Skip to content
Home » Tips Travel Solo Yang Berguna Untuk Anda 

Tips Travel Solo Yang Berguna Untuk Anda 

    tips travel solo

    Anda mempunyai impian untuk lakukan percutian atau pengembaraan secara solo di negara orang? Ya! Travel secara bersendirian sememangnya menyeronokkan, namun ia mungkin agak mencabar terutama jika ini kali pertama anda ingin mencubanya. Justeru itu, langkah awal yang boleh anda lakukan adalah dengan membaca pelbagai tips travel solo agar segalanya akan berjalan dengan lancar dan baik.

    Jom kami kongsikan 7 tips travel solo yang mungkin berguna untuk anda nanti! 

    Bayangkan percutian yang anda idamkan

    Letak gambaran bagaimana anda inginkan percutian anda itu berlangsung nanti. Nak chill-chill sahaja ke? Atau nak melawat banyak tempat bersejarah? Mungkin juga nak cuba camping di mana-mana kawasan menarik di tempat anda akan kunjungi itu nanti?

    Anda mungkin banyak masa terluang apabila travel secara solo. Namun, ia tidak bermakna anda perlu memampatkan pelbagai aktiviti dalam satu-satu masa ya. Biarlah percutian anda itu nanti tidak begitu melelahkan!

    Kumpulkan semua maklumat yang perlu

    Research segala info penting sebelum anda mulakan pengembaraan solo anda. Ini bagi memastikan anda tidak berada dalam kekusutan atau mengalami masalah apabila tiba di destinasi. Fahami juga budaya, cara hidup dan bahasa penduduk tempatan serba sedikit bagi memudahkan lagi pergerakan anda. Jika ada individu terdekat anda yang pernah pergi ke destinasi sama, dapatkan juga maklumat daripadanya. Pasti ia akan berguna untuk anda!

    Pastikan keperluan peribadi semua lengkap

    tips travel solo - sentiasa bawa dokumen penting seperti passport bersama anda

    Sila pastikan passport, wang, dan juga telefon bimbit anda sentiasa bersama dan dibawa sepanjang masa apabila anda keluar daripada tempat penginapan anda. Jika boleh, bawa juga power bank sebagai persediaan untuk mengecas telefon bimbit anda apabila ia kehabisan bateri. 

    Ingat, anda secara travel solo. Jadi telefon bimbit anda perlu sentiasa hidup bagi memastikan diri anda tidak sesat, tidak susah dan boleh digunakan apabila perlu.

    Dapatkan pengalaman daripada pengembara solo lain

    Dah sampai ke destinasi? Jika anda ada melihat ramai pengembara solo lain ketika di sana, tidak salah jika anda cuba dapatkan perkongsian menarik daripada mereka. Contohnya aktiviti terbaik yang dilakukan mereka setakat ini, tempat makan best yang pernah dicuba, tempat dengan pemandangan terbaik boleh dilawati dan lain-lain.

    Di samping berkongsi info, anda juga secara tidak langsung boleh mengeratkan hubungan sesama anda. Best kan?!

    Join aktiviti masyarakat tempatan

    Nak rasa percutian anda lebih seronok dan bermakna? Join lah mana-mana aktiviti yang dilakukan oleh penduduk tempatan agar anda dapat merasa pengalaman baru (asalkan tidak bercanggah dengan hukum agama anda).

    Dengan berbuat demikian, anda pastinya akan lebih memahami budaya mereka dan seterusnya membuatkan diri anda tidak berasa begitu terasing meskipun berada di tempat orang.

    Tidak takut dengan masalah/ cabaran baru

    Travel secara solo sememangnya agak mencabar dan mungkin ada beberapa masalah yang akan timbul dalam tempoh itu. Andai kata ia berlaku, anda perlulah bijak menyelesaikan isu tersebut, tidak mudah melatah dan kekal tenang menghadapi situasi sedemikian.

    Jika keadaan mendesak, anda boleh cuba dapatkan bantuan penduduk tempatan bagi meringankan masalah anda. Contohnya jika anda tersesat dan sebagainya.

    Ingat, ia bukan bermakna percutian solo anda gagal, sebaliknya ia hanyalah cabaran yang terpaksa anda lalui sahaja ya! 

    Dapatkan travel insurance

    tips travel solo - dapatkan travel insurance

    Sebelum memulakan pengembaraan/ percutian anda, sila pastikan diri anda telah dilindungi dengan travel insurance ye. Ia penting agar anda terus dilindungi jika berlaku sesuatu sebelum atau ketika perjalanan.

    Ingat, banyak manfaat yang anda akan peroleh dengan satu pelan travel insurance. Sila dapatkan yang terbaik untuk anda agar percutian anda dilindungi dengan sebaiknya.

    Semoga bermanfaat dan berguna untuk anda!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: