Skip to content
Home » Risiko Memandu Apabila Cermin Kereta Retak

Risiko Memandu Apabila Cermin Kereta Retak

    cermin kereta retak

    Bahagian cermin hadapan kereta boleh dikatakan mudah dan berisiko untuk rosak kerana ia sering terdedah kepada persekitaran luar. Contohnya, terkena serpihan batu kecil yang berpunca daripada kenderaan berat. Disebabkan itu, pemilik kereta sangat digalakkan untuk mengambil perlindungan tambahan cermin hadapan atau lebih mudah disebut sebagai windscreen ketika renew insurans agar claim boleh dibuat tanpa sebarang penolakan NCD bagi membaiki cermin yang telah rosak atau retak itu.

    Namun, perasan atau tidak, apabila membabitkan keretakan atau kerosakan cermin kereta, ada ramai yang mengambil ringan mengenainya. Bahkan ada yang mengambil masa sehingga bertahun-tahun untuk menggantikan windscreen kereta yang retak kepada yang  baru, dengan alasan keretakan itu tidaklah begitu teruk.

    Begitupun, tahukah anda bahawa memandu kereta yang cerminnya retak atau rosak sebenarnya boleh mengundang bahaya. Ya, tahap bahayanya mungkin berbeza, namun ia seeloknya dibaiki secepat mungkin bagi mengurangkan risiko yang boleh berlaku pada masa akan datang, contohnya kecederaan.

    Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai risiko memandu kereta yang cerminnya telah retak atau rosak, ayuh teruskan membaca perkongsian di bawah ini. 

    Risiko memandu kereta dengan cermin yang telah retak

    Meskipun keretakan atau kerosakan cermin kereta mungkin nampak remeh pada mata anda, namun perlu anda tahu bahawa ia boleh mengundang pelbagai risiko seperti:

    Menghalang penglihatan 

    memandu apabila cermin kereta retak adalah merbahaya

    Secara dasarnya, cermin kereta yang telah retak boleh mengganggu penglihatan anda ketika memandu terutamanya jika kerosakan tersebut adalah di bahagian pemandu. Akibat daripada gangguan penglihatan, ia secara tidak langsung boleh membahayakan pemanduan anda dan seterusnya mungkin boleh menyebabkan berlakunya pelanggaran dengan kenderaan lain.

    Tambahan pula, cermin depan yang retak juga akan memberikan gangguan yang berterusan. Selain memantulkan cahaya matahari, keretakan juga boleh menimbulkan silau yang tidak menyenangkan. Jika situasi ini berlaku, keselamatan anda dan penumpang kenderaan mungkin berada dalam bahaya.

    Keupayaan kereta tergugat

    Tahukah anda? Windscreen kereta yang berfungsi dengan sempurna menambah 40% kekuatan bumbung kereta. Perlu anda ingat, cermin depan kereta mempunyai fungsi yang sangat penting. Fungsi penting windscreen mungkin tidak terjejas oleh keretakan pada kaca tetapi ia kurang berkesan apabila retak. Disebabkan oleh faktor-faktor ini, apabila kereta itu terbalik, bumbungnya boleh runtuh dan menyebabkan kecederaan parah kepada penumpangnya.

    Penggunaan beg udara yang tidak berkesan

    cermin kereta retak dan rosak boleh menyebabkan airbag tidak berfungsi dengan baik

    Apabila berlaku pelanggaran yang kuat, cermin depan kereta anda juga sebenarnya membantu memastikan beg udara anda berfungsi dengan betul. Ini kerana cermin depan menyediakan tempat penahan belakang untuk beg udara supaya ia mengembang ke arah penumpang. Namun, jika beg udara tidak berfungsi dengan tepat kerana cermin depan sudah retak, maka ia boleh menyebabkan kematian kepada mangsa. 

    Kemalangan maut

    Cermin depan direka untuk melindungi anda, penumpang dan kereta anda semasa kemalangan. Sekiranya berlaku pelanggaran dari bahagian hadapan, cermin depan yang telah retak atau rosak itu tidak dapat menahan daya hentakan, sekali gus menimbulkan ancaman kepada anda serta penumpang dalam kenderaan. 

    Lebih teruk jika ada yang tidak memakai tali pinggang keledar, dia juga boleh berisiko untuk tercampak keluar dari kereta!

    Cara claim insuran cermin kereta rosak

    Memahami risiko-risiko di atas, anda sangat digalakkan untuk menukar atau menggantikan cermin kereta yang telah rosak kepada yang baru bagi keselamatan anda dan juga semua penumpang dalam kereta.

    Jangan risau, jika anda adalah pemegang polisi komprehensif, anda boleh sahaja claim insurans untuk menukar cermin kereta anda itu. Jika anda ada add-on perlindungan tambahan untuk windscreen tempoh hari, claim anda itu boleh dibuat tanpa sebarang penolakan kadar NCD. Namun jika tiada, anda masih juga boleh claim namun, NCD anda akan terjejas.

    Cara nak claim insuran bagi cermin kereta rosak mudah sahaja:

    1. Hantar kereta anda ke bengkel panel yang diiktiraf oleh syarikat insurans anda. Sekiranya anda tidak pasti, segera hubungi talian awam syarikat insurans anda.
    2. Isi borang tuntutan di bengkel tersebut. Pastikan anda beritahu pekerja di bengkel bahawa anda ingin membuat tuntutan daripada syarikat insurans anda.
    3. Selepas pembaikan, anda boleh bawa pulang kereta anda. Anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk mana-mana caj pembaikan dan juga kos buruh.

    Sebelum itu, pastikan juga anda telah menyediakan beberapa dokumen bagi urusan prosedur tuntutan ya! Dokumen ini adalah untuk keperluan bengkel yang akan membaiki cermin kereta anda. Kebiasaannya, pihak kedai yang akan berurusan terus dengan pihak insurans.

    Dokumen yang perlu dibawa:

    • Salinan kad pengenalan pemilik kenderaan
    • Lesen pemilik kereta (salinan)
    • Salinan geran kereta
    • Salinan nota perlindungan insurans kereta

    Jadi, tunggu apa lagi? Jika anda nampak windscreen kereta anda telah rosak, jom claim dan ganti hari ini!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: