Skip to content
Home » Cara Check Insuran Kereta – Semak Tarikh Tamat Polisi Insurans

Cara Check Insuran Kereta – Semak Tarikh Tamat Polisi Insurans

    Cara semak tarikh tamat insurans kereta

    Sebagai pemilik kereta, anda sudah tentu tahu yang anda wajib renew insurans kereta setiap tahun. Kalau tak renew insurans, anda tak boleh bawa kereta di jalan raya. Menyesal nanti kalau kena saman RM300 dengan JPJ. Banyak tu! Bukan itu saja, kalaulah sesuatu berlaku kepada anda dan kereta anda, anda tak dapat claim apa-apa pun daripada insurans anda. Tak pasti sama ada insurans kereta anda masih aktif? Jom kami tunjukkan cara check insuran kereta anda!

    Cara Check Insuran Kereta

    Semak tarikh tamat insurans kereta melalui polisi atau cover note insurans

    Ingat lagi tak mana anda simpan polisi atau cover note insurans kereta anda?

    Polisi atau cover note mengandungi maklumat penting termasuk jumlah yang diinsuranskan, premium, ekses dan tarikh tamat insurans kereta anda. 

    Jadi kalau anda tak ingat bila insurans kereta anda tamat, semak sahaja polisi atau cover note insurans anda. Untuk memudahkan rujukan anda pada masa akan datang, simpan juga satu salinan digital polisi dan cover note insurans. Scan atau ambil gambar, mana-mana pun boleh, janji ada salinan.

    Cara check insuran kereta melalui polisi atau cover note insurans

    Semak tarikh tamat insurans kereta secara online

    Kalau anda tak ingat mana anda simpan polisi atau cover note insurans kereta anda, jangan panik.

    Sebenarnya, anda boleh semak tarikh tamat insurans kereta secara online sahaja menggunakan MyCarInfo secara percuma.

    Langkah 1: Isikan butiran di MyCarInfo

    Layari MyCarInfo (NCD Online Enquiry) dan isikan nombor plat kenderaan dan nombor kad pengenalan pemilik kenderaan. Selepas siap, tekan butang “GET MY NCD REPORT”.

    Sekiranya kenderaan anda berdaftar dengan syarikat, sila isikan nombor pendaftaran syarikat anda.

    Perkhidmatan ini boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan, termasuklah motosikal dan kenderaan sewa.

    Langkah 2: Semak tarikh tamat insurans

    Siap! Rujuk “Current Policy Period of Cover” untuk mengetahui tempoh polisi insurans sekarang.

    Anda juga akan menerima beberapa maklumat lain iaitu:

    1. Next NCD Percentage: NCD baru
    2. Next NCD Effective Date: Tarikh kuat kuasa NCD baru
    3. Current NCD Percentage: Kadar NCD sekarang
    4. Current NCD Effective Date: Tarikh kuat kuasa NCD sekarang
    Cara Semak NCD

    Bonus: Semak status polisi insurans

    Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang polisi insurans anda, anda boleh menggunakan perkhidmatan “I-search” percuma di MyCarInfo.

    Antara maklumat yang anda boleh mendapatkan di laman web tersebut adalah:

    • Syarikat insurans
    • Jenis perlindungan insurans
    • Status polisi insurans

    Langkah 1: Isikan butiran di MyCarInfo

    Layari MyCarInfo (I-Search) dan isikan nombor plat kenderaan, nama dan emel anda. Selepas siap, tekan butang “ENQUIRE.”

    – Langkah 2: Terima maklumat polisi insurans

    Siap! Anda akan dapat melihat maklumat penting iaitu nama syarikat insurans yang anda gunakan, jenis perlindungan serta status insurans anda sama ada masih aktif atau tidak lagi aktif.

    I Search Report

    Renew insurans kereta dengan mudah di Bjak

    Setelah membaca perkongsian di atas, anda cuma perlu semak tarikh insurans kereta melalui polisi atau cover note insurans. Nak semak online pun boleh. Cuma gunakan MyCarInfo NCD Enquiry.

    Sekarang ni, hampir semua benda boleh dibuat online, termasuklah untuk renew insurans kereta. Renew sahaja insurans kereta anda secara online di Bjak. Kalau anda lupa mana anda simpan polisi atau cover note anda pun tak ada masalah. Hubungi sahaja Bjak. Mudah dan pantas.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: