Bagaimana Anda Ingin Buat Tuntutan Insurans Jika Pihak Ketiga Tidak Buat Laporan Polis?

Laporan polis sangat penting bagi memastikan proses tuntutan insurans berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah untuk pihak terlibat.

Insurans Kereta

Written by:

Terbabit dalam kemalangan sememangnya bukan suatu perkara yang menyenangkan. Selain boleh menambahkan stress, ia juga boleh membuatkan anda tidak senang duduk memikirkan kos pembaikan kereta yang perlu ditanggung. Namun, kekal tenang! Jika kereta anda miliki perlindungan insurans yang masih aktif, anda boleh sahaja membuat tuntutan insurans.

Andai kata kemalangan itu tidak melibatkan pihak lain, atau kemalangan itu membabitkan pihak ketiga, namun anda didapati bersalah, kemukakanlah tuntutan kemalangan sendiri – dengan syarat anda memiliki polisi komprehensif

Manakala, jika anda terbabit dalam kemalangan bersama pihak lain dan anda disahkan bukan di pihak yang bersalah, anda bernasib baik kerana boleh mengemukakan tuntutan pihak ketiga – tidak kira jenis polisi apa yang anda miliki. Namun, bagi tuntutan ini, masalah mungkin berlaku apabila pihak tersebut tidak membuat laporan polis. Jadi, adakah anda masih boleh teruskan tuntutan itu? Bagaimana caranya? Jom teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya.

Pihak lain bersalah, tapi tidak buat laporan polis. Apa anda kena buat?

tuntutan insurans

Sedang seronok anda memandu, tiba-tiba kenderaan anda dilanggar oleh kereta lain dari arah belakang! Akibat pelanggaran itu, bonet kereta anda mengalami kerosakan teruk, lampu pecah, dan nombor pendaftaran kenderaan anda juga patah. 

Kejadian seperti ini pasti pernah berlaku dalam kalangan pembaca di sini, bukan? Ya, ia memang mengecewakan, apatah lagi berlaku selepas kita sudah cukup berhati-hati ketika memandu.

Selepas terbabit dalam insiden itu, anda dan pihak tersebut bersetuju untuk selesaikannya dengan cara baik, termasuklah melalui tuntutan insurans. Bahkan, kedua-dua pihak juga mengambil kata sepakat untuk membuat laporan polis bagi laporkan tentang kejadian.

24 jam berlalu dan anda mula ingin membuat tuntutan insurans. Tetapi malangnya, anda dapati hanya anda sahaja yang telah membuat laporan di balai polis, dan pihak lagi satu pula sebaliknya. Haaa sudah… Apa perlu anda buat? Bolehkah tuntutan insurans diteruskan?

Sediakan Akuan Berkanun

Jawapannya, boleh. Namun anda perlu menulis dan memberi Akuan Berkanun (Statutory Declaration (SD)) yang telah diperakui untuk mengesahkan mengenai kejadian tersebut kepada syarikat insurans pihak terbabit.

Nota: Selepas terbabit dalam kemalangan dengan pihak lain, adalah sangat penting untuk anda bertukar maklumat, termasuklah mencatat nombor plat kenderaannya dan mengetahui nama syarikat insurans pihak terbabit.

Berbalik kepada Akuan Berkanun, ia diperlukan untuk mengisytihar dan mengesahkan bahawa anda tidak bersalah dan maklumat yang diberikan kepada polis adalah benar. Tanpa laporan polis daripada kedua-dua belah pihak, anggota polis yang bertanggungjawab boleh memutuskan untuk tidak mengeluarkan Keputusan Kes, yang kemudiannya boleh menyebabkan keseluruhan proses tuntutan ditangguhkan.

Dokumen untuk tuntutan insurans pihak ketiga

Langkah seterusnya yang anda perlu lakukan adalah menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk dihantar kepada syarikat insurans pihak ketiga seperti senarai di bawah:

  • Salinan asal laporan polis
  • Surat Akuan Berkanun
  • Salinan kad pengenalan
  • Sijil pemilikan kereta (salinan)
  • Surat tuntutan
  • Salinan lesen memandu
  • Gambar kejadian kemalangan

Selepas dokumen-dokumen tersebut disediakan, maka pihak syarikat insurans anda boleh mula mengemukakan tuntutan kepada syarikat insurans pihak terbabit. 

Kemudian, anda hanya perlu menunggu pihak insurans anda memberikan update terkini kepada anda sehingga ia selesai.

Adakah NCD anda akan terjejas?

Jangan risau, tuntutan pihak ketiga tidak akan menjejaskan kadar No-Claim Discount (NCD) anda. Sebaliknya, pihak yang melanggar anda pula akan kehilangan diskaun NCD yang dimilikinya selepas anda membuat tuntutan insurans terhadapnya.

Pastikan anda buat laporan polis untuk mudahkan tuntutan insurans

Sama ada anda bersalah atau tidak selepas terbabit dalam kemalangan, pastikan anda membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan. Jika tidak, ia akan lagi menyukarkan proses tuntutan insurans anda. Jika pihak yang bersalah tidak membuat laporan polis, maka anda buat sahaja Akuan Berkanun bagi meneruskan tuntutan. Sediakan juga dokumen-dokumen penting lain dengan lengkap bagi memastikan proses tuntutan insurans anda berjalan dengan lancar. 


Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

Baca juga: