boleh dapatkan penjimatan sehingga RM480. Bermakna, insurans yang anda bayar kali ini mungkin lebih rendah dari sebelumnya!
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu anda untuk mendapatkan insurans kereta pada harga lebih rendah dan murah!
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: