Insurans kereta memainkan peranan penting untuk melindungi kenderaan akibat daripada kejadian seperti kemalangan.
Dengan mempunyai insurans kereta, ia bakal membolehkan pemilik kenderaan terbabit membuat tuntutan insurans bagi membaiki kerosakan dan seterusnya mengelak daripada merasa terbeban khususnya dari segi kewangan, asalkan menepati syarat-syarat tuntutan insurans.
Tuntutan Knock-for-Knock
Seperti yang pernah dijelaskan kepada anda sebelum ini, terdapat tiga jenis tuntutan insurans yang anda boleh lakukan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Untuk artikel kali ini, Bjak akan jelaskan dengan lebih mendalam mengenai salah satu bentuk/ jenis tuntutan insurans yang boleh anda kemukakan, iaitu tuntutan kerosakan sendiri Knock-for-Knock untuk pemahaman yang lebih jelas.
Perjanjian Knock-for-Knock
Perjanjian Knock-for Knock adalah perjanjian yang ditandatangani oleh semua syarikat insurans di Malaysia untuk mengawal syarikat insurans daripada melakukan quid pro quo antara satu sama lain.
Tujuannya adalah bagi memastikan pihak syarikat insurans bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku pada kenderaan pemegang polisi mereka.
Melalui perjanjian ini, pemegang polisi bagi pelan komprehensif (juga dikenali sebagai insurans kereta 1st party) boleh membuat tuntutan untuk kemalangan di bawah polisi sendiri, namun dengan syarat kemalangan tersebut bukan berpunca daripada kesalahan sendiri.
Kenapa buat tuntutan knock-for-knock berbanding tuntutan pihak ketiga?
- Berbeza dengan tuntutan kerosakan sendiri yang akan mengakibatkan NCD anda ditolak, tuntutan knock-for-knock tidak akan menjejaskan NCD anda langsung meskipun anda membuat claim di bawah polisi sendiri. Ini kerana, kemalangan tersebut bukanlah berpunca daripada anda.
- Proses bagi tuntutan knock-for-knock adalah lebih pantas berbanding jika anda membuat tuntutan pihak ketiga (menuntut daripada polisi pihak yang melanggar anda).
- Tuntutan knock-for-knock membolehkan anda untuk menuntut ekses dan CART daripada pihak insurans lain (yang melanggar anda).
Apakah syarat untuk membuat tuntutan knock-for-knock?
Syarat paling utama untuk membuat tuntutan knock-for-knock adalah anda disahkan tidak salah dalam kemalangan tersebut.
Selain itu, syarat-syarat lain untuk pemegang polisi membuat tuntutan knock-for-knock adalah:
- Anda pemegang polisi komprehensif
- Kenderaan pihak ketiga diinsuranskan dan dikenalpasti
- Kenderaan pihak yang melanggar anda bukan kenderaan yang digunakan untuk membawa penumpang untuk disewa seperti teksi, bas awam dan lain-lain.
- Kereta pihak ketiga bukan kenderaan yang diinsuranskan oleh syarikat insurans bukan Malaysia
- Tiada tuntutan kecederaan badan terlibat
Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan knock-for-knock?
- Borang tuntutan yang telah diisi dengan lengkap
- Salinan asal laporan polis yang telah disahkan
- Salinan kad pengenalan & lesen memandu orang yang telah diinsuranskan dan pemandu semasa kemalangan
- Sijil pemilikan kenderaan
- Laporan hasil siasatan polis
- Butiran penginsurans dan salinan laporan polis pihak lain
- Butiran anggaran kos pembaikan kenderaan sendiri oleh panel yang dilantik
Siapakah yang boleh membuat tuntutan knock-for-knock?
Secara amnya, semua pemegang polisi komprehensif (kereta persendirian) boleh membuat tuntutan ini.
Fahami bentuk tuntutan yang anda ingin lakukan
Sebagai pemilik kenderaan, penting untuk anda mengetahui jenis-jenis tuntutan yang ada bagi memudahkan urusan anda. Contohnya, tuntutan knock-for-knock akan memberi lebih kemudahan kepada anda andai kata anda terlibat dalam kemalangan bersama pihak lain, berbanding tuntutan pihak ketiga. Prosesnya adalah lebih pantas bahkan NCD anda juga tidak akan ditolak meskipun tuntutan dibuat di bawah polisi sendiri.
Yang penting, buatlah pilihan yang terbaik untuk anda dan kenderaan.
Dalam pada itu, pastikan kenderaan anda sentiasa dilindungi pelan insurans terbaik seperti pelan komprehensif bagi membolehkan tuntutan jenis ini dilakukan. Anda boleh mendapatkan pelan komprehensif terbaik di Bjak. 15 jenama insurans terkemuka disediakan untuk anda pilih.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: