Arus pemodenan teknologi canggih yang dikecapi kini telah banyak memudahkan urusan kita semua. Manakan tidak, kalau dulu nak dapatkan sebarang maklumat atau berurusan, seseorang itu perlu pergi ke pejabat atau membuat panggilan telefon. Tetapi, dalam era teknologi digital kini, seseorang itu boleh terus melakukannya dari rumah secara online sahaja tanpa perlu hadir ke pejabat atau ke mana-mana tempat untuk mereka selesaikan urusan mereka itu
Antara contoh urusan yang boleh diselesaikan dengan mudah secara online adalah, beli belah, pesan makanan, perbaharui passport, perbaharui cukai jalan, semak dan bayar saman serta banyak lagi. Ya, anda tak salah baca. Anda kini sudah boleh menyemak dan membayar saman secara online. Anda hanya memerlukan telefon bimbit dan sambungan internet sahaja. Sudah tidak perlu bersusah payah keluar rumah dan beratur panjang di kaunter fizikal lagi dah. Untuk anda yang nak tahu caranya, teruskan membaca artikel ini.
Semak saman di laman web MyEG
Laman web MyEG ialah portal dalam talian yang menawarkan pelbagai perkhidmatan. Anda boleh memperbaharui cukai jalan, insurans, lesen memandu, dan juga memesan penggantian MyKad. Hanya dengan beberapa langkah mudah sahaja, anda boleh menggunakan portal ini untuk menyemak saman PDRM, JPJ serta AES.
Semak saman & bayar saman di laman web JPJ
Sebaik sahaja anda berjaya buka laman web, anda boleh memilih untuk memasukkan nombor MyKad anda sahaja atau kedua-dua MyKad dan nombor pendaftaran kenderaan anda daripada menu yang tersedia. Kemudian anda perlu masukkan maklumat yang diperlukan sebelum meneruskan. Kemudian semua maklumat berkaitan JPJ dan AES saman akan dipaparkan. Anda kemudian boleh memilih tindakan yang perlu diambil.
Semak RILEK
RILEK ialah singkatan untuk ‘Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan’ atau ‘Laman Rangkaian Interaktif Elektronik Kerajaan’. Laman web kendalian kerajaan ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan elektronik kepada rakyat Malaysia.
Seperti laman web lain, anda perlu mendaftar sebelum menggunakannya. Apabila anda telah mendaftar dan log masuk, anda perlu mencari sama ada JPJ atau PDRM saman, tetapi bukan kedua-duanya sekali. Mana-mana saman kemudiannya boleh dibayar melalui penyelesaian perbankan internet yang tersedia.
MyBayar Saman
MyBayar Saman mempunyai sistem yang sangat mudah dan ringkas di mana anda boleh mendaftar di laman web atau aplikasi dan kemudian membayar saman anda. Anda perlu memasukkan maklumat peribadi anda, masukkan pengesahan OTP yang dihantar ke telefon anda dan tetapkan kata laluan anda.
Sebaik sahaja anda log masuk, anda akan nampak paparan seperti berikut:
Saman anda dan maklumat lain akan dipaparkan. Anda kemudian boleh memilih kaedah pembayaran anda dan bayar saman anda.
Secara kesimpulannya, adalah lebih baik untuk anda mencuba semua laman web yang sesuai untuk anda. Apabila anda dah tahu cara nak semak saman kereta anda secara dalam talian, anda bolehlah membayarnya pada bila-bila masa.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: