Ketika di atas jalan raya, pelbagai perkara boleh berlaku termasuklah kemalangan.
Malang tidak berbau bukan? Pernahkah anda terfikir bagaimana jika suatu hari nanti anda terbabit dengan kemalangan bersama pihak yang tidak mempunyai lesen dan insurans kereta, motor dan lain-lain? Apakah yang perlu anda lakukan? Bolehkah anda menuntut kerugian daripada pihak terbabit?
Untuk mengetahuinya, baca penjelasan lanjut menerusi perkongsian di dalam artikel ini.
Bolehkah anda tuntut kerugian jika dilanggar kenderaan tiada insurans?
Untuk pengetahuan anda, jawapannya adalah YA. Anda boleh menuntut kerugian daripada mereka meskipun individu yang melanggar kereta anda tidak memiliki insurans.
Tuntutan anda itu boleh dibuat ke atas individu yang melanggar dan pemilik kenderaan (jika yang melanggar anda pada ketika itu bukan pemilik kenderaan).
Anda boleh menyaman mereka atas kapasiti persendirian memandangkan individu tersebut tidak mempunyai perlindungan insurans. Kebiasaannya, tuntutan akan dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan.
Bagi tuntutan ke atas kecuaian individu tanpa insurans ini, adalah sangat penting untuk anda dapatkan maklumat individu terbabit. Ini kerana untuk memulakan saman, nama dan butiran pemandu diperlukan untuk menyaman. Jika tidak ada maklumat-maklumat ini, tidak dapatlah anda menyamannya.
Ini yang anda perlu lakukan
Di bawah ini Bjak kongsikan langkah yang perlu dilakukan sekiranya anda terbabit dengan kemalangan (dilanggar) oleh kenderaan tanpa insurans dan lesen.
- Ambil gambar kereta pemandu yang melanggar dan keadaan gambar kereta anda.
- Catatkan nombor plat kenderaan pemandu yang melanggar untuk memudahkan pihak JPJ membuat carian dalam sistem.
- Dapatkan nombor telefon dan nama penuh pemandu yang melanggar.
- Pastikan anda membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam.
- Hubungi syarikat insurans anda.
- Urusan tindakan akan dimulakan di mahkamah.
Jangan panik, tahu hak anda
Moga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberikan pencerahan kepada anda terutama jika terbabit dalam situasi yang dikongsikan di atas.
Sila tahu hak anda, dan pastikan anda melakukan langkah-langkah di atas untuk menuntut kerugian daripada pihak terbabit.
Dalam pada itu, sebagai peringatan, pastikan sebelum menggunakan kenderaan di atas jalan raya anda memiliki perlindungan insurans dan roadtax yang sah. Ini bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang dikenakan kepada anda dan memudahkan urusan tuntutan insurans jika berlaku sesuatu.
Untuk memperbaharui insurans dan roadtax tidaklah susah. Kini anda boleh lakukan secara online melalui Bjak. 15 pilihan insurans disediakan untuk anda dan pilihlah satu mengikut keperluan dan bajet anda. Anda boleh layari dahulu Bjak untuk dapatkan sebut harga secara percuma.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: