Kemalangan boleh terjadi dalam situasi yang tidak dijangka biarpun pelbagai langkah keselamatan sudah diambil. Setiap orang sudah pastinya tidak mahu terlibat dalam kemalangan. Walaupun begitu, risiko untuk ia berlaku tetap juga boleh terjadi.
Jika bukan sebab diri sendiri, ia berkemungkinan boleh terjadi disebabkan kecuaian orang lain. Apabila kemalangan itu terjadi, ianya pasti akan mendatangkan beban dari segi kewangan kepada mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Kebiasaannya apabila berlaku kemalangan, insurans kenderaan akan memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan beban kewangan yang perlu ditanggung oleh pemilik kenderaan dapat diringankan. Namun begitu, syarikat insurans sudah pastinya memerlukan bukti kemalangan tersebut sebelum boleh meluluskan pampasan yang akan dituntut.
Untuk bukti yang kukuh, kamera dashcam adalah salah satu gajet yang diperlukan. Ia boleh memberikan gambaran yang jelas berkenaan bagaimana kemalangan tersebut berlaku serta juga dapat menentukan siapa yang bersalah dalam kemalangan tersebut. Walaupun kamera dashcam tidak wajib dipasang, namun ia terbukti sebagai alat yang dapat membantu pemilik kenderaan dalam menuntut insurans kereta mereka.
Bagi mereka yang belum lagi memasang kamera dashcam dan sudah ada niat untuk memasangnya, mereka ini pasti tidak tahu berkenaan kamera apa yang bagus untuk dipasang pada kereta mereka. Jangan risau kerana, artikel pada hari ini akan berkongsikan berkenaan kamera dashcam yang terbaik mengikut 3 ciri utama iaitu Ciri Asas, Ciri Termaju & Bantuan Pemanduan. Kamera dashcam ini bukan sahaja terbaik, ia juga turut mendapat pengiktirafan daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). Untuk mengetahuinya, teruskan membaca artikel ini.
Fungsi kamera dashcam
Secara amnya, dashcam diketahui mampu berfungsi sebagai ‘saksi’ dan ‘bukti penting’ sekiranya berlaku sesuatu terhadap kenderaan sendiri atau orang lain di jalan raya.
Kalau ikutkan rakaman-rakaman video ini mampu menjadi satu bahan rujukan dan bukti jika berlaku kemalangan kepada pemandu atau kenderaan di sekeliling mereka. Bahan rakaman yang dirakam oleh dashcam juga boleh dijadikan sebagai bahan bukti serta memudahkan pemandu membuat sebarang tuntutan insurans.
Kenyataan di atas dikatakan sendiri oleh Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr Siti Zaharah Ishak seperti memetik laporan mengenai fungsi dan kepentingan dashcam di dalam kenderaan.
Malah jika anda perasan, pada hari ini banyak kejadian seperti kemalangan dan buli di atas jalan raya berjaya dirakam oleh dashcam dan dikongsikan di media sosial untuk mencari pelaku yang seterusnya membantu pihak berkuasa untuk mengesan individu yang terlibat.
Ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan sebelum beli dashcam
Untuk anda yang belum mempunyai dashcam di dalam kereta dan bercadang untuk mendapatkannya, sila ketahui dulu ciri-ciri dashcam yang anda perlu teliti dan pertimbangkan.
Kualiti gambar
Tidak guna jika anda mempunyai dashcam namun ia tidak mempunyai kualiti gambar dan video terbaik ketika dirakam. Setidak-tidaknya pilihlah dashcam yang boleh membaca/ merakam nombor plat kenderaan pada paparan videonya.
Gambar dengan resolusi 720p sudah cukup baik, namun kini sudah banyak kamera dengan resolusi 1080 ada dijual di pasaran.
Paparan LCD
Tidak semua kamera didatangkan dengan skrin LCD. Dashcam yang dilengkapi dengan paparan skrin LCD akan memudahkan pemilik kenderaan untuk menetapkan arah rakaman pada bila-bila masa dan boleh menonton rakaman video pada bila-bila masa tanpa memerlukan komputer.
Night view yang baik
Penting untuk anda pastikan bahawa kamera dashcam tersebut boleh merakam perjalanan pada waktu malam dengan baik. Sebaiknya pilih kamera yang dilengkapi dengan High Dynamic Range yang dapat merakam gambar dengan lebih jelas dalam cahaya yang minimum.
Sudut pandang
Kebiasaannya, darjah keluasan untuk kamera dashcam adalah sekitar 110 hingga 130 darjah, bergantung pada modelnya.
Semakin besar darjah sudut pandang, semakin luas rakaman video pada dashcam.
Mudah untuk tanggalkan memory card
Ini juga penting. Sebaiknya, pilihlah dashcam yang memudahkan anda untuk mengeluarkan memory cardnya tanpa perlu menanggalkan kamera.
Boleh membuat sambungan wifi
Kamera dashcam yang mempunyai sambungan wifi bakal membantu anda untuk melihat semula rakaman secara wireless atau melalui handphone anda. Lebih mudah kan!
Dwi kamera
Dashcam yang mempunyai fungsi kamera depan dan belakang adalah lebih baik dan sangat digalakkan. Dengan fungsi kamera belakang, anda boleh mengetahui saat kejadian kemalangan berlaku terutamanya jika pelanggaran tersebut membabitkan kenderaan anda sendiri.
Bagaimanapun, dashcam jenis ini biasanya memiliki harga yang lebih tinggi daripada biasa.
GPS
GPS pada dashcam berfungsi untuk merekod secara automatik lokasi dan tahap kelajuan kenderaan anda ketika ia dirakam.
Bateri tambahan
Pada kebiasaannya, dashcam beroperasi tanpa bateri internal di mana ia menggunakan sumber kuasa 12V yang adalah di dalam kereta. Bagaimanapun, untuk merakam kenderaan ketika ia tidak berjalan atau di dalam kotak parkir, anda memerlukan bateri tambahan atau internal battery ini supaya rakaman boleh terus dibuat.
Rakaman automatik
Pilih dashcam yang boleh terus beroperasi sebaik sahaja anda menghidupkan enjin kereta dan berhenti apabila enjin dimatikan.
Senarai dashcam terbaik
Sebelum membeli kamera dashcam, anda perlu tahu kamera dashcam apa yang disarankan bagi mendapatkan hasil paparan yang jelas. Tak semua kamera dashcam dapat memberikan kualiti gambar yang baik. Rujuk senarai di bawah bagi mengetahui kamera dashcam apa yang bagus dan diiktiraf.
Pasang dashcam untuk kereta anda
Meskipun ia bukanlah satu aksesori yang diwajibkan oleh kerajaan, namun dashcam memainkan peranan yang sangat penting untuk membantu anda dan pengguna sekeliling sekiranya berlaku sesuatu kelak.
Dengan perkongsian ini, diharapkan anda boleh mempertimbang untuk memiliki kamera dashcam buat kereta anda bagi keselamatan bersama.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: