Pengenalan
Ramai sahaja pemandu di Malaysia bertanya,JPJ ada ke sediakan kempen untuk diskaun khas bayar saman JPJ? bukan PDRM ke sediakan kempen macam tu? Dengan semakan artikel ini, ia akan terangkan cara semakan tempoh tarikh dengan diskaun yang ditawarkan jika boleh apply pada saman yang anda telah terima untuk pastikan proses bayaran saman lancar untuk jimatkan kos.
Diskaun Saman Ikut Tempoh Bayaran (Sejak 1 Januari 2026)
Sejak 1 Januari 2026, PDRM dan JPJ guna satu skim yang sama. Lebih awal anda bayar, lebih rendah jumlah saman:
- Bayar dalam tempoh 15 hari: diskaun 50%
- Hari ke-16 hingga 30: diskaun 33%
- Hari ke-31 hingga 60: bayar jumlah penuh
- Selepas 61 hari: kes boleh dibawa ke mahkamah
Skim ini terpakai sepanjang masa, jadi tak perlu lagi tunggu kempen. Kesalahan berat tidak termasuk dalam skim ini.
Bagaimana Cara Mendapatkan Diskaun?
Berikut adalah langkah mudah untuk dapatkan diskaun saman JPJ:
- Semak status saman anda melalui MyJPJ, JPJ Portal, atau aplikasi JPJ.
- Semak tarikh saman dikeluarkan untuk tahu kadar diskaun yang anda layak.
- Bayar dalam tempoh 15 hari untuk dapat diskaun paling tinggi (50%).
- Gunakan kaedah pembayaran yang diterima seperti online banking atau Pos Malaysia.
Tip Tambahan
- Simpan bukti pembayaran untuk rujukan.
- Jangan tunggu saat akhir kerana sesetengah portal atau kaunter mungkin sesak.
- Bayar seawal mungkin. Selepas hari ke-15, diskaun turun daripada 50% kepada 33%.
Kesimpulan
Sejak 1 Januari 2026, diskaun saman JPJ tidak lagi bergantung pada kempen. Bayar dalam 15 hari untuk jimat 50%, atau dalam 30 hari untuk jimat 33%. Tetapi jangan tunggu begitu lama sehingga nama boleh disenarai hitam & merumitkan keadaan ketika hendak buat pembelian insuran bersama roadtax.
Baca Juga:
Bezakan Cover Note vs Polisi Penuh Insurans Kereta

